Senarai Skuad Pemain Brazil Di Piala Dunia FIFA 2026

By Aiman San

Published On:

Follow Us
senarai pemain BRAZIL piala dunia fifa 2026

Kejohanan Piala Dunia FIFA pastinya tidak lengkap tanpa kehadiran Brazil.

Gergasi bola sepak dari Amerika Selatan itu menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya tampil dalam setiap edisi Piala Dunia sejak kejohanan tersebut diperkenalkan pada tahun 1930.

Malah, Brazil juga memegang rekod sebagai negara paling berjaya dengan lima gelaran juara dunia.

Walaupun begitu, skuad Samba masih gagal menamatkan penantian untuk menjulang trofi sejak kali terakhir melakukannya pada tahun 2002. Dalam lima penampilan terdahulu, mereka tersingkir di peringkat suku akhir sebanyak empat kali.

Kali terakhir Brazil menunggu selama 24 tahun untuk meraih kejuaraan dunia, penantian tersebut berakhir di bumi Amerika Utara menerusi kejayaan mereka di USA1994.

Disebabkan itu, pasukan kendalian Carlo Ancelotti pastinya berharap sejarah indah itu dapat berulang semula apabila Piala Dunia 2026 berlangsung di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

Berikut merupakan segala yang anda perlu tahu mengenai Brazil.

Tentang Brazil

  • Rangking FIFA : 6
  • Pengurus : Carlo Ancelotti
  • Kapten Pasukan : Marquinhos
  • Jumlah Penampilan Piala Dunia (termasuk 2026) : 23 kali
  • Pencapaian Terbaik Di Piala Dunia : Juara sebanyak 5 kali (1958, 1962, 1970, 1994, 2002)

Barisan Pemain & Skuad Brazil Di Piala Dunia FIFA 2026

Seramai 26 pemain yang dibawa oleh pasukan Brazil dalam FIFA World Cup 2026 iaitu melibatkan 3 penjaga gol, 9 pertahanan, 5 pemain tengah dan 9 penyerang:

Penjaga Gol : Alisson (Liverpool), Ederson (Fenerbahçe), Weverton (Grêmio)

Pertahanan : Wesley (Roma), Douglas Santos (Zenit), Alex Sandro (Flamengo), Gabriel Magalhães (Arsenal), Marquinhos (PSG), Danilo (Flamengo), Bremer (Juventus), Ibañez (Al-Ahli), Léo Pereira (Flamengo)

Pemain Tengah : Bruno Guimarães (Newcastle), Casemiro (Manchester United), Danilo Santos (Botafogo), Fabinho (Al-Ittihad),Lucas Paquetá (Flamengo), Raphinha (Barcelona), Neymar (Santos)

Penyerang : Vinícius Júnior (Real Madrid), Luiz Henrique (Zenit), Matheus Cunha (Manchester United), Gabriel Martinelli (Arsenal), Igor Thiago (Brentford), Endrick (Lyon), Rayan (Bournemouth)

SKUAD BRAZIL PIAL DUNIA FIFA 2026

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Related Posts