Senarai Skuad Dan Pemain Norway Di Piala Dunia FIFA 2026

By Aiman San

Published On:

Follow Us
senarai pemain NORWAY piala dunia fifa 2026

Selepas kali terakhir tampil di pentas terbesar bola sepak dunia 28 tahun lalu, Norway kini kembali ke Piala Dunia FIFA 2026.

Mereka kembali dengan status antara pasukan paling menyerlah dari Eropah, hasil kebangkitan generasi pemain muda berbakat yang dianggap sebagai “generasi emas” mereka.

BACA JUGA : Senarai Skuad England Dalam Pentas FIFA World Cup 2026

Norway mempamerkan prestasi luar biasa sepanjang kempen kelayakan UEFA apabila mencatat lapan kemenangan daripada lapan perlawanan.

Malah, mereka juga muncul pasukan paling tajam dengan jumlah 37 gol, sekali gus memberi isyarat jelas tentang kekuatan sebenar skuad itu kepada pencabar lain.

Walaupun ramai menjangkakan Norway mampu melangkah jauh di kejohanan Piala Dunia kali ini, laluan mereka dijangka tidak mudah. Mereka telah diundi dalam Kumpulan I bersama juara dunia dua kali, Perancis, kuasa besar Afrika Senegal, serta Iraq.

Berikut merupakan beberapa perkara penting yang anda perlu tahu mengenai Norway.

Tentang Norway

  • Rangking FIFA : 31
  • Pengurus : Ståle Solbakken 
  • Kapten Pasukan : Martin Ødegaard
  • Jumlah Penampilan Piala Dunia (termasuk 2026) : 4 kali
  • Pencapaian Terbaik Di Piala Dunia : Pusingan 16 Terbaik (1938, 1998)

Skuad Dan Pemain Norway Di Piala Dunia FIFA 2026

Seramai 26 pemain yang dibawa oleh pasukan Norway dalam Piala Dunia FIFA 2026 iaitu melibatkan 3 penjaga gol, 9 pertahanan, 9 pemain tengah dan 5 penyerang:

Penjaga Gol: Ørjan Nyland (Sevilla), Egil Selvik (Watford), Sander Tangvik (HSV)

Pertahanan: Julian Ryerson (Borussia Dortmund), Kristoffer Ajer (Brentford), Leo Skiri Østigård (Genoa), David Møller Wolfe (Wolverhampton Wanderers), Marcus Holmgren Pedersen (Torino), Torbjørn Heggem (Bologna), Fredrik Bjørkan (Bodø/Glimt), Henrik Falchener (Viking), Sondre Langås (Derby County)

Pemain Pertahanan: Martin Ødegaard (Arsenal), Sander Berge (Fulham), Patrick Berg (Bodø/Glimt), Kristian Thorstvedt (Sassuolo), Morten Thorsby (Cremonese), Thelo Aasgaard (Rangers), Andreas Schjelderup (Benfica), Jens Petter Hauge (Bodø/Glimt), Fredrik Aursnes (Benfica)

Penyerang: Erling Haaland (Manchester City), Alexander Sørloth (Atlético Madrid), Jørgen Strand Larsen (Crystal Palace), Oscar Bobb (Fulham), Antonio Nusa (RB Leipzig)

skuad norway

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now