Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Buriram United ACLE 2025

By Aiman San

Updated On:

Follow Us
jdt vs buriram united

Perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak Asia terutamanya untuk rakyat Johor bakal berlangsung tidak lama lagi! JDT vs Buriram United akan bertemu sekali lagi dalam aksi timbal balik pusingan 16 terbaik AFC Champions League Elite (ACLE) musim 2024/2025.

BACA JUGA : Keputusan Penuh Round Of 16 ACLE 2025

Perlawanan Timbal Balik Kedua ACLE 2025

Pada 4 Mac yang lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Buriram United telah berentap di Buriram, Thailand, dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik. Namun, selepas 90 minit aksi penuh, kedua-dua pasukan sekadar mencatat keputusan seri 0-0. Kini, giliran Harimau Selatan pula menjadi tuan rumah di Stadium Sultan Ismail, Iskandar Puteri, Johor bagi aksi penentuan.

Perlawanan ini akan menjadi detik penting buat kedua-dua pasukan kerana hanya satu pasukan akan berjaya mara ke peringkat suku akhir. Dengan baki 90 minit (atau lebih) untuk menentukan nasib mereka, pastinya JDT dan Buriram United akan memberikan segalanya di atas padang.

Iklan Disini

Statistik & Rekod Pertembungan

Berdasarkan pertemuan antara JDT dan Buriram United musim ini, keputusan yang dicatatkan sangat seimbang. Ini merupakan pertemuan kali ketiga untuk kedua-dua pasukan dalam saingan ACLE 24/2025, dan setakat ini tiada satu pun yang berjaya mencatat kemenangan.

Pada perlawanan pertama, kedua-dua pasukan bertemu di peringkat kumpulan ketika bermain di SSI. Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan juga masih buntu untuk mencetak gol apabila berakhir dengan keputusan 0-0.

Kemudian bermain di Chang Arena sebelum ini juga, meraih keputusan yang sama. Keputusan di Stadium Sultan Ismail kali terakhir juga berakhir tanpa jaringan, menjadikan perlawanan ini lebih mendebarkan. Siapakah yang akan meraih kemenangan kali ini?

Format Perlawanan – Tiada Ruang Untuk Seri!

Satu perkara yang pasti, perlawanan JDT vs Buriram United kali ini tidak akan berakhir dengan keputusan seri. Jika perlawanan masih terikat tanpa jaringan selepas 90 minit, perlawanan akan dilanjutkan ke masa tambahan. Jika masih tiada pemenang selepas itu, penentuan sepakan penalti akan dilakukan bagi menentukan pasukan yang akan mara ke suku akhir ACLE 2025.

jdt vs buriram united

Siapa Akan Mara Ke Suku Akhir?

Dengan kelebihan bermain di laman sendiri serta sokongan padu penyokong Harimau Selatan, JDT pastinya mahu menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Namun, Buriram United juga bukan calang-calang pasukan dan sudah tentu mereka ingin mencipta kejutan di Johor.

Iklan Disini

Jangan lupa untuk saksikan perlawanan sengit ini secara langsung pada 11 Mac 2025, jam 8.00 malam di Astro Arena Bola 803 atau melalui live streaming di Sooka. Pasukan manakah yang akan mara ke suku akhir? Sama-sama kita nantikan!

Keputusan Perlawanan

FT : JDT (0) – (1) Buriram United

  • Suphanat Mueanta 58′

Tarikh: Selasa, 11 Mac 2025
Masa: 8.00 malam
Lokasi: Stadium Sultan Ismail, Iskandar Puteri, Johor
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 803
Live Streaming: Sooka

*Dengan kekalahan ini, sekali gus JDT terkeluar dari kejohanan ACLE

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Buriram United ACLE 2025”

Leave a Comment