Papa Zola The Movie Raih Lebih RM25.6 Juta Selepas 11 Hari Tayangan

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Papa Zola The Movie raih rm25.6 juta

Papa Zola The Movie terbitan MONSTA Studio dan Astro Shaw berjaya mengaut RM25.6 juta untuk 11 hari tayangan.

Lebih membanggakan apabila kejayaan ini meletakkan Papa Zola The Movie berada di kedudukan nombor satu carta Top 10 GSC.

Ianya sekali gus menyaksikan filem tempatan mengetepikan francais besar antarabangsa seperti Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2 dan Five Nights At Freddy’s 2. 

Penonton daripada pelbagai lapisan usia, khususnya seisi keluarga mengambil peluang untuk menonton bersama, apatah lagi musim cuti persekolahan sudah bermula. 

Filem Papa Zola The Movie

“Bermulanya musim cuti persekolahan turut membuka ruang kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama, dan kami bersyukur Papa Zola The Movie dipilih sebagai antara aktiviti percutian menonton bersama keluarga di pawagam.”Pengarah, Nizam Abd Razak

“Kami amat berbesar hati dan bersyukur atas pencapaian Papa Zola The Movie. Dalam persaingan sengit dengan pelbagai filem baharu daripada francais popular Hollywood, kejayaan ini membuktikan bahawa filem tempatan mampu memberi saingan yang kuat.”Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad

Siri Jelajah Hujung Minggu Papa Zola The Movie

Sementara itu, siri jelajah hujung minggu lalu diadakan di Perlis, Penang, Kedah, Perak dan Lembah Klang. Kehadiran maskot Papa Zola, Mama Zila, Pipi Zola dan BoBoiBoy disambut meriah. Demam Papa Zola The Movie telah mencetuskan ‘fenomena kebenaran’.

Tour Papa Zola The Movie

Tayangan filem Papa Zola The Movie telah bermula pada 11 Disember 2025 lalu sehingga sekarang di pawagam seluruh Malaysia.

Filem ini bakal memasuki pasaran antarabangsa bermula Januari 2026 di Indonesia, India dan Vietnam.

Pasaran Timur Tengah termasuk Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Turki menyusul pada April 2026.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now