Final Piala Malaysia 2026 : Cara Tonton Siaran Langsung JDT vs Kuching City (Live Streaming)

By Aiman San

Published On:

Follow Us
siaran langsung final piala malaysia 2026

Yang ditunggu-tunggu kini telah tiba. Final Piala Malaysia 2026 bakal berlangsung dengan mempertemukan 2 pasukan hebat dalam perlawanana JDT vs Kuching City.

Aksi final ini akan berlangsung pada 23 Mei 2026 iaitu pada hari Sabtu ini, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam.

Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku penyandang juara yang juga telah memenanginya 3 tahun berturut-turut sebelum ini pastinya tidak mahu trofi kejuaraan tersebut jatuh kepada pihak lawan.

Tetapi Kuching City sudah tentu mengimpikan kejuaraan sulung mereka dalam Piala Malaysia. Mereka sudah tentu tidak akan memberi peluang yang mudah kepada JDT bagi merebut trofi kejuaraan.

finala piala malaysia 2026

Siaran Langsung Finala Piala Malaysia 2026

Jadi untuk anda peminat bola sepak terutamanya bagi kedua-dua pasukan, jangan terlepas untuk saksikan siaran langsung final Piala Malaysia 2026 akan disiarkan di kaca tv.

Anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara live streaming di Astro Go dan juga aplikasi Sooka.

Selain itu, anda juga boleh saksikan menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey. Untuk tontonan online, anda boleh menggunakan platform RTM Klik secara percuma bagi channel Sukan+

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now