Koleksi Ucapan Sempena Hari Bapa Tahun 2025

By Aiman San

Published On:

Follow Us
ucapan hari bapa

Setiap tahun pastinya ramai yang menyambut Hari Bapa yang bertujuan bagi mengenang jasa dan pengorbanan beliau bagi membesarkan anak-anak dari kecil sehinggalah besar.

Oleh itu, sebagai tanda kasih sayang, mungkin kita boleh bagi ucapan yang teristimewa kepada ayah yang tersayang walaupun kita berada berjauhan sekali.

Ini kerana kini terdapat pelbagai platform media sosial yang boleh kita gunakan sebagai tanda penghargaan dengan ucapan yang si anak berikan. Boleh guna facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya.

Setiap tahun, Hari Bapa atau Father’s Day akan disambut pada hari Ahad minggu ketiga dalam bulan Jun khususnya di Malaysia. Jadi untuk tahun 2025, ianya akan disambut pada 15 Jun 2025 (Ahad)

Jadi disini, dikongsikan koleksi ucapan istimewa sempena Hari Bapa yang anda boleh gunakan untuk ayah, bapa, abi, abah, walid dan walau apapun gelaran yang digunakan.

Koleksi Ucapan Sempena Hari Bapa Tahun 2025

Disetiap keringatmu, disetiap nafasmu, penuh dengan kasih sayangmu. Terima kasih ayah…

Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung.

Tak pernah berkira walau sekalipun. Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Abah

Kasihnya ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa

Selamat Menyambut Hari Bapa. Terima kasih ayah atas jasa, keringat dan pengorbanmu membesarkan kami

Terima Kasih Ayah! Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu

Selamat Hari Bapa. Kepada ayah tersayang yang telah terlebih dahulu pergi, tersenyumlah dikau di syurga. Ayah, kehadiranmu terasa begitu singkat di hidupku. Sesungguhnya tuhan memiliki rencana yang lebih indah untukmu. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.

Setiap penat lelahmu, Setiap titik peluhmu, Jasa dan pengorbananmu tak terhitung, Tak pernah berkira walau sekalipun, Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Ayah.

Setiap penat lelahmu, setiap titisan keringatmu, setiap jasa dan pengorbananmu, akan kami kenang sampai bila-bila. Terima kasih atas kasih sayang yang telah kau berikan kepada kami. Selamat Hari Bapa, We Love You, Ayah.

Ayah, terima kasih kerana telah membentuk kami menjadi seorang yang cekal hatinya. Setiap nasihatmu akan kami ingati. Berkat ketegasanmu dalam mendidik telah menjadikan kami berjaya pada hari ini. Terima kasih, Ayah. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan Ayah kepada kami.

Abah, beribu kata telah kau ucapkan, beribu cinta telah kau berikan, beribu kasih telah kau curahkan untuk kami. Terima kasih Abah. Selamat Hari Bapa!

Selamat Menyambut Hari Bapa. Terima kasih bapa atas jasa, keringat dan pengorbananmu membesarkan kami.

Selamat Hari Bapa. Engkaulah hero dalam hidup kami. Love You Papa.

Disebalik kasih ibu, Ada kerja keras seorang ayah. Terima kasih ayah. Selamat Hari Bapa.

Terima Kasih AYAH. Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.

Pengorbanan dan jasamu tidak ternilai. Selamat Hari Bapa

Koleksi Doa Buat Ayah

Doa Buat Ayah 1

Ya Allah, kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu untuk  ayah kami yang telah banyak berkorban membesarkan kami selama ini. Aamiin.

Doa Buat Ayah 2

Ya Allah gantikan penat lelah buat Ayah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami dengan setinggi-tinggi SyurgaMu di sana. Aamiin.

Doa Buat Ayah 3

Ya Allah… Ampunkan dosaku dan dosa kedua Ibu Bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka  mengasihaniku ketika aku masih kecil, berilah mereka balasan Syurga.

Doa Buat Ayah 4

Ya Allah Ya Tuhanku, mungkin aku tidak mampu membahagiakan kedua ibu bapaku dengan kemewahan dan kasih sayang… Dengan pertolongan-Mu, perkenankanlah doaku ini. Hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka. Ya Allah, ampunilah aku, kedua ibu bapaku. Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil. Amin Ya Robbal Alamin.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment