Berapa Device Boleh Guna Untuk Tengok Piala Dunia FIFA 2026 Di Unifi TV?

By Aiman San

Updated On:

Follow Us
device piala dunia fifa unifi tv

Selepas pengumuman rasmi berkaitan season pass Piala Dunia FIFA 2026 daripada Unifi, kini pengguna tertanya-tanya satu lagi persoalan iaitu berapa device boleh guna nanti?

Pihak Unifi yang juga penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 telah mengumumkan pakej atau pas bulanan untuk kejohanan 4 tahun sekali tersebut.

Untuk info, sekiranya anda pengguna Unifi, anda boleh dapatkan pas bermusim FIFA World Cup 2026 dengan harga RM50 sahaja untuk semua 104 perlawanan. Manakala RM60 sekiranya anda bukan pengguna Unifi.

BACA JUGA : Unifi Perkenal Pas Bermusim Piala Dunia FIFA 2026

harga pakej piala dunia fifa 2026 unifi tv

Rata-rata pengguna internet berpuas hati dengan harga tersebut yang dikatakan agak berpatutan untuk menonton kejohanan yang berprestij ini secara langsung dengan menggunakan Unifi TV.

Harga tersebut juga sebenarnya lebih murah daripada rumors yang tertiris baru-baru ini yang memaparkan RM75 untuk pas bermusim Piala Dunia ini.

Tapi timbul satu persoalan yang biasanya jika melibatkan langganan pas internet. Berapa device boleh guna jika langgan pas bermusim Piala Dunia FIFA 2026 daripada Unifi ini?

Adakah dengan membayar RM50-RM60 sebulan, anda boleh kongsi dengan ramai orang untuk 1 akaun Unifi TV? Atau ianya terhad untuk beberapa akaun atau beberapa device atau peranti sahaja?

Berapa Device Boleh Guna Bila Langgan Pakej Piala Dunia FIFA 2026 Daripada Unifi?

Menerusi terma yang ditetapkan, sekiranya anda pengguna Unifi sedia ada, untuk 1 akaun Unifi TV, anda boleh login untuk 2 device dan menonton untuk 2 device juga serentak.

Manakala untuk bukan pengguna Unifi, dengan 1 akaun Unifi TV, anda boleh login sehingga 2 device, tapi hanya boleh menonton 1 device dalam 1 masa. Erti kata lain, tak kongsi.

berapa device boleh guna di unifi tv

Device atau peranti ini adalah merujuk kepada laman web https://unifitv.com.my/, aplikasi Unifi TV 2.0 di smart TV, smartphone, tablet dan Unifi TV Box.

Sekiranya anda berminat untuk langgan pas bermusim atau pas harian Piala Duni FIFA 2026, anda boleh pergi ke pautan khas Unifi di https://wc.unifi.com.my/fifaworldcup2026/en/.

Sumber : FAQ FIFA World Cup 2026 UNIFI

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Berapa Device Boleh Guna Untuk Tengok Piala Dunia FIFA 2026 Di Unifi TV?”

Comments are closed.