Senarai Skuad Pemain DR Congo Di Piala Dunia FIFA 2026

By Aiman San

Published On:

Follow Us
senarai pemain dr congo piala dunia fifa 2026

Kelayakan Republik Demokratik Congo ke Piala Dunia FIFA disahkan menerusi jaringan dramatik Axel Tuanzebe pada minit ke-100 dalam aksi terakhir kelayakan menentang Jamaica di Guadalajara.

Sebaik sahaja tandukan tersebut menerjah gawang, ribuan penyokong membanjiri jalan-jalan di Kinshasa walaupun dalam keadaan hujan lebat bagi meraikan kejayaan bersejarah itu.

DR Congo pernah mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari Sub-Afrika Sahara yang layak ke Piala Dunia pada tahun 1974. Menariknya, mereka juga menjadi pasukan terakhir yang melengkapkan senarai 48 negara bertanding untuk edisi 2026.

Selepas sekian lama tidak beraksi di pentas terbesar bola sepak dunia sejak penampilan sulung mereka ketika masih dikenali sebagai Zaire, skuad Si Harimau Bintang kini kembali mencuri perhatian.

Dalam kejohanan Piala Dunia 2026 nanti, mereka telah diundi dalam Kumpulan K bersama Portugal, Colombia dan Uzbekistan.

Berikut merupakan beberapa perkara penting yang anda perlu tahu mengenai DR Congo.

Tentang DR Congo

  • Rangking FIFA : 46
  • Pengurus : Sébastien Desabre 
  • Kapten Pasukan : Chancel Mbemba
  • Jumlah Penampilan Piala Dunia (termasuk 2026) : 2 kali
  • Pencapaian Terbaik Di Piala Dunia : Peringkat Kumpulan (1974)

Barisan Pemain & Skuad DR Congo Di Piala Dunia FIFA 2026

Seramai 33 pemain yang dibawa oleh pasukan DR Congo bagi menempuh cabaran FIFA World Cup 2026 kali ini iaitu melibatkan 3 penjaga gol, 9 pertahanan, 9 pemain tengah dan 5 penyerang:

Penjaga Gol: Timothy Fayulu (FC Noah), Lionel Mpasi (Le Havre), Mike Epolo (Standard Liege)

Pertahanan: Aaron Wan-Bissaka (West Ham United), Gédéon Kalulu (AEL Limassol), Joris Kayembe (Genk), Arthur Masuaku (Lens), Steve Kapuadi (Widzew Łódź), Rocky Bushiri (Hibernian), Axel Tuanzebe (Burnley), Chancel Mbemba (Lille), Dylan Batubinsika (Larissa)

Pemain Tengah: Noah Sadiki (Sunderland), Samuel Moutoussamy (Atromitos), Edo Kayembe (Watford), Nathan Mukau (Lille), Charles Pickel (Espanyol), Ngal’ayel Mukau Mbuku (Montpellier), Brian Cipenga (Castellón), Théo Bongonda (Spartak Moscow), Gaël Kakuta (Larissa)

Penyerang: Meschack Elia (Alanyaspor), Fiston Mayele (Pyramids), Cédric Bakambu (Real Betis), Simon Banza (Al Jazira), Yoane Wissa (Newcastle United)

skuad dr congo

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now