Senarai 48 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia FIFA 2026

By Aiman San

Published On:

Follow Us
pasukan layak ke piala dunia fifa 2026

Kini secara rasminya FIFA telah mengumumkan semua 48 pasukan layak ke Piala Dunia FIFA 2026 dan sudah semakin hampir untuk menuju ke kejohanan paling berprestij dalam bola sepak dunia itu.

Kejohanan yang dijadual berlangsung pada dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026 ini akan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada yang juga sebagai tuan rumah.

BACA JUGA : Senarai Pemain Dan Skuad Brazil Dalam Piala Dunia 2026

Edisi kali ini turut mencipta sejarah tersendiri kerana buat pertama kalinya Piala Dunia akan disertai 48 pasukan, sekali gus menjadi penambahan terbesar sejak format 32 pasukan diperkenalkan pada tahun 1998.

Pertambahan jumlah pasukan telah membuka lebih banyak peluang kepada negara dari seluruh dunia untuk layak ke kejohanan tersebut.

Wakil dari Afrika menerima 10 slot keseluruhan, manakala Oceania kembali mempunyai wakil automatik selepas kali terakhir mencapainya pada tahun 2010.

Jepun muncul sebagai negara pertama yang berjaya melayakkan diri selain tiga negara tuan rumah. Pasukan itu mengesahkan kemaraan ke pentas akhir Piala Dunia buat kali kelapan berturut-turut pada 20 Mac 2025.

Beberapa hari kemudian, juara bertahan Argentina turut memastikan tempat mereka ke kejohanan berkenaan.

Piala Dunia FIFA 2026

Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 akan berlangsung di Stadium Estadio Azteca yang terkenal di Mexico City pada 11 Jun 2026.

Stadium bersejarah itu sebelum ini pernah menjadi venue dua final Piala Dunia serta perlawanan akhir pingat emas Sukan Olimpik Mexico City 1968.

Sementara itu, aksi final kejohanan bakal diadakan di Stadium New York New Jersey pada 19 Julai 2026. Ini merupakan kali kedua Amerika Syarikat atau USA menjadi tuan rumah final Piala Dunia FIFA selepas edisi tahun 1994.

Senarai Pasukan Layak Ke Piala Dunia FIFA 2026

Di bawah ini ialah senarai semua negara yang berjaya mengesahkan tempat mereka ke pentas Piala Dunia FIFA 2026 mengikut benua:

Asia (9) – AFC

  • Australia
  • Iran
  • Iraq
  • Jepun
  • Jordan
  • Qatar
  • Arab Saudi
  • Korea Selatan
  • Uzbekistan

Afrika (10) – CAF

  • Algeria
  • Cape Verde
  • DR Congo
  • Mesir
  • Ghana
  • Ivory Coast
  • Maghribi
  • Senegal
  • Afrika Selatan
  • Tunisia

Amerika Utara (6) – CONCACAF

  • Kanada (Tuan Rumah)
  • Curacao
  • Haiti
  • Mexico (Tuan Rumah)
  • Panama
  • Amerika Syarikat (Tuan Rumah)

Amerika Selatan (6) – CONMEBOL

  • Argentina
  • Brazil
  • Kolombia
  • Ekuardo
  • Paraguay
  • Uruguay

Osenia (1) – OFC

  • New Zealand

Eropah (16) – UEFA

  • Austria
  • Belgium
  • Bosnia and Herzegovina
  • Croatia
  • Republik Czech
  • England
  • Perancis
  • Jerman
  • Belanda
  • Norway
  • Portugal
  • Scotland
  • Sepanyol
  • Sweden
  • Switzerland
  • Turkiye

Adakah Argentina mampu untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya pada edisi Qatar 2022 yang lalu? Atau ada pasukan yang pastinya menjadi tumpuan untuk menjuarai kejohanan Piala Dunia FIFA kali ini?

Sumber : FIFA.com

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now