Adakah Pakej Piala Dunia FIFA 2026 Dari Unifi TV Berharga RM75?

By Aiman San

Published On:

Follow Us
unifi tv piala dunia fifa 2026

Kini pasti rakyat Malaysia tertanya-tanya berapakah harga pakej Piala Dunia FIFA 2026 yang ditawarkan oleh pihak Unifi menerusi Unifi TV.

Manakan tidak, setakat artikel ini ditulis iaitu 8 hari sebelum sepak mula, penyiar rasmi, Unifi TV bagi acara Piala Dunia kali ini masih tidak kongsikan harga pakej ditawarkan.

Ramai yang mengadu terutamanya di laman Threads dan Facebook dan bertanyakan, bila Unifi nak umumkan harga pass Piala Dunia?

Disebabkan itu juga, ramai yang merasakan World Cup kali ini agak suram jika dibandingkan dengan edisi-edisi sebelumnya.

Jadi agaknya, bila Unifi nak umumkan harga rasmi pakej Piala Dunia?

Adakah Ini Harga Pakej Piala Dunia FIFA 2026 Yang Rasmi?

Tetapi jika anda buka aplikasi Unifi TV 2.0 atau website https://unifitv.com.my/ ketika ini, sepertinya ada dipaparkan pass atau pakej Piala Dunia FIFA 2026.

Menerusi tangkap layar tersebut, ianya memaparkan harga RM15 untuk sehari atau Season Pass dengan harga RM75. Ditawarkan untuk pelanggan Unifi sahaja. Sepertinya terdapat 2 saluran khas yang ditawarkan.

harga unifi pakej piala dunia fifa 2026

Walaupun begitu, pass ini masih tidak boleh dilanggan. Jadi timbul persoalan, adakah ini harga rasmi daripada pihak Unifi?

Jika ya, sebenarnya harga tersebut sangat berpatutan. Untuk perbandingan Media Corp menerusi platform Me Watch yang juga penyiar rasmi Piala Dunia 2026 di Singapura menawarkan harga $118 atau sekitar RM370.

Tapi di Malaysia, kita hanya perlu bayar RM75 untuk menonton semua 104 perlawanan yang mana boleh diakses sepanjang hari dan pada bila-bila masa sahaja.

Tetapi jika bukan harga ini, berapa harga sebenarnya? Ianya akan terus menjadi teka-teki selagi mana tidak diumumkan secara rasmi oleh pihak Unifi.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now