Senarai Lengkap Pemain & Skuad Uzbekistan Di Piala Dunia FIFA 2026

By Aiman San

Published On:

Follow Us
senarai pemain uzbekistan piala dunia fifa 2026

Selepas bertahun-tahun berdepan kekecewaan dan kegagalan yang hampir memihak kepada mereka, Uzbekistan akhirnya berjaya merealisasikan impian untuk beraksi di pentas terbesar bola sepak dunia.

Sejak muncul sebagai negara merdeka selepas pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991, wakil Asia Tengah itu telah melalui tujuh kempen kelayakan Piala Dunia FIFA tanpa kejayaan.

Antara kekecewaan terbesar ialah kegagalan layak ke Piala Dunia Jerman 2006 dan Brazil 2014.

Namun, keadaan kini berubah sepenuhnya. Pada Piala Dunia FIFA 2026 di Amerika Utara, White Wolves akhirnya layak buat kali pertama.

Uzbekistan bukanlah nama asing dalam bola sepak Asia. Selepas mencipta kejayaan dengan memenangi Sukan Asia 1994, mereka terus berkembang sebagai antara pasukan yang mampu memberi saingan di rantau ini.

Bagi kempen kali ini, Uzbekistan diundi dalam Kumpulan K bersama Kolombia, Portugal dan Republik Demokratik Congo.

Berikut ialah segala yang anda perlu ketahui mengenai Uzbekistan.

Tentang Uzbekistan

  • Rangking FIFA : 50
  • Pengurus : Fabio Cannavaro
  • Kapten Pasukan : Eldor Shomurodov
  • Jumlah Penampilan Piala Dunia (termasuk 2026) : 1 kali
  • Pencapaian Terbaik Di Piala Dunia : –

Skuad Penuh Uzbekistan Di FIFA World Cup 2026

Berikut merupakan barisan pemain dan skuad Uzbekistan dalam kempen Piala Dunia FIFA 2026 kali ini :

Penjaga Gol: Utkir Yusupov (Navbahor), Abduvohid Nematov (Nasaf), Botirali Ergashev (Neftchi).

Pertahanan: Rustam Ashurmatov (Esteghlal), Farrukh Sayfiev (Neftchi), Khojiakbar Alijonov (Pakhtakor), Sherzod Nasrullaev (Nasaf), Umar Eshmurodov (Nasaf), Abdukodir Khusanov (Manchester City), Abdulla Abdullaev (Dibba), Bekhruz Karimov (Surkhon), Jakhongir Urozov (Dinamo Samarqand), Avazbek Ulmasaliev (AGMK).

Pemain Tengah: Otabek Shukurov (Baniyas), Jaloliddin Masharipov (Esteghlal), Odiljon Hamrobekov (Tractor), Oston Urunov (Persepolis), Jamshid Iskanderov (Neftchi), Dostonbek Khamdamov (Pakhtakor), Abbosbek Fayzullaev (Istanbul Basaksehir), Akmal Mozgovoy (Pakhtakor), Azizjon Ganiev (Al Bataeh), Sherzod Esanov (Bukhara).

Penyerang: Eldor Shomurodov (Istanbul Basaksehir/Roma), Igor Sergeev (Persepolis), Azizbek Amonov (Bukhara).

skuad uzbekistan

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now