Pengumuman bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan kesemua 104 perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 sebelum ini telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Ramai yang beranggapan bahawa semua perlawanan itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran percuma RTM. Namun, hakikatnya terdapat sedikit perbezaan daripada jangkaan awal tersebut.
RTM sememangnya akan menayangkan kesemua 104 perlawanan kejohanan berprestij itu, tetapi tidak semuanya secara langsung. Sebanyak 94 perlawanan akan disiarkan secara langsung, manakala 10 lagi perlawanan akan ditayangkan secara siaran tertunda.
RTM menerusi platform media sosial rasmi Sukan TV RTM telah mengeluarkan jadual lengkap bagi 10 perlawanan siaran tertunda tersebut.
Menariknya, kesemua perlawanan yang terlibat hanyalah membabitkan aksi peringkat kumpulan dan tidak melibatkan perlawanan kalah mati.
Senarai Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Bagi Siaran Tertunda Di RTM
Berikut ialah senarai penuh 10 jadual siaran tertunda bagi perlawanan terpilih Piala Dunia FIFA 2026 di RTM:
- Kumpulan E – Ivory Coast vs Ecuador
- Kumpulan I – Iraq vs Norway
- Kumpulan J – Austria vs Jordan
- Kumpulan B – Ghana vs Panama
- Kumpulan D – Uzbekistan vs Colombia
- Kumpulan H – Uruguay vs Cabo Verde
- Kumpulan J – Jordan vs Algeria
- Kumpulan K – Colombia vs Congo DR
- Kumpulan B Bosnia Herzegovina vs Qatar
- Kumpulan B – Switzerland vs Canada

Walaupun terdapat 10 perlawanan yang tidak disiarkan secara langsung di RTM, peminat bola sepak tidak perlu terlalu kecewa.
Ini kerana jumlah tersebut hanyalah sekitar 10 peratus daripada keseluruhan 104 perlawanan yang berlangsung sepanjang kejohanan.
Malah, keputusan RTM untuk menyiarkan 94 perlawanan secara langsung secara percuma masih boleh dianggap satu berita baik buat rakyat Malaysia.
Ia memberi peluang kepada lebih ramai peminat menikmati kemeriahan Piala Dunia FIFA 2026 tanpa perlu melanggan televisyen berbayar.
Bagi mereka yang mahu menyaksikan kesemua 104 perlawanan secara langsung tanpa pengecualian, pilihan tersebut masih tersedia menerusi platform Unifi TV.
BACA JUGA : Langgan Pas Bermusim Unifi TV Untuk Menonton Semua Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 Secara Langsung
Namun bagi majoriti penyokong bola sepak tempatan, liputan RTM sudah cukup membuktikan komitmen penyiar nasional dalam membawa pesta bola sepak terbesar dunia terus ke kaca televisyen rakyat Malaysia.















