Menjadi kebiasaan untuk kita menyampaikan ucapan apabila tibanya sesuatu sambutan atau perayaan tertentu. Sempena sambutan Hari Ibu yang bakal diraikan tidak lama lagi, apa kata kali ini ucapan tersebut disampaikan dengan cara lebih kreatif menerusi pantun yang menarik dan bermakna.
Sambutan Mother’s Day atau Hari Ibu diraikan setiap tahun di kebanyakan negara di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei. Bagi Malaysia pada tahun 2026, sambutan itu akan berlangsung pada 10 Mei 2026.
BACA JUGA : Contoh Ucapan Selamat Hari Ibu Yang Menarik Dan Menyentuh Hati
Walaupun Hari Ibu bukanlah perayaan rasmi, ia tetap dianggap sebagai hari istimewa untuk mengenang pengorbanan serta jasa seorang ibu terhadap keluarga dan anak-anak.
Namun begitu, penghargaan kepada insan bergelar ibu sebenarnya tidak sepatutnya terbatas pada hari tertentu sahaja, sebaliknya perlu sentiasa dihargai dan diingati setiap masa.
Tapi bagi memberi penghargaan, tidak salah untuk bagi ucapan kepada insan yang kita sayang. Nak lebih unik, boleh bagi dalam bentuk pantun. Selain kongsi kepada ibu yang tersayang, boleh juga kongsi dengan orang ramai menerusi laman media sosial.
Contoh Dan Koleksi Pantun Hari Ibu Tahun 2026
Pergi menimba ilmu mencari kejayaan,
Mengharapkan sinar cahaya kebahagian.
Tanpamu ibu hidupku kesepian
SELAMAT HARI IBU anakmu ucapkan.
Tolak basikal turun bukit,
Penatnya sungguh tidak terkata.
Mamaku tidak pernah sesekali mengungkit,
Sejarah lalu yg membawaku kedunia.
Berlari-lari membeli labu,
Membeli labu untuk ayah,
Jadi bila tiba Hari Ibu,
Kita kena beli hadiah.
Tanam tebu juga betik,
Ditepi telaga dihujung taman;
Sayangilah ibu setiap detik,
Hargailah mereka sepanjang zaman.
Doa rindu selalu dikirim,
Kasih semarak cinta terulung;
Kasih ibunya bukannya bermusim,
Jasanya banyak tidak terhitung.
Nasi ditanak lauknya biasa,
Dimakan berdua air segelas;
Jadilah anak mengenang jasa,
Ibu tua mengharap belas.
Cahaya sinar bintang seribu,
Ruang angkasa gemerlap kejora;
Jika benar kasihkan ibu,
Balaslah jasa sepenuh jiwa.
Sungguh ayu sidara sunti,
Gadis Peringgit berkebaya nyonya;
Kasih ibu sukar diganti,
Duit ringgit bukan harganya.
Awan larat dipintu kuala,
Membawa hujan petir membelah,
Ibu tempat mengutip pahala,
Ladang keberkatan diredhai Allah.
Di taman ada kupu-kupu,
Kupu-kupunya menghisap madu,
Untuk ibu tercintaku,
Diucapkan Selamat Hari Ibu.
Pergi ke pasar beli karung guni,
Pulangnya pula membeli pemotong kuku,
Siapa orang yang paling ku cinta di dunia ini,
Tiada lain hanya ibuku.
Bermain bola memakai sepatu,
Lapangan rumput hijau warnanya,
Terima kasih padamu ibu,
Telah membesarkanku sepenuh jiwa.
Hari minggu pergi ke kota,
Untuk bertemu sanak saudara,
Semoga ibu selalu bahagia,
Sihat selalu hingga akhir masa.
Mangga jatuh busuk sebelah,
Sebelum dimakan dicuci dahulu,
Ke manapun kakiku melangkah,
Pada ibu selalu ku rindu.
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih di hujung sana,
Sayang emak saya saudara,
Kerana kekasih dimana-mana
Awan kelabu dipinggir desa,
Pasang pelita menjelang malam;
Hari ibu sepanjang masa,
Martabat wanita di angkat Islam
Malam hari makan buah jambu,
Makannya di bawah terangnya bulan,
Sembilan bulan mengandung diriku,
Pengorbananmu tak akan mampu terbalaskan.
SELAMAT HARI IBU!









