Menghadiri majlis rasmi kadang-kadang boleh buat ramai orang rasa gugup, terutama bila melibatkan tetamu kehormat atau orang kenamaan.
Salah sebut gelaran atau tersilap menggunakan panggilan hormat memang boleh jadi situasi yang memalukan, lebih-lebih lagi jika kita menjadi pengacara majlis, penyampai ucapan atau urus setia program.
Di Malaysia, penggunaan panggilan hormat dalam majlis rasmi bukan sekadar formaliti semata-mata. Ia berkait rapat dengan adab, protokol dan penghormatan terhadap kedudukan seseorang.
Sebab itu, penting untuk tahu perbezaan antara gelaran-gelaran tersebut. “Yang Berbahagia” untuk siapa. Adakah “Yang Berhormat” digunakan untuk kalangan Ahli Parlimen sahaja? Jadi protokol panggilan hormat ini kena tahu.
Ramai sebenarnya masih keliru tentang penggunaan salutasi majlis rasmi yang betul. Ada yang tersilap menggunakan panggilan untuk menteri, pegawai kerajaan, ahli politik malah kerabat diraja.
Jadi, kalau anda sedang mencari rujukan mudah dan lengkap tentang panggilan hormat orang kenamaan di Malaysia, senarai ini memang sesuai dijadikan panduan.
Antara situasi yang biasanya memerlukan penggunaan salutasi rasmi ialah:
- Ucapan pembukaan majlis
- Surat jemputan rasmi
- Teks pengacara majlis
- Program universiti atau sekolah
- Majlis kerajaan
- Seminar dan persidangan
- Majlis anugerah
- Acara korporat
Contents
Senarai Lengkap Panggilan Hormat Dan Salutasi Majlis Rasmi Untuk Orang Kenamaan
Berikut merupaka senarai lengkap bagi penggunakan Panggilan Hormat untuk digunakan dalam semua urusan rasmi
Senarai Panggilan Hormat Diraja
- Yang di-Pertuan Agong – Seri Paduka Baginda
- Raja Permaisuri Agong – Seri Paduka Baginda
- Sultan Kedah – KDYMM
- Sultanah Kedah – DYMM
- Sultan Pahang – DYMM
- Sultanah Pahang – DYMM
- Paduka Seri Sultan Perak – DYMM
- Raja Permaisuri Perak – DYMM
- Sultan Terengganu – Ke DYMM
- Sultahan Terengganu – KDYMM
- Raja Perlis – DYMM
- Raja Perempuan Perlis – DYMM
- Sultan Selangor – DYMM
- Tengku Ampuan Selangor – DYMM
- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan – DYMM
- Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan – DYMM
- Sultan Johor – DYMM
- Sultanah Johor – DYMM
- Al-Sultan Kelantan – KDYMM
- Raja Perempuan Kelantan – DYMM
- Yang di-Pertua Negeri (Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang) – Tuan Yang Terutama
- Isteri Yang di-Pertua Negeri (Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang) – Yang Amat Berbahagia
*DYMM = Duli Yang Maha Mulia
*KDYMM = Ke Bawa Duli Yang Maha Mulia
Panggilan Hormat Mengikut Jawatan
- Perdana Menteri – Yang Amat Berhormat
- Isteri Perdana Menteri – Yang Amat Berbahagia
- Timbalan Perdana Menteri – Yang Amat Berhormat
- Isteri Timbalan Perdana Menteri – Yang Amat Berbahagia
- Menteri Besar/Ketua Menteri – Yang Amat Berhormat
- Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri – Yang Amat Berbahagia
- Menteri, Timbalan Menteri – Yang Berhormat
- Isteri Menteri dan Timbalan – Yang Berbahagia
- Ahli Dewan Negara – YB Senator
- Isteri Ahli Dewan Negara – Yang Berbahagia
- Ahli Dewan Rakyat – Yang Berhormat
- Isteri Ahli Dewan Rakyat – Yang Berbahagia
- Tun/isteri – Yang Amat Berbahagia
- Tan Sri/isteri – Yang Berbahagia
- Datuk selain negeri Johor – Yang Berbahagia
- Dato’ dari negeri Johor – Yang Berhormat
- Raja/Tengku – Yang Mulia
- Isteri Raja/Tengku – Yang Berbahagia
- Panglima Angkatan Tentera/isteri – Yang Berbahagia
- Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
- Ketua Hakim Negara – Yang Amat Arif
- Isteri Ketua Hakim Negara – Yang Amat Berbahagia
- Hakim Besar – Yang Arif
- Isteri Hakim Besar – Yang Berbahagia
- Hakim Mahkamah Agong/Tinggi – Yang Arif
- Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi – Yang Berbahagia
- Peguam Negara/isteri – Yang Berbahagia
- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri – Yang Berbahagia
- Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketu- Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri – Yang Berbahagia
- Ketua-Ketua Jabatan Negeri – Yang Berusaha
- Mufi – Sahibus Samahah
- Kad Besar/ Kadi – Sahibul Fadilah
- Ustaz – Al-Fadhil
Sumber : JPM









