Unifi TV Perkenal Pas Piala Dunia FIFA 2026

By Aiman San

Published On:

Follow Us
berapa device boleh guna di unifi tv

TM mengumumkan secara rasmi harga pas tontonan FIFA World Cup 2026. Menerusi Unifi TV, peminat bola sepak di Malaysia boleh menyaksikan kesemua 104 perlawanan secara langsung menerusi tiga saluran khas Piala Dunia.

Untuk info, RTM dan Unifi TV sebelum ini telah disahkan sebagai penyiar rasmi kejohanan tersebut di Malaysia.

RTM akan menyiarkan beberapa perlawanan terpilih secara percuma menerusi siaran percuma. Manakala Unifi TV menjadi platform utama bagi peminat yang ingin mengikuti keseluruhan aksi Piala Dunia 2026.

Unifi fifa world cup 2026

Pas Piala Dunia FIFA 2026 Untuk Semua

Unifi TV menyediakan dua pilihan harga bagi pas musim FIFA World Cup 2026. Pelanggan sedia ada Unifi TV boleh mendapatkannya pada harga RM50, manakala pengguna yang tidak melanggan perkhidmatan tersebut perlu membayar RM60 untuk menikmati akses yang sama.

harga pas piala dunia fifa 2026

Pas Piala Dunia FIFA 2026 tersebut ditawarkan dari 11 Jun hingga 10 Julai 2026. Selain akses ke saluran khas Piala Dunia, pelanggan turut boleh menikmati lebih 70 saluran premium yang tersedia dalam katalog Unifi TV.

Antara saluran yang disertakan ialah HBO, Cinemax, AXN, beIN SPORTS, SPOTV, tvN Movies serta pelbagai lagi pilihan hiburan dan sukan.

Bagi penonton yang hanya mahu menyaksikan perlawanan tertentu, Unifi TV turut menyediakan pas harian pada harga RM20. Tawaran ini akan mula tersedia kepada pelanggan bermula 12 Jun 2026.

Cara Langgan Pas Piala Dunia FIFA 2026 Daripada Unifi

Pelanggan boleh mula mendapatkan pas FIFA World Cup 2026 bermula hari ini menerusi laman web Unifi di https://wc.unifi.com.my/fifaworldcup2026/en/.

Bagi pelanggan sedia ada Unifi, langganan juga boleh dibuat melalui aplikasi MyUnifi, Portal Selfcare Unifi atau aplikasi Unifi TV 2.0.

BACA JUGA : Jumlah Device Yang Boleh Digunakan Di Unifi TV Serentak

Semua perlawanan boleh ditonton dalam kualiti HD menerusi platform Unifi TV di pelbagai peranti termasuk smart tv, smartphone, tablet dan laman web.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Unifi TV Perkenal Pas Piala Dunia FIFA 2026”

Comments are closed.