Jepun tidak pernah gagal melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA sejak penampilan sulung mereka di edisi Perancis 1998.
Bagi kempen Piala Dunia FIFA 2026, skuad Samurai Biru muncul sebagai negara pertama yang bukan tuan rumah berjaya mengesahkan tempat ke kejohanan yang akan berlangsung di Amerika Utara.
Mereka melakar kejayaan itu dengan cukup meyakinkan selepas muncul juara kumpulan dalam saingan kelayakan zon Asia, sekali gus memastikan penyertaan kelapan berturut-turut di pentas dunia.
Pada edisi Qatar 2022, Jepun mencuri perhatian ramai apabila menewaskan dua gergasi bola sepak antarabangsa, Jerman dan Sepanyol, untuk menduduki tangga teratas kumpulan mereka.
Perjalanan cemerlang itu diteruskan sehingga pusingan 16 terbaik sebelum mereka tersingkir menerusi penentuan sepakan penalti kepada Croatia. Untuk kejohanan kali ini, Jepun diundi bersama Belanda, Sweden dan Tunisia.
BACA JUGA : Pemain Dan Skuad Belanda Dalam Aksi World Cup 2026
Mereka hadir dengan keyakinan tinggi selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam beberapa perlawanan terakhir, termasuk mencatat kemenangan ke atas England dalam aksi persahabatan di Wembley pada bulan Mac.
Berikut ialah segala yang anda perlu ketahui mengenai pasukan Jepun menjelang Piala Dunia FIFA 2026.
Tentang Jepun
- Rangking FIFA : 18
- Pengurus : Moriyasu Hajime
- Kapten Pasukan : Endo Wataru
- Jumlah Penampilan Piala Dunia (termasuk 2026) : 8 kali
- Pencapaian Terbaik Di Piala Dunia : Pusingan 16 (2002, 2010, 2018, 2022)
Senarai Penuh Pemain Bagi Skuad Jepun Di Piala Dunia FIFA 2026
Jepun membawa seramai 26 pemain ke Piala Dunia FIFA 2026 yang terdiri daripada 3 penjaga gol, 9 pertahanan serta 14 pemain tengah bersama penyerang. Berikut ialah senarai lengkap skuad Jepun bagi kejohanan tersebut:
Penjaga Gol: Hayakawa Tomoki (Kashima Antlers), Suzuki Zion (Parma), Osako Keisuke (Sanfrecce Hiroshima)
Pertahanan: Nagatomo Yuto (FC Tokyo), Taniguchi Shogo (Sint-Truiden), Tomiyasu Takehiro (Ajax), Itakura Ko (Ajax), Watanabe Tsuyoshi (Feyenoord), Ito Hiroki (Bayern Munich), Suzuki Junnosuke (København), Seko Ayumu (Le Havre), Sugawara Yukinari (Werder Bremen)
Pemain Tengah & Penyerang: Kamada Daichi (Crystal Palace), Sano Kaishu (Mainz), Tanaka Ao (Leeds United), Endo Wataru (Liverpool), Nakamura Keito (Reims), Doan Ritsu (Eintracht Frankfurt), Ito Junya (Genk), Kubo Takefusa (Real Sociedad), Suzuki Yuito (Freiburg), Ueda Ayase (Feyenoord), Ogawa Koki (Nijmegen), Maeda Daizen (Celtic), Shiogai Kento (Wolfsburg), Goto Keisuke (Sint-Truiden)














1 thought on “Senarai Penuh Skuad Jepun Dalam Aksi Piala Dunia 2026”
Comments are closed.