Senarai Politeknik Premier & Program Yang Ditawarkan

By Aiman San

Published On:

Follow Us
SENARAI POLITEKNIK PREMIER

Bagi pelajar yang sedang mencari laluan pendidikan selepas SPM, politeknik sering menjadi salah satu pilihan yang semakin mendapat perhatian.

Selain menawarkan yuran pengajian yang berpatutan, institusi ini juga terkenal dengan pendekatan pembelajaran yang lebih praktikal dan dekat dengan keperluan industri semasa.

Untuk info, terdapat 3 jenis Politeknik yang ada di Malaysia iaitu Konvensional, METrO dan Politeknik Premier.

BACA JUGA : Apa Beza Politeknik Konvensional, Premier Dan METrO

Ramai pelajar memilih Politeknik Premier di Malaysia kerana peluang pekerjaan yang baik selepas tamat pengajian.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk menyambung pengajian dalam bidang teknikal, kejuruteraan, perdagangan atau teknologi, mengetahui senarai politeknik premier dan program yang ditawarkan boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat.

Apakah Itu Politeknik Premier?

Politeknik Premier merupakan kategori khas dalam sistem politeknik Malaysia yang diwujudkan untuk melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan sektor industri negara.

Institusi yang menerima status ini biasanya mempunyai beberapa kelebihan seperti:

  • Kemudahan makmal dan bengkel yang lengkap
  • Menawarkan program Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
  • Permohonan kemasukan adalah menggunakan sistem UPU
  • Hubungan rapat dengan syarikat industri
  • Pensyarah yang berpengalaman dalam bidang profesional
  • Program akademik yang sentiasa dikemas kini
  • Peluang latihan industri yang lebih luas

Graduan daripada politeknik premier juga sering menjadi pilihan majikan kerana mereka mempunyai kombinasi pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang seimbang.

Senarai Politeknik Premier Seluruh Malaysia

Setakat ini, terdapat 3 Politeknik Premier iaitu :

  1. Politeknik Ungku Omar (PUO)
  2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  3. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

BACA JUGA : Senarai Semua Politeknik Di Malaysia

Setiap daripada politeknik ini menawarkan program yang tersendiri. Untuk senarai penuh program yang ditawarkan anda boleh baca dibawah :

Senarai Program Ditawarkan Di Politeknik Premier

1. Politeknik Ungku Omar

Kementerian Pendidikan Tinggi
Jalan Raja Musa Mahadi,
31400 Ipoh,
Perak, Malaysia.

Phone : 605-5457622/7260
Fax : 1-300-88-1969
Laman web : https://www.puo.edu.my/webportal/

Antara kursus dan program yang ditawarkan adalah seperit berikut :

  • Sijil Khas Pembinaan
  • Asasi Teknologi Kejuruteraan
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Kewangan
  • Diploma Kewangan Islam
  • Diploma Pengurusan Peruncitan
  • Diploma Pengajian Perniagaan
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Perkapalan
  • Diploma Teknologi Maklumat
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Diploma Geomatik
  • Diploma Seni Bina
  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rantaian Bekalan) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Marin dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Komputer dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Senibina dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam dengan Kepujian

2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Kementerian Pendidikan Tinggi,
Persiaran Usahawan,
Seksyen U1,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Phone : 603-5163 4000
Fax : 603-5569 1903
Laman web : https://psa.mypolycc.edu.my

Antara kursus dan program yang ditawarkan adalah seperit berikut :

  • Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal
  • Diploma Perniagaan Antarabangsa
  • Diploma Pengajian Perniagaan
  • Diploma Pemasaran
  • Diploma Insurans
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan Perindustrian)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan Automasi)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)
  • Diploma Teknologi Berasaskan Kayu
  • Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik Perubatan dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian

3. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Kementerian Pendidikan Tinggi
KM 10, Jalan Kong Kong,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta’zim

Phone : 07-261 2488
Fax : 07-261 2402
Laman web : https://pis.mypolycc.edu.my/web/

Antara kursus dan program yang ditawarkan adalah seperit berikut :

  • Sijil Khas Reka Bentuk Grafik
  • Sijil Khas Reka Bentuk Fesyen
  • Sijil Khas Operasi Katering
  • Diploma Reka Bentuk Fesyen
  • Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi
  • Diploma Rekabentuk Industri
  • Diploma Rekabentuk Grafik
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Seni Kulinari
  • Diploma Pengurusan Hotel
  • Diploma Pengurusan Pelancongan
  • Diploma Pengurusan Acara
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan Automasi)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Media Baharu dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dengan Kepujian

Bagi pelajar yang sedang merancang masa depan selepas SPM, politeknik bukan lagi pilihan kedua. Dengan kemudahan moden, pembelajaran berasaskan amali dan peluang pekerjaan yang baik, institusi ini mampu menjadi batu loncatan untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.

Sebelum membuat keputusan, luangkan masa untuk meneliti program yang ditawarkan dan pilih bidang yang benar-benar sepadan dengan minat serta hala tuju kerjaya anda.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Senarai Politeknik Premier & Program Yang Ditawarkan”

Comments are closed.