Doa Mencari Barang Hilang

By Aiman San

Published On:

Follow Us
doa mencari barang hilang

Pernah tak anda mengalami situasi di mana barang penting tiba-tiba hilang? Kad pengenalan, telefon bimbit, kunci rumah atau dompet yang biasanya berada di tempat tertentu tiba-tiba tidak dapat ditemui.

Keadaan seperti ini memang boleh membuatkan kita panik, lebih-lebih lagi jika barang tersebut diperlukan dengan segera.

BACA JUGA : Amalkan Doa Ini Untuk Dapat Jodoh Yang Baik

Dalam kehidupan seharian, kehilangan barang merupakan perkara yang biasa berlaku. Kadangkala barang itu sebenarnya berada di depan mata, tetapi kita tidak menyedarinya kerana terlalu cemas atau tergesa-gesa.

Sebagai seorang Muslim, selain berusaha mencari, kita juga boleh amalkan doa dan memohon pertolongan daripada Allah SWT.

Jika perkara seperti ini berlaku kepada anda pada masa hadapan, tidak salah untuk mencuba amalan doa yang dikongsikan di bawah. Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT, urusan mencari barang yang hilang menjadi lebih mudah dan dipermudahkan.

Doa Ketika Mencari Barang Hilang

Di bawah ini merupakan doa yang boleh anda baca ketika anda sedang berusaha mencari barang yang tidak dapat ditemui atau dipercayai hilang:

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي

“Ya Jami’an Naas Li Yaumin La Raiba Fih, Ijma’ ‘Alayya Dhaalati.”

Maksudnya : “Wahai Tuhan Yang Menghimpunkan menusia di hari yang tidak ada ragu-ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.”

Anda boleh baca atau amalkan sebanyak 10 kali. Selain daripada usaha, semoga dengan doa ini, dapat jumpa semula barang yang hilang tersebut.

Sumber : Mufti Negeri Sembilan

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now