Walaupun merupakan sebuah negara kecil dalam dunia bola sepak antarabangsa, Croatia sering membuktikan kemampuan mereka di pentas terbesar dunia.
Mereka berjaya mara ke separuh akhir dalam separuh daripada penampilan mereka di Piala Dunia FIFA setakat ini.
Pada penampilan sulung di Piala Dunia Perancis 1998, Croatia mencipta kejutan apabila menamatkan kejohanan di tempat ketiga.
Dua dekad kemudian, mereka sekali lagi mencipta sejarah apabila mara ke pentas final 2018 FIFA World Cup di Suria sebelum tewas kepada France.
Prestasi cemerlang itu diteruskan di 2022 FIFA Qatar World Cup apabila mereka sekali lagi menamatkan saingan di tempat ketiga.
Di bawah kendalian Zlatko Dalic, Croatia tampil cukup meyakinkan dalam kempen kelayakan Eropah bagi edisi Piala Dunia kali ini. Mereka mengungguli kumpulan dengan rekod tujuh kemenangan dan satu keputusan seri daripada lapan perlawanan yang diharungi.
Kini, skuad Croatia pastinya berazam untuk sekali lagi mencuri tumpuan di kejohanan yang bakal berlangsung di Amerika Utara.
Berikut merupakan segala yang anda perlu tahu mengenai Croatia.
Tentang Croatia
- Rangking FIFA : 11
- Pengurus : Zlatko Dalić
- Kapten Pasukan : Luka Modrić
- Jumlah Penampilan Piala Dunia (termasuk 2026) : 7 kali
- Pencapaian Terbaik Di Piala Dunia : Naib Juara (2018)
Barisan Pemain & Skuad Croatia Di Piala Dunia FIFA 2026
Seramai 33 pemain yang dibawa oleh pasukan Croatia bagi menempuh cabaran FIFA World Cup 2026 kali ini iaitu melibatkan 4 penjaga gol, 8 pertahanan, 13 pemain tengah dan 8 penyerang:
Penjaga Gol: Dominik Livaković (Dinamo Zagreb), Dominik Kotarski (København), Ivor Pandur (Hull City), Karlo Letica (Lausanne-Sport)
Pertahanan: Joško Gvardiol (Manchester City), Duje Ćaleta-Car (Real Sociedad), Josip Šutalo (Ajax), Josip Stanišić (Bayern München), Marin Pongračić (Fiorentina), Martin Erlić (Midtjylland), Luka Vušković (Hamburger SV), Ivan Smolčić (Como)
Pemain Tengah: Luka Modrić (Milan), Mateo Kovačić (Manchester City), Mario Pašalić (Atalanta), Nikola Vlašić (Torino), Luka Sučić (Real Sociedad), Martin Baturina (Como), Kristijan Jakić (Augsburg), Petar Sučić (Internazionale), Nikola Moro (Bologna), Toni Fruk (Rijeka), Lovro Majer (Wolfsburg), Adrian Segečić (Portsmouth), Luka Stojković (Dinamo Zagreb)
Penyerang: Ivan Perišić (PSV Eindhoven), Andrej Kramarić (Hoffenheim), Ante Budimir (Osasuna),
Marco Pašalić (Orlando City), Petar Musa (Dallas), Igor Matanović (Freiburg), Franjo Ivanović (Benfica), Dion Drena Beljo (Dinamo Zagreb)










