Perancis melangkah ke Piala Dunia FIFA 2026 sebagai negara yang menduduki tangga teratas ranking dunia. Status itu sekali lagi mengukuhkan reputasi mereka sebagai antara kuasa besar utama dalam bola sepak antarabangsa.
BACA JUGA : Senarai Skuad Brazil Dalam FIFA World Cup 2026
Walaupun tanpa melihat kedudukan ranking semasa, skuad juara dunia 2018 itu sememangnya dibarisi ramai pemain berkualiti tinggi yang mampu membawa mereka memburu gelaran dunia ketiga dalam sejarah negara tersebut.
Kejohanan kali ini juga bakal menjadi penampilan terakhir Didier Deschamps sebagai ketua jurulatih Perancis.
Pasukan yang sudah dua kali menjuarai Piala Dunia itu diundi dalam Kumpulan I bersama Senegal, Norway dan Iraq.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang anda perlu tahu mengenai Perancis.
Tentang Perancis
- Rangking FIFA : 1
- Pengurus : Didier Deschamps
- Kapten Pasukan : Kylian Mbappé
- Jumlah Penampilan Piala Dunia (termasuk 2026) : 17 kali
- Pencapaian Terbaik Di Piala Dunia : Juara sebanyak 2 kali (1998, 2018)
Barisan Pemain & Skuad Perancis Di Piala Dunia FIFA 2026
Seramai 26 pemain yang dibawa oleh pasukan Perancis dalam FIFA World Cup 2026 iaitu melibatkan 3 penjaga gol, 9 pertahanan, 5 pemain tengah dan 9 penyerang:
Penjaga Gol: Mike Maignan (AC Milan), Brice Samba (Rennes), Robin Risser (Lens)
Pertahanan: Dayot Upamecano (Bayern Munich), William Saliba (Arsenal), Lucas Digne (Aston Villa), Theo Hernandez (Al-Hilal), Lucas Hernandez (PSG), Ibrahima Konaté (Liverpool), Jules Koundé (Barcelona), Malo Gusto (Chelsea), Maxence Lacroix (Crystal Palace)
Pemain Tengah: N’Golo Kanté (Fenerbahce), Adrien Rabiot (AC Milan), Manu Koné (Roma), Aurélien Tchouaméni (Real Madrid), Warren Zaïre-Emery (PSG)
Penyerang: Maghnes Akliouche (Monaco), Kylian Mbappé (Real Madrid), Ousmane Dembélé (PSG), Michael Olise (Bayern Munich), Désiré Doué (PSG), Bradley Barcola (PSG), Rayan Cherki (Manchester City), Marcus Thuram (Inter Milan), Jean-Philippe Mateta (Crystal Palace)










