Senarai Politeknik Di Seluruh Malaysia (Premier, Konvensional, METrO)

By Aiman San

Published On:

Follow Us
senarai politeknik di malaysia

Terutamanya untuk pelajar lepasan SPM, pastinya anda nak tahu senarai politeknik yang ada di Malaysia untuk anda pilih untuk sambung pelajar selapas ini kan. Senarai ini untuk anda.

Untuk info, politeknik di Malaysia dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO. Setiap kategori mempunyai fokus, kelebihan dan pendekatan pembelajaran yang berbeza.

BACA JUGA : Apa Beza Politeknik Premier, Konvensional dan METrO

Setakat ini, secara keseluruhan terdapat 36 buah politeknik di seluruh Malaysia dimana 3 Politeknik Premier, 28 Politeknik Konvensional dan 5 Politeknik METrO. Nak tahu setiap lokasi ada disenaraikan dibawah.

Senarai Politeknik Di Malaysia

Berikut merupakan senarai penuh semua Politeknik yang ada di Malaysia :

1) Politeknik Premier

Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)

Politeknik Premier dianggap sebagai politeknik bertaraf tinggi yang menawarkan program lebih meluas termasuk sehingga peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang tertentu.

  1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
  2. Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
  3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)

2) Politeknik Konvensional

senarai Politeknik melaka

Ini ialah kategori politeknik paling banyak di Malaysia. Fokusnya masih kepada pendidikan teknikal dan vokasional tetapi dalam skala yang lebih umum.

  1. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
  2. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah
  3. Politeknik Kota Bharu, Kelantan
  4. Politeknik Kuching, Sarawak
  5. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
  6. Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
  7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
  8. Politeknik Melaka
  9. Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
  10. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu
  11. Politeknik Merlimau, Melaka
  12. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
  13. Polteknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
  14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
  15. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
  16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
  17. Politeknik Mukah, Sarawak
  18. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
  19. Politeknik Jeli, Kelantan
  20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
  21. Politeknik Banting, Selangor
  22. Politeknik Mersing, Johor
  23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
  24. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Muar, Johor
  25. Politeknik Sandakan, Sabah
  26. Politeknik Bagan Datuk, Perak
  27. Politeknik Besut, Terengganu
  28. Politeknik Tawau, Sabah

3) Politeknik METrO

politeknik metro kuantan

Politeknik METrO pula lebih tertumpu kepada keperluan sosioekonomi setempat dan industri perkhidmatan. Biasanya politeknik jenis ini berada di kawasan bandar.

  1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
  2. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)
  3. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG), Pulau Pinang
  4. Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
  5. Politeknik METrO Betong, Sarawak (PMBS)

Untuk info lanjut, boleh pergi ke portal rasmi Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi (POLYCC).

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now