Contoh Penanda Wacana Untuk Karangan

By Aiman San

Published On:

Follow Us
contoh penanda wacana untuk karangan

Penanda wacana merujuk kepada unsur atau kata hubung yang digunakan dalam penulisan bagi membantu pembaca memahami susunan idea serta maksud yang ingin disampaikan seperti dalam penulisan karangan.

Penggunaannya sangat penting kerana ia menjadikan sesuatu penulisan lebih tersusun, lancar dan mudah diikuti oleh pembaca.

Dalam sesebuah penulisan atau karangan, penanda wacana berfungsi sebagai panduan yang menghubungkan ayat, perenggan dan isi utama dengan lebih teratur.

Melaluinya, pembaca dapat memahami perjalanan isi kandungan dengan lebih jelas tanpa berasa keliru.

BACA JUGA : 6 Tips MUET Yang Boleh Membantu Anda Dapat Band Tinggi

Selain itu, penulis juga dapat menyampaikan idea secara lebih tersusun sambil memberi penekanan terhadap perkara penting yang ingin diketengahkan.

Penggunaan penanda wacana turut membantu menghasilkan karangan atau penulisan yang mempunyai struktur yang kemas dan teratur.

Keadaan ini memudahkan pembaca memahami isi yang disampaikan serta mengelakkan mereka hilang fokus ketika membaca.

Dalam masa yang sama, penanda wacana mampu mengukuhkan hujah atau pendapat yang dibawa supaya penulisan menjadi lebih meyakinkan dan berkesan.

Contoh Penanda Wacana Yang Boleh Digunakan Untuk Karangan

Bagi murid sekolah rendah, sekolah menengah, mahupun pelajar universiti, anda boleh dapatkan contoh penanda wacana seperti dibawah bagi digunakan dalam apa-apa jenis penulisan termasuk karangan.

1) Penanda Wacana Permulaan Karangan

Ianya merupakan ungkapan atau frasa yang digunakan pada bahagian awal penulisan bagi memperkenalkan tajuk, situasi atau idea utama yang ingin dibincangkan.

  • Pada masa ini,
  • Pada zaman pascakemerdekaan ini,
  • Kini,
  • Dalam meniti arus kemodenan ini,
  • Dewasa ini,
  • Sejak akhir-akhir ini,
  • Pada era globalisasi ini,
  • Dasawarsa ini,
  • Kebelakangan ini,
  • Sejak sedekad yang lalu,
  • Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
  • Belakangan ini,
  • Dalam meniti kehidupan pada marcapada,

2) Penanda Wacana Memulakan Isi

Dalam penulisan karangan, penanda wacana jenis ini berperanan menghubungkan pendahuluan dengan isi utama secara lancar.

  • Selain itu,
  • Seterusnya,
  • Di samping itu,
  • Dalam pada itu,
  • Sementara itu,
  • Pada waktu yang sama,
  • Lebih-lebih lagi,
  • Dalam pada itu,
  • Lain daripada itu,

3) Penanda Wacana Huraian Isi Karangan

Dalam karangan, ianya berfungsi untuk mengembangkan idea utama supaya penerangan menjadi lebih lengkap dan teratur.

  • Hal ini demikian kerana
  • Hal ini terjadi kerana
  • Hal ini berpunca daripada
  • Hal ini bersangkut-paut dengan
  • Hal ini disebabkan oleh
  • Hal ini wujud akibat daripada
  • Hal ini berlaku kerana
  • Hal ini tercetus apabila
  • Contohnya
  • Sebagai contoh
  • Dengan kata lain
  • Keadaan ini berlaku kerana

4) Penanda Wacana Menghuraikan Contoh

Penanda wacana ini berfungsi untuk mengukuhkan isi atau hujah yang disampaikan supaya penerangan menjadi lebih meyakinkan.

  • Hal ini mengakibatkan
  • Jelaslah bahawa
  • Oleh itu,
  • Antaranya ialah,
  • Justifikasinya,
  • Oleh hal yang demikian,
  • Oleh sebab itu,
  • Maka,
  • Hal ini menyebabkan

5) Penanda Wacana Menulis Dua Huraian Dalam Satu Ayat

Berfungsi untuk mengaitkan dua huraian yang mempunyai hubungan antara satu sama lain.

  • Justeru
  • Malahan
  • Sekali gus
  • Di samping
  • Tambahan pula
  • Sementelahan
  • Malah

6) Penanda Wacana Menerangkan Huraian Atau Pendapat Yang Berbeza

Dalam karangan, penanda wacana jenis ini berfungsi untuk menghubungkan ayat yang mempunyai unsur perbandingan, pertentangan atau percanggahan pendapat.

  • Walau bagaimanapun,
  • Namun demikian,
  • Walakin itu,
  • Dari sudut lain,
  • Dengan kata lain,
  • Di sebalik itu,
  • Jika dilihat dari sudut lain,
  • Kontradiksinya,
  • Dalam pada itu,
  • Daripada perspektif yang berbeza,

7) Penanda Wacana Memulakan Peribahasa

Ianya merupakan ungkapan yang digunakan untuk memperkenalkan peribahasa dalam sesuatu penulisan karangan.

  • Bak Peribahasa
  • Hal ini sama seperti
  • Seperti peribahasa
  • Persis kata peribahasa Melayu
  • Bak kata peribahasa
  • Bak kata orang tua-tua
  • Persis kata orang tua-tua
  • Bak kata mutiara
  • Bak kata cendekiawan
  • Persis kata peribahasa
  • Bak kata peribahasa Melayu

8) Penanda Wacana Penutup

Penanda wacana penutup ialah frasa atau ungkapan yang digunakan pada bahagian akhir penulisan bagi merumuskan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

  • Kesimpulannya,
  • Intihanya,
  • Secara keseluruhan,
  • Akhirnya,
  • Dengan itu,
  • Sebelum mengakhiri wacana ini,
  • Sebagai penghias bicara akhir,
  • Secara tuntas,
  • Konklusinya,
  • Sebagai penutup wacana,

Itulah antara senarai penanda wacana terbaik yang boleh digunakan dalam penulisan mahupun karangan. Oleh itu, setiap penulis perlu memahami cara penggunaan penanda wacana yang betul agar dapat menghasilkan penulisan yang berkualiti, kemas dan lebih berkesan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now