Senarai Pemain Mesir Bagi Skuad Piala Dunia FIFA 2026

By Aiman San

Published On:

Follow Us
senarai pemain mesir piala dunia fifa 2026

Mesir sebenarnya dijadualkan beraksi dalam edisi pertama Piala Dunia FIFA yang berlangsung di Uruguay pada tahun 1930. Namun, keadaan cuaca buruk ketika itu menyebabkan pemain skuad tersebut gagal memulakan perjalanan merentasi Lautan Atlantik untuk menyertai kejohanan berkenaan.

Empat tahun kemudian, skuad yang dikenali sebagai The Pharaohs akhirnya mencipta sejarah apabila membuat penampilan sulung di Piala Dunia 1934 di Itali. Mereka muncul sebagai negara Afrika pertama yang berjaya beraksi di pentas tertinggi bola sepak dunia. Walaupun begitu, perjalanan Mesir dalam kejohanan tersebut hanya bertahan satu perlawanan selepas tewas kepada Hungary.

Selepas kemunculan awal itu, penyertaan Mesir di Piala Dunia tidak berlaku secara konsisten. Juara Afrika tujuh kali tersebut terpaksa menunggu selama 56 tahun sebelum kembali ke kejohanan itu pada edisi 1990. Dalam saingan tersebut, mereka tersingkir di peringkat kumpulan, namun tetap mencipta kenangan manis apabila berjaya mengikat Belanda.

Kemunculan seterusnya hadir pada edisi 2018, tetapi nasib mereka tidak banyak berubah apabila sekali lagi gagal melepasi saingan pusingan pertama.

Kini, Mesir hadir dengan barisan pemain yang lebih berpengalaman di bawah pimpinan Mohamed Salah. Mereka dilihat mempunyai peluang cerah untuk melangkah ke peringkat kalah mati buat kali pertama selepas diundi dalam Kumpulan G bersama Belgium, New Zealand dan Iran.

Contents

Tentang Mesir

  • Nama : Mesir (Egypt)
  • Rangking FIFA : 29
  • Pengurus : Hossam Hassan
  • Kapten Pasukan : Mohamed Salah
  • Jumlah Penampilan Piala Dunia (termasuk 2026) : 4 kali
  • Pencapaian Terbaik Di Piala Dunia : Peringkat Kumpulan

Barisan Pemain & Skuad Perancis Di Piala Dunia FIFA 2026

Seramai 27 pemain yang dibawa oleh pasukan Mesir dalam FIFA World Cup 2026 iaitu melibatkan 4 penjaga gol, 9 pertahanan, 10 pemain tengah dan 4 penyerang:

Penjaga Gol: Mohamed El Shenawy (Al Ahly), Mostafa Shobeir (Al Ahly), El-Mahdi Soliman (Zamalek), Mohamed Alaa (El Gouna)

Pertahanan: Mohamed Hani (Al Ahly), Tarek Alaa (Zed), Hamdy Fathy (Al Wakrah), Rami Rabia (Al Ain), Yasser Ibrahim (Al Ahly), Hossam Abdelmaguid (Zamalek), Mohamed Abdelmonem (Nice), Ahmed Fotouh (Zamalek), Karim Hafez (Pyramids)

Pemain Tengah: Marwan Attia (Al Ahly), Mohanad Lasheen (Pyramids), Nabil Emad (Al Najma), Mahmoud Saber (Zed), Ahmed Zizo (Al Ahly), Emam Ashour (Al Ahly), Mostafa Ziko (Pyramids), Mahmoud Trezeguet (Al Ahly), Ibrahim Adel (Nordsjaelland), Haissem Hassan (Real Ovideo)

Penyerang: Mohamed Salah (Liverpool), Omar Marmoush (Manchester City), Aqtay Abdallah (Enppi), Hamza Abdelkarim (Barcelona)

skuad mesir

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now