7 Tip Penting Untuk Berjaya Dalam Temu Duga kerja

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Tip Penting Untuk Berjaya Dalam Temu Duga kerja

Temu duga kerja merupakan langkah penting dalam proses mendapatkan pekerjaan. Selain kelayakan akademik dan pengalaman, cara anda berkomunikasi, berpakaian serta menjawab soalan turut mempengaruhi penilaian majikan.

Ramai calon gagal memberikan prestasi terbaik kerana kurang membuat persediaan dan terlalu gementar ketika sesi temu duga berlangsung.

Dengan persediaan yang rapi, anda mampu meningkatkan keyakinan diri dan meninggalkan tanggapan pertama yang baik.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 7 tip temu duga kerja yang boleh membantu anda membuat persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.

BACA JUGA : Tips Dan Cara Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Tip-tip ini mudah dipraktikkan dan sesuai dijadikan panduan untuk meningkatkan peluang anda memperoleh pekerjaan yang diidamkan.

Tips Temu Duga Kerja

Beberapa tip mudah ini tentu berguna untuk anda:

1. Pakaian

Jika ada sedikit peruntukan, apa kata anda berbelanja sedikit dengan membeli pakaian baharu sempena berjaya menempatkan diri untuk sesi temu duga.

Berjaya atau tidak usah difikirkan. Sekurang-kurangnya anda telah memotivasikan diri daripada peringkat awal lagi. Percayalah, berpakaian yang menarik mampu meningkatkan keyakinan diri secara automatik!

2. Bersolek

Walaupun anda bukan seorang yang gemar bersolek, tidak untuk kali ini. Pandangan pertama itu cukup besar peranannya.

Tidak perlu bersolek tebal seperti opera, cukup make up nipis hanya untuk menyerlahkan seri wajah. Jika berlebihan, bimbang pula anda kelihatan seperti badut.

3. Dengar & Faham

Dengar dengan teliti soalan-soalan yang diajukan. Pastikan anda sudah membuat rujukan terlebih dahulu tentang soalan-soalan yang sering ditanya ketika temu duga. Jawab dengan tenang dan usah gopoh, ya.

4. ‘Sorokkan’ Gementar

Gementar hanya akan membuatkan anda lebih resah. Seterusnya menyebabkan anda menjawab secara tidak yakin dan teragak-agak. Usah fikirkan apa yang bakal anda lalui tetapi fokus pada apa yang sedang dibicarakan antara dan dan panel penemu duga.

5. Kelebihan Diri

Buktikan anda seorang yang berpengetahuan dan sentiasa bersedia memikul tanggungjawab. Serlahkan kelebihan diri anda untuk meyakinkan mereka.

Ops… jangan sampai anda dilihat sebagai ‘berlagak’ atau meninggi diri pula, ya! Biar sederhana tetapi meyakinkan.

6. Usah Terlalu Jujur

Ada kemungkinan anda ditanya tentang kekurangan diri. Benar anda perlu jujur, tetapi usah terlalu jujur. Sampaikan ia “secara amat” kerana setiap apa yang anda ucapkan pasti dinilai untuk pemarkahan.

Selepas menyatakannya, jangan lupa untuk seimbangkan ia dengan kebolehan anda yang sentiasa mahu memperbaiki diri, berusaha meningkatkan prestasi di samping kesediaan untuk belajar dan ditegur.

7. Terima Kasih

Akhir sekali, jangan lupa untuk menyatakan ucapan terima kasih sebelum beredar. Sebelum itu, katakan yang anda berharap dan bersedia menjadi sebahagian daripada tenaga kerja di syarikat tersebut, okey?

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now