Cara Semak Senarai Taska Berdaftar Secara Online

By Aiman San

Published On:

Follow Us
semak taska secara online

Selain daripada yuran, kemudahan disediakan, perkongsian pengalaman daripada ibu bapa lain, sebenarnya paling penting adalah kena tahu taska berdaftar dengan JKM atau tidak. Ini sangat penting.

Sekarang kita dah lihat pelbagai masalah yang timbul terutamanya di Taska berkaitan dengan anak-anak kita. Rupa-rupanya bila disiasat, Taska tersebut tidak berdaftar dan diberi lesen sah untuk beroperasi.

BACA JUGA : Apa Beza Taska, Tadika Dan Tabika

Ingat, anak-anak kecil kita diberi tanggungjawab sepenuhnya apabila berada di Taska. Pengasuh akan menjaga anak anda selama anda bekerja. Mereka masih kecil dan sangat perlu kepada kasih sayang.

Jadi sebelum buat pemilihan Taska mana yang anda ingin hantar, adalah sebaiknya semak dahulu dengan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sebenarnya anda boleh semak taska berdaftar ini secara online sahaja.

Apa Beza Taska Berdaftar Dan Tidak Berdaftar?

Ramai ibu bapa menganggap semua tadika yang beroperasi adalah sah. Hakikatnya, terdapat juga premis yang belum melengkapkan proses pendaftaran atau beroperasi tanpa kelulusan JKM.

Taska Berdaftar

Ciri-cirinya termasuk:

  • Mempunyai nombor pendaftaran rasmi
  • Mematuhi syarat keselamatan
  • Pengasuh biasanya diwajibkan mengikuti kursus asas berkaitan penjagaan kanak-kanak
  • Beroperasi secara sah
  • Perlu mematuhi nisbah penjaga dan kanak-kanak yang ditetapkan oleh JKM

Tadika Tidak Berdaftar

Antara risiko yang mungkin berlaku:

  • Status operasi tidak jelas
  • Tiada pemantauan berkala
  • Keselamatan premis tidak dapat dipastikan
  • Masalah sekiranya berlaku pertikaian
  • Biasanya diwajibkan mengikuti kursus asas berkaitan penjagaan kanak-kanak
  • Bilangan kanak-kanak mungkin terlalu ramai berbanding jumlah pengasuh

Atas sebab itu, semakan taska berdaftar sepatutnya menjadi langkah pertama sebelum ibu bapa membuat keputusan.

Cara Semak Taska Berdaftar Secara Online

Anda tak perlu hubungi pihak JKM atau datang ke mana-mana pejabat. Ini kerana anda boleh buat semakan secara online sahaja.

  1. Pergi ke laman web https://www.jkm.gov.my/main/taska
  2. Anda boleh search dengan nama taska, atau ikut negeri atau ikut daerah
  3. Kemudian klik Cari
cara semak taska berdaftar

Menerusi carian dan semakan ini, anda boleh dapat nama penuh taska, nombor pendaftaran, alamat premis beserta no. telefon yang boleh dihubungi. Selain itu juga, disediakan koordinat dan lokasi dengan google map.

Setakat ini lebih 3,500 taska yang telah berdafar secara rasmi dibawah JKM bagi seluruh negeri di Malaysia.

Semak Dahulu Sebelum Buat Keputusan

Adalah lebih baik sebelum membuat keputusan untuk memilih taska untuk anda kecil anda, pastikan anda menyemak status pendaftaran, melawat premis dan berbincang dengan pihak pengurusan taska terlebih dahulu.

Gabungan semua faktor ini akan membantu anda memilih tadika yang benar-benar sesuai untuk perkembangan anak.

Akhirnya, tadika yang terbaik bukan semestinya yang paling mahal atau paling popular. Yang lebih penting ialah tempat tersebut mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang positif, seronok dan paling penting adalah selamat untuk anak-anak.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now