Selepas tiga kali bergelar naib juara, Belanda kembali ke pentas Piala Dunia FIFA 2026 dengan satu harapan besar iaitu menamatkan penantian panjang untuk menjulang trofi paling berprestij dunia itu buat kali pertama.
Skuad Oranje tampil meyakinkan sepanjang kempen kelayakan apabila tidak tewas dalam semua perlawanan yang diharungi.
Mereka turut mempamerkan ketajaman jentera serangan dengan menghasilkan 27 gol daripada lapan aksi untuk mengesahkan tempat ke kejohanan yang bakal berlangsung di USA, Mexico dan Kanada.
BACA JUGA : Senarai Venue Dan Stadium Piala Dunia FIFA 2026
Belanda telah diundi dalam Kumpulan F bersama satu lagi wakil Eropah, Sweden, pasukan gergasi Asia Jepun serta wakil Afrika, Tunisia. Kehadiran ketiga-tiga pasukan tersebut dijangka memberikan cabaran sengit kepada Belanda dalam pusingan awal kejohanan.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui mengenai pasukan Belanda.
Tentang Belanda
- Nama : Belanda (Netherland, Holland)
- Rangking FIFA : 7
- Pengurus : Ronald Koeman
- Kapten Pasukan : Virgil van Dijk
- Jumlah Penampilan Piala Dunia (termasuk 2026) : 12 kali
- Pencapaian Terbaik Di Piala Dunia : Naib Juara (1974, 1978, 2010)
Skuad Dan Pemain Belanda Di Piala Dunia FIFA 2026
Seramai 26 pemain telah dipilih untuk mewakili skuad Belanda ke saingan Piala Dunia FIFA 2026. Daripada jumlah tersebut, tiga pemain beraksi sebagai penjaga gol, lapan pemain mengisi posisi pertahanan, manakala bahagian tengah diperkuatkan dengan lapan pemain. Tujuh lagi pemain pula disenaraikan di bahagian serangan bagi memperkukuhkan jentera ofensif pasukan Oranje.
Penjaga Gol: Mark Flekken (Bayer Leverkusen), Robin Roefs (Sunderland), Bart Verbruggen (Brighton)
Pertahanan: Nathan Aké (Manchester City), Denzel Dumfries (Inter),Jorrel Hato (Chelsea), Jurriën Timber (Arsenal), Micky van de Ven (Spurs), Virgil van Dijk (Liverpool), Jan Paul van Hecke (Brighton), Mats Wieffer (Brighton)
Pemain Tengah: Frenkie de Jong (FC Barcelona), Marten de Roon (Atalanta), Ryan Gravenberch (Liverpool), Justin Kluivert (Bournemouth), Teun Koopmeiners (Juventus), Tijjani Reijnders (Manchester City), Guus Til (PSV), Quinten Timber (Olympique Marseille)
Penyerang: Brian Brobbey (Sunderland), Memphis Depay (Corinthians), Cody Gakpo (Liverpool), Noa Lang (Galatasaray, on loan from Napoli), Donyell Malen (Roma), Crysencio Summerville (West Ham), Wout Weghorst (Ajax)














