Hari Guru 2026: Contoh Ucapan & Pantun Menarik Anda Boleh Gunakan

By Aiman San

Published On:

Follow Us
contoh ucapan hari guru

Hari Guru merupakan satu sambutan istimewa bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik dalam mendidik anak bangsa. Sempena sambutan tersebut, kami kongsikan beberapa contoh ucapan Selamat Hari Guru 2026 khas buat semua guru di Malaysia.

Selain ibu bapa, guru juga memainkan peranan besar dalam membentuk keperibadian, akhlak serta masa depan seseorang. Kehadiran mereka bukan sahaja membantu melahirkan insan berilmu, malah turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Sepanjang bulan Mei yang penuh bermakna ini, ambillah peluang untuk menggembirakan hati guru anda dengan apa jua bentuk penghargaan termasuk bagi ucapan hari guru. Tidak kira sama ada dipanggil guru, cikgu, teacher, sir, madam, ustaz atau ustazah, mereka tetap insan yang banyak mencurahkan ilmu dan mendidik kita.

BACA JUGA : Koleksi Dan Contoh Ucapan Sempena Hari Ibu

Di Malaysia, sambutan Hari Guru diraikan pada setiap 16 Mei sebagai tanda penghormatan kepada seluruh warga pendidik. Pada hari tersebut, pelajar dan masyarakat bersama-sama menunjukkan penghargaan kepada guru atas segala jasa dan pengorbanan mereka dalam dunia pendidikan.

Bagi tahun 2026, sambutan Hari Guru yang jatuh pada hari Sabtu, 16 Mei akan membawa tema “Guru Bitara Nadi Negara” seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Koleksi Dan Contoh Ucapan Hari Guru & Pantun

Berikut merupakan antara contoh-contoh ucapan Hari Guru yang menarik anda boleh gunakan:

Ucapan Formal

  1. Selamat Hari Guru 2026 buat semua pendidik di Malaysia. Terima kasih atas segala ilmu, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan demi mendidik anak bangsa.
  2. Sempena Hari Guru ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang sentiasa sabar membimbing pelajar menuju kejayaan.
  3. Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang tidak pernah jemu mendidik dan membentuk generasi masa depan yang cemerlang.
  4. Terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar, nasihat dan ilmu yang diberikan sepanjang kami menuntut ilmu di sekolah.
  5. Jasa dan pengorbanan seorang guru amat besar nilainya. Semoga semua guru sentiasa diberikan kesihatan dan kebahagiaan.
  6. Selamat Hari Guru buat insan yang banyak berjasa dalam membentuk masa depan pelajar serta menyumbang kepada kemajuan negara.
  7. Terima kasih kerana menjadi pendidik yang sentiasa memberi inspirasi dan semangat kepada para pelajar untuk terus berjaya. Selamat Hari Guru!
  8. Guru merupakan insan penting dalam kehidupan setiap pelajar. Semoga segala usaha dan kebaikan cikgu sentiasa diberkati.
  9. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik yang sentiasa komited mendidik dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.
  10. Semoga semua guru terus cekal dan bersemangat dalam mendidik generasi muda menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Ucapan Ringkas & Sweet

  1. Selamat Hari Guru buat cikgu yang sentiasa sabar melayan kerenah kami setiap hari.
  2. Terima kasih cikgu kerana sentiasa ada untuk mengajar, membimbing dan memberi semangat kepada kami.
  3. Happy Teacher’s Day kepada guru terbaik yang banyak membantu kami sepanjang sesi pembelajaran.
  4. Terima kasih atas segala ilmu dan nasihat yang cikgu berikan. Jasa cikgu akan sentiasa dikenang.
  5. Selamat Hari Guru kepada insan hebat yang sentiasa memberi inspirasi kepada para pelajar.
  6. Semoga cikgu sentiasa diberikan kesihatan, kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan.
  7. Terima kasih kerana tidak pernah berputus asa mendidik kami menjadi insan yang lebih baik. Selamat Hari Guru!
  8. Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang sentiasa ikhlas mencurahkan ilmu tanpa mengira penat lelah.
  9. Cikgu bukan sahaja mengajar kami tentang pelajaran, tetapi juga tentang kehidupan dan masa depan.
  10. Semoga segala jasa dan pengorbanan cikgu mendapat balasan yang baik di dunia dan akhirat.

