Thomas Tuchel telah mengumumkan senarai 26 pemain bagi skuad England di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Skuad yang diketuai kapten Harry Kane itu diumumkan menerusi sebuah siaran langsung khas dari Wembley Stadium melalui aplikasi rasmi England.
BACA JUGA : Senarai Skuad Perancis Dalam Aksi FIFA World Cup 2026
Platform tersebut juga akan menjadi saluran utama buat penyokong yang mahu mengikuti perkembangan terkini Three Lions sepanjang kempen musim panas ini.
Pengumuman rasmi pasukan England itu turut disertakan dengan sebuah filem istimewa yang menggunakan lagu ikonik The Beatles berjudul Come Together sebagai runut bunyi utama.
Ini merupakan antara info yang anda perlu tahu berkenaan pasukan England dalam kejohanan berprestij ini.
Tentang England
- Rangking FIFA : 4
- Pengurus : Thomas Tuchel
- Kapten Pasukan : Harry Kane
- Jumlah Penampilan Piala Dunia (termasuk 2026) : 17 kali
- Pencapaian Terbaik Di Piala Dunia : Juara sebanyak 1 kali (1966)
Barisan Pemain & Skuad England Di Piala Dunia FIFA 2026
Seramai 26 pemain yang dibawa oleh pasukan England dalam FIFA World Cup 2026 iaitu melibatkan 3 penjaga gol, 9 pertahanan, 7 pemain tengah dan 7 penyerang:
Penjaga Gol: Dean Henderson (Crystal Palace), Jordan Pickford (Everton), James Trafford (Manchester City)
Pertahanan: Dan Burn (Newcastle United), Marc Guéhi (Manchester City), Reece James (Chelsea), Ezri Konsa (Aston Villa), Tino Livramento (Newcastle United), Nico O’Reilly (Manchester City), Jarell Quansah (Bayer Leverkusen), Djed Spence (Tottenham Hotspur), John Stones (Manchester City)
Pemain Tengah: Elliot Anderson (Nottingham Forest), Jude Bellingham (Real Madrid), Eberechi Eze (Arsenal), Jordan Henderson (Brentford), Kobbie Mainoo (Manchester United), Declan Rice (Arsenal), Morgan Rogers (Aston Villa)
Penyerang: Anthony Gordon (Newcastle United), Harry Kane (Bayern Munich), Noni Madueke (Arsenal), Marcus Rashford (Barcelona), Bukayo Saka (Arsenal), Ivan Toney (Al-Ahli), Ollie Watkins (Aston Villa)











