Senarai Venue & Stadium Piala Dunia FIFA 2026 (Amerika, Mexico, Kanada)

By Aiman San

Published On:

Follow Us
stadium piala dunia fifa 2026

Stadium Piala Dunia FIFA 2026 – Demam Piala Dunia kini semakin terasa apabila kesemua 48 negara yang layak telah disahkan menjelang penghujung bulan Mac.

Selepas tamatnya saingan kelayakan, fokus kini beralih sepenuhnya kepada persiapan kejohanan akhir yang bakal berlangsung dalam skala lebih besar berbanding edisi sebelum ini.

Piala Dunia 2026 (FIFA World Cup 2026) bakal mencipta sejarah tersendiri dengan sebanyak 104 perlawanan akan dimainkan di 16 stadium berbeza melibatkan 1,248 pemain dari seluruh dunia.

Kejohanan kali ini juga menjadi edisi pertama yang dianjurkan bersama oleh tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Sepanjang bulan Jun dan Julai nanti, bandar-bandar utama di ketiga-tiga negara tersebut akan menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia. Kemuncak kejohanan sudah tentunya perlawanan akhir yang dijadual berlangsung di New Jersey pada Ahad, 19 Julai.

Berikut merupakan segala yang anda perlu tahu mengenai kesemua 16 venue dan stadium yang akan menjadi tuan rumah perlawanan sepanjang Piala Dunia FIFA 2026 berlangsung.

Senarai Stadium Yang Digunakan, Serta Venue Piala Dunia FIFA 2026

Venue Piala Dunia 2026 melibatkan 16 bandar tuan rumah yang terletak di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Setiap bandar akan menggunakan stadium pilihan masing-masing bagi menganjurkan perlawanan sepanjang kejohanan berlangsung.

senarai stadium piala dunia fifa 2026

Amerika Syarikat (USA)

BandarVenue/StadiumKapasiti
New YorkMetLife Stadium (Final)87,157
DallasAT&T Stadium92,967
AtlantaMercedes-Benz Stadium75,000
Los AngelesSoFi Stadium70,240
SeattleLumen Field69,000
BostonGillette Stadium70,000
HoustonNRG Stadium72,220
Kansas CityArrowhead Stadium76,640
MiamiHard Rock Stadium67,518
PhiladelphiaLincoln Financial Field69,328
San FranciscoLevi’s Stadium70,909

Mexico

BandarVenue/StadiumKapasiti
GuadalajaraEstadio Akron48,071
Mexico CityEstadio Azteca (Pembukaan)87,523
MonterreyEstadio BBVA53,460

Kanada

BandarVenue/StadiumKapasiti
TorontoBMO Field45,736
VancouverBC Place54,500

Sumber : FIFA World Cup 2026

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now