Ucapan Menyentuh Hati

  1. Terima kasih cikgu kerana sentiasa percaya pada kemampuan kami walaupun ada masanya kami sendiri tidak yakin dengan diri sendiri.
  2. Setiap ilmu, nasihat dan teguran daripada cikgu menjadi panduan yang sangat bermakna dalam hidup kami.
  3. Selamat Hari Guru kepada insan yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya.
  4. Tanpa guru, mungkin kami tidak mampu menjadi insan yang berilmu dan berkeyakinan seperti hari ini.
  5. Kesabaran dan keikhlasan cikgu dalam mendidik kami amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.
  6. Terima kasih kerana sentiasa memberi semangat ketika kami hampir berputus asa dalam pelajaran dan kehidupan.
  7. Cikgu bukan sekadar seorang pendidik, tetapi juga insan yang banyak membentuk masa depan dan impian kami.
  8. Selamat Hari Guru kepada semua guru yang sentiasa ikhlas mengajar walaupun berdepan pelbagai cabaran setiap hari.
  9. Setiap pengorbanan cikgu mungkin tidak mampu dibalas, tetapi jasa cikgu akan sentiasa terpahat dalam hati kami.
  10. Semoga semua guru sentiasa diberikan kebahagiaan dan kekuatan untuk terus mendidik generasi akan datang dengan penuh dedikasi.

Ucapan Lucu & Santai

  1. Selamat Hari Guru kepada cikgu yang paling banyak bersabar dengan kelas kami yang kadang-kadang lebih bising daripada pasar malam.
  2. Terima kasih cikgu sebab masih mampu tersenyum walaupun kami selalu lupa buat homework dan tertinggal buku sekolah.
  3. Cikgu memang hero sebenar sebab sanggup melayan macam-macam perangai pelajar setiap hari tanpa pernah give up.
  4. Selamat Hari Guru kepada cikgu paling sporting dan paling banyak memahami alasan kami bila kerja sekolah tak siap.
  5. Maaf kalau kami selalu buat cikgu pening kepala, tapi percayalah kami tetap sayang dan hormat cikgu sangat-sangat.
  6. Terima kasih cikgu sebab bukan sahaja ajar subjek sekolah, tapi juga ajar kami erti disiplin dan tanggungjawab.
  7. Selamat Hari Guru kepada insan hebat yang mampu mengawal satu kelas penuh pelajar mengantuk setiap pagi.
  8. Walaupun cikgu selalu bagi latihan dan kerja sekolah, kami tahu semuanya demi masa depan kami juga.
  9. Cikgu memang legend sebab mampu ingat nama pelajar walaupun satu kelas penuh dengan perangai pelik-pelik.
  10. Terima kasih kerana sentiasa sabar melayan kami yang kadang-kadang lebih suka berbual daripada fokus dalam kelas.

Pantun Hari Guru

Jauh jauhari singgah makan,
Makanan kesukaan jadi tarikannya,
Selamat Hari Guru diucapkan,
Tanda penghargaan ilmu dicurahkannya.

Rusa diburu ada sebelas,
Tutup jerat menghadang titi,
Jasa guru tak minta dibalas,
Cukup setakat mengenang bakti.

Cantik bahasa si gadis desa,
Jinak merpati perilakunya,
Guru berjasa mendidik bangsa,
Hormati, taati, dan muliakan dirinya.

Pasang surut berhenti dulu,
Sudah pasang baru berangkat,
Orang patut menghormati guru,
Petua dipegang ilmu diingat.

Menanam padi ketika siang,
Mengambil ikan untuk dimakan,
Setiap hari engkau berjuang,
Untuk pendidikan dan kemanusiaan.

Pergi ke perpustakaan meminjam buku,
Buku dipinjam oleh si Iwan,
Banyak jasamu wahai guruku,
Terima kasih kami sampaikan.

Tujuh belas tahun, rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan dilupa.

Pohon kelapa tegak berdiri,
Kelapa ditanam tepi bangunan,
Ilmu di dunia terus dicari,
Jasa guru dilupa jangan.

Haiwan kangaroo siap berangan,
Pandai melompat dan banyak akal,
Selamat Hari Guru Peringkat Kebangsaan,
Dari muridmu yang paling nakal.

Pergi berburu memasang khema,
Bawa lampu berwarna merah,
Wahai guru yang ramah-tamah,
Maafkan kami yang sering buat marah.

Sumber : notaria.my

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Related Posts