Senarai Masjid Yang Memenangi Anugerah Masjid Malaysia Tahun 2021

By Aiman San

Published On:

Follow Us
pemenang anugerah masjid malaysia

Sempena acara Anugerah Masjid Malaysia (AMM) 2021, Masjid Sharifah Fatimah, Jitra, Kedah telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Standard Penarafan Masjid Malaysia dalam Anugerah Masjid Malaysia.

Iklan Disini

AMM merupakan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang juga telah disiarkan secara langsung melalui salurang TV AlHijrah pada Jumaat, 12 Mac 2021. Ianya juga turut boleh disaksikan melalui facebook live di TVAlHijrah.

Anugerah Masjid Malaysia 2021 telah disertai 2 wakil masjid dari setiap negeri yang mana masjid ini juga pernah memenangi beberapa anugerah pada peringkat negeri sebelum ini termasuklah pemenang anugerah perdana ini.

Selepas penilaian yang dibuat oleh panel penilai akhirnya Masjid Sharifah Fatimah, Jitra Kedah telah memenangi anugerah utama yang juga sebelum ini pernah dinobat sebagai masjid terbaik peringkat negeri.

Masjid tersebut telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi dan sijil penyertaan sebagai penghargaan. Ini pastinya memberika suntikan semangat kepada masjid-masjid lain di seluruh Malaysia untuk mengajak lebih ramai jemaah untuk mengimarahkan masjid terutamanya untuk lakukan solat secara berjemaah. Untuk rekod, di Malaysia kini terdapat lebih kurang 6464 buah masjid yang telah berdaftar.

Iklan Disini

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh telah selamat menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam acara yang begitu bermakna terutamanya dalam institusi masjid.

Senarai Pemenang Bagi Lain-Lain Kategori Dalam Anugerah Masjid Malaysia 2021

Selain daripada anugerah perdana, terdapat lain-lain kategori yang dipertandingkan dan kesemua pemenang telah membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi dan sijil penyertaan.

  • Anugerah Pengurusan Dinamik – Masjid Saidina Abu Bakar, Wilayah Persekutuan
  • Anugerah Masjid Berkebajikan – Masjid Kota Damansara, Selangor
  • Anugerah Landskap Komersial – Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Perak
  • Anugerah Mesra Komuniti – Masjid As-Sobirin, Perlis
  • Anugerah Pengurusan Bestari – Masjid Sharifah Fatimah, Kedah
  • Anugerah Pengimarahan Kreatif – Masjid Dato’ Kelana Petra, Negeri Sembilan dan Masjid Abdullah Fahim, Pulau Pinang
  • Anugerah Kelestarian Komuniti – Masjid Ar-Rahmah, Melaka
  • Anugerah Pengimarahan Berimpak – Masjid Al-Jawahir, Johor
  • Anugerah Pengimarahan Solat – Masjid Taman Temerloh Jaya, Pahang
  • Anugerah Khidmat Komuniti – Masjid Nur Bakti, Terengganu
  • Anugerah Komuniti Prihatin – Masjid Ismail Petra, Kelantan
  • Anugerah Pengimarahan Etnik – Masjid An-Nur, Sarawak
  • Anugerah Pengimarahan Strategik – Masjid Imam Haji Awang Hashim, Sabah

sumber : alhijrahnews.com

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Senarai Masjid Yang Memenangi Anugerah Masjid Malaysia Tahun 2021”

Leave a Comment