Apa Beza Tadika, Tabika Dan Taska

By Aiman San

Updated On:

Follow Us

Apabila anak semakin membesar, ramai ibu bapa mula mencari tempat yang sesuai untuk menghantar mereka belajar atau dijaga pada waktu siang ketika mereka keluar bekerja.

Ketika membuat carian di internet, anda mungkin akan menemui pelbagai nama atau istilah seperti taska, tadika dan tabika.

Pada pandangan awal, ketiga-tiganya kelihatan hampir sama kerana melibatkan kanak-kanak, namun hakikatnya setiap satu mempunyai fungsi, kurikulum dan kumpulan umur yang berbeza.

Tidak kurang juga ibu bapa yang tertanya-tanya, “Anak umur 3 tahun patut masuk taska atau tadika?”, atau “Apa sebenarnya beza tadika, tabika dan taska?”.

Kekeliruan ini adalah perkara biasa kerana ketiga-tiga institusi tersebut memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.

Dalam artikel ini, kami akan terangkan apa beza tadika, tabika dan taska, termasuk umur kemasukan, kurikulum yang digunakan, nisbah guru dan murid serta kelebihan setiap pilihan.

Supaya dengan informasi ini, ibu bapa dapat membuat keputusan yang tepat untuk perkembangan anak mereka.

Ini Beza Tadika, Tabika Dan Taska

Jom kita tengok perbezaan antara Tadika, Tabika dan Taska:

1) Apa Itu Taska

Taska ialah singkatan kepada Taman Asuhan Kanak-Kanak yang menyediakan perkhidmatan penjagaan dan asuhan kepada kanak-kanak berumur 0 hingga 4 tahun.

Taska biasanya menjadi pilihan ibu bapa yang bekerja kerana menawarkan penjagaan harian selain aktiviti perkembangan awal kanak-kanak.

taska

Ciri-ciri Taska

  • Menerima kanak-kanak berumur 0 hingga 4 tahun
  • Beroperasi seperti di Taman perumahan, Institusi kerajaan atau swasta
  • Menggunakan Kurikulum PERMATA Negara
  • Sesetengah taska mempunyai modul pembelajaran sendiri
  • Fokus kepada perkembangan fizikal, emosi, sosial dan bahasa

Bilangan murid biasanya:

  • Kurang daripada 10 orang bagi taska di rumah
  • 10 orang atau lebih bagi taska di institusi

Nisbah Guru dan Murid di Taska

Kebiasaanya untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, nisbah guru dan murid adalah 1:5. Manakala untuk kanak-kanak umur antara 3 dan 4 tahun, nisbahnya adalah 1:10.

2) Apa Itu Tadika?

Tadika ialah singkatan kepada Taman Didikan Kanak-Kanak yang menyediakan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.

Tadika lebih menumpukan kepada persediaan akademik dan sosial sebelum kanak-kanak memasuki Tahun 1 di sekolah rendah.

tadika

Ciri-ciri Tadika

  • Menerima kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun
  • Kebanyakannya beroperasi di kawasan taman perumahan
  • Menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  • Ada juga tadika yang menambah modul pembelajaran sendiri
  • Menekankan aspek membaca, menulis, mengira, kemahiran sosial dan kemahiran komunikasi

Nisbah Guru dan Murid di Tadika

Secara umum, setiap Taska mempunyai 2-3 orang guru dengan bilangan 10 orang murid atau lebih.

3) Apa Itu Tabika?

Tabika merupakan singkatan kepada Taman Bimbingan Kanak-Kanak dan biasanya merujuk kepada pusat pendidikan awal yang dikendalikan oleh KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat).

Walaupun ramai menyamakan tabika dengan tadika, terdapat beberapa perbezaan dari segi pengurusan dan sasaran peserta.

tabika kemas

Ciri-ciri Tabika

  • Menempatkan kanak-kanak berumur 6 tahun
  • Tabika KEMAS beroperasi di komuniti setempat
  • Menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  • Memberi penekanan kepada pembangunan sahsiah dan persediaan ke sekolah rendah
  • Menawarkan yuran yang lebih rendah berbanding kebanyakan tadika swasta

Nisbah Guru dan Murid di Tabika/Prasekolah

Setiap Tabika kebiasaanya setiap 1 kelas, mempunyai 1 guru dan setiap kelas terdiri daripada sekitar 25 murid sahaja.

Pilih Yang Sesuai Untuk Anak Anda

Jika dilihat daripada penerangan diatas, boleh disimpulkan, perbezaan utama antara taska, tadika dan tabika terletak pada umur kanak-kanak, fungsi serta kurikulum yang digunakan.

Taska lebih memfokuskan penjagaan dan asuhan bagi kanak-kanak berumur 0 hingga 4 tahun, manakala tadika dan tabika memberi tumpuan kepada pendidikan prasekolah sebelum memasuki sekolah rendah.

BACA JUGA : Senarai Cuti Sekolah Sepanjang Tahun 2026

Jika ibu bapa sudah faham, selepas ini mereka dapat memilih institusi yang paling sesuai bagi menyokong perkembangan dan pembelajaran anak pada peringkat awal kehidupan mereka.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now