Betul Ke Lipas Boleh Hidup Tanpa Kepala? Ini Penjelasan Sains!

By Aiman San

Published On:

Follow Us
lipas boleh hidup tanpa kepala

Pernah dengar orang kata lipas boleh hidup walaupun dah putus kepala? Bunyi macam cerita horror, tapi sebenarnya, secara fakta memang betul.

Lipas boleh terus hidup selama beberapa minggu walaupun tanpa kepala dan akhirnya mati bukan sebab luka atau tidak mampu bernafas, tapi sebab kebuluran.

Macam Mana Lipas Boleh Hidup Tanpa Kepala?

Lipas ada sistem badan yang sangat berbeza dengan manusia. Pertama sekali, mereka bernafas melalui spirakel, iaitu lubang kecil di sisi badan. Jadi, tak perlu hidung atau mulut untuk kekal hidup. Walaupun kepala dah hilang, mereka masih boleh bernafas seperti biasa.

Kedua, darah lipas tak mengalir seperti darah manusia. Tekanan darah mereka rendah dan tak ada salur darah besar yang boleh menyebabkan pendarahan teruk. Bila kepala tercabut, luka akan cepat kering dan badan lipas boleh terus berfungsi.

Satu lagi fakta menarik dimana otak lipas bukan pusat utama segala-galanya. Banyak fungsi asas seperti bergerak dan bertindak balas datang daripada saraf yang ada di setiap segmen badannya. Jadi, mereka masih boleh merangkak-rangkak tanpa kepala!

Tapi, tanpa kepala, lipas tak boleh makan atau minum. Jadi selepas beberapa hari atau minggu, ia akan mati perlahan-lahan kerana kebuluran atau dehidrasi.

Walaupun nampak menakutkan, ini sebenarnya bukti bahawa lipas adalah antara makhluk paling lasak di muka bumi. Bayangkan mereka hidup tanpa kepala pun masih boleh bertahan.

Nak bunuh lipas? Cabut kepala bukan cara yang berkesan. Tapi jangan risau, ada banyak cara moden yang lebih berkesan untuk kawal kehadiran mereka di rumah. Gunakan semburan racun atau perangkap

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now