Tahukah anda, sebenarnya anda boleh semak agihan pendapatan Tabung Haji (TH) yang anda peroleh untuk tahun tersebut secara online sahaja.
Dalam Tabung Haji, mereka menggunakan terma Agihan Pendapatan ataupun Dividen yang bermaksud pemberian sukarela. Walaupun begitu, TH setakat ini tidak pernah lagi terlepas untuk salurkan dividen kepada pendeposit mereka.
Erti kata lain, anda boleh je sama Agihan Pendapatan ini dengan Dividen. Lebih mudah faham, lebih mudah digunakan. Jadi anda kini boleh semak ‘Dividen Tabung Haji’
Contents
Nilai Dividen Tabung Haji 2024
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan pada Mac 2025, dimana dividen atau Agihan Pendapatan 2024 selepas zakat iaitu sebanyak 3.25% dimana yang tertinggi dalam tempoh 7 tahun.
Cara Semak Dividen Tabung