Senegal muncul sebagai antara kuasa utama bola sepak Afrika apabila berjaya mara ke final Piala Negara-Negara Afrika sebanyak tiga kali dalam empat edisi terakhir.
Namun, pencapaian cemerlang di peringkat benua masih belum diterjemahkan kepada kejayaan besar di pentas Piala Dunia FIFA.
Pada penampilan sulung mereka di Piala Dunia 2002, Senegal mencipta kejutan apabila mara sehingga suku akhir, termasuk menewaskan juara bertahan, Perancis.
Selepas itu, mereka terpaksa menunggu selama 16 tahun sebelum kembali beraksi pada edisi 2018, yang menyaksikan mereka tersingkir daripada perebutan tempat ke pusingan 16 terbaik menerusi peraturan fair play.
Dengan barisan pemain yang berbakat, Senegal pastinya mahu melakar pencapaian lebih membanggakan di Piala Dunia FIFA 2026. Mereka akan bersaing dalam Kumpulan I bersama Perancis, Norway dan Iraq.
BACA JUGA : Senarai Skuad Perancis Ke Piala Dunia 2026
Berikut ialah perkara yang perlu anda ketahui mengenai Senegal di Piala Dunia FIFA 2026.
Tentang Senegal
- Rangking FIFA : 14
- Pengurus : Pape Thiaw
- Kapten Pasukan : Kalidou Koulibaly
- Jumlah Penampilan Piala Dunia (termasuk 2026) : 4 kali
- Pencapaian Terbaik Di Piala Dunia : Suku Akhir (2002)
Skuad Senegal Di Piala Dunia FIFA 2026
Senegal membawa 26 pemain ke Piala Dunia FIFA 2026, terdiri daripada 3 penjaga gol, 8 pertahanan, 7 pemain tengah dan 8 penyerang.
Penjaga Gol: Édouard Mendy (Al-Ahli), Mory Diaw (Le Havre AC), Yehvann Diouf (OGC Nice)
Pertahanan: Krépin Diatta (AS Monaco), Antoine Mendy (OGC Nice), Kalidou Koulibaly (Al-Hilal), El Hadji Malick Diouf (West Ham United), Mamadou Sarr (Chelsea), Moussa Niakhaté (Lyon), Abdoulaye Seck (Maccabi Haifa), Ismaïl Jakobs (Galatasaray SK)
Pemain Tengah: Idrissa Gana Gueye (Everton), Pape Gueye (Villarreal CF), Lamine Camara (AS Monaco), Habib Diarra (Sunderland), Pathé Ciss (Rayo Vallecano), Pape Matar Sarr (Tottenham Hotspur), Bara Sapoko Ndiaye (Bayern Munich)
Penyerang: Sadio Mané (Al-Nassr), Ismaïla Sarr (Crystal Palace), Iliman Ndiaye (Everton), Assane Diao (Como), Ibrahim Mbaye (PSG), Nicolas Jackson (Chelsea), Bamba Dieng (Lorient), Chérif Ndiaye (Samsunspor)













