Pernah tak dengar orang cakap otak burung unta sebenarnya lebih kecil daripada matanya? Kedengarannya macam kelakar, kan? Tapi inilah realiti yang cukup menarik tentang burung terbesar di dunia ni!
Burung unta (Struthio camelus) memang terkenal dengan saiz badannya yang besar dan kaki yang panjang. Tapi, yang lebih menarik perhatian saintis dan pemerhati haiwan ialah bahagian kepalanya.
Betul Ke Otak Burung Unta Lebih Kecil Dari Matanya?
Bayangkan, diameter mata burung unta boleh mencecah sekitar 5 cm, hampir sebesar bola pingpong! Malah berat setiap biji matanya boleh jadi lebih kurang 40 hingga 60 g. Bagi seekor burung, ini adalah angka yang agak luar biasa.
Sebaliknya, otaknya pula agak kecil jika dibandingkan dengan matanya. Saiz otak burung unta lebih kurang 4 hingga 5 cm, dan beratnya hanya kira-kira 40 g atau mungkin kurang daripada itu.
Jadi, secara literalnya, ianya tersebut. Otak burung unta memang lebih kecil daripada matanya! Fakta ini sering dijadikan bahan jenaka, tapi dalam dunia sains, ia cuma hasil daripada evolusi dan keperluan survival burung unta di habitatnya.
Kenapa mata burung unta besar? Sebab mereka perlu mengawasi kawasan padang rumput yang luas dan mengesan pemangsa dari jarak jauh. Mata yang besar memberi penglihatan yang lebih baik, jadi mereka boleh lari seawal mungkin bila ada bahaya.
Walaupun otak mereka kecil, sistem saraf dan naluri mereka cukup efisien untuk bertindak balas dengan cepat.
Unik kan? Inilah salah satu bukti bahawa saiz otak tak semestinya menentukan tahap survival atau keupayaan seekor haiwan. Kadang-kadang, apa yang penting adalah bagaimana haiwan itu ‘disusun’ untuk sesuai dengan habitat dan gaya hidupnya.
Menarik juga kalau difikirkan: walaupun burung unta tak boleh terbang, mereka boleh berlari selaju 70 km/j. Jadi, walaupun otaknya kecil, jangan sekali-kali pandang rendah kebolehan mereka












