Sekarang sudah terdapat beberapa cara untuk anda semak baki akaun KWSP iaitu secara manual dan paling mudah anda boleh semak secara online sahaja.
Jika sebelum ini, kalau kita nak semak baki akaun atau dapatkan penyata akaun KWSP kita perlu pergi ke mana-mana cawangan dan kemudian perlu beratur pula untuk dapatkan dapatkan giliran.
Kini semua itu menjadi pilihan apabila pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada menyediakan cara semakan yang boleh dilakukan secara online sahaja iaitu menerusi i-Akaun.
Jadi untuk menggunakan langkah tersebut, anda terlebih dahulu perlu daftar dan aktifkan i-Akaun anda sekiranya anda sudah menjadi ahli KWSP.
Contents
Cara Daftar & Aktifkan i-Akaun
KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli) dimana anda boleh memantau setiap transaksi caruman termasuklah semak baki akaun.

Langkah 1 – Dapatkan ID & Kata Laluan sementara di pejabat atau kios KWSP berdekatan
Langkah 2 – Kemudian pergi ke laman web KWSP di https://iakaun.kwsp.gov.my/ dan klik pada ikon ‘Log Masuk’ dan pilih ‘i-Akaun (Ahli)’
Gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun. (Pengaktifan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari)
Langkah 3 – Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Password dan Frasa Rahsia anda.
Langkah 4 – Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda
Langkah 5 – Log Masuk semula dengan maklumat akaun baru anda kini anda boleh dapatkan akses sepenuhnya terhadap simpanan KWSP Anda.
Cara Semak Baki Akaun KWSP
Terdapat 2 cara untuk anda semak jumlah baki yang anda peroleh di dalam akaun KWSP anda sama ada Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3.
#1 – Semak Di Kaunter KWSP
Cara ini perlukan anda untuk datang ke mana-mana cawangan KWSP berhampiran anda dan buat semakan di kaunter secara manual. Jadi anda perlu beratur sehingga giliran anda tiba untuk buat semakan.
#2 – Semak Menerusi i-Akaun Secara Online
Cara kedua ini pastinya lebih mudah, senang dan menjimatkan masa iaitu anda boleh semakan baki akaun KWSP di i-Akaun secara online sahaja.
Anda boleh lakukan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Anda boleh semak sama ada di https://iakaun.kwsp.gov.my/ atau aplikasi i-Akaun (Play Store | App Store)
Login i-Akaun anda menggunakan User ID dan password seperti biasa. Kemudian pada halaman utama itulah, akan dipaparkan jumlah keseluruhan baki akaun KWSP anda iaitu Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3.

Jika anda ingin dapatkan penyata KWSP anda, pergi pada hujung kanan butang ‘download’ dan klik padanya. Kemudian pilih tahun yang anda inginkan.
Untuk info lanjut, boleh pergi ke pautan www.kwsp.gov.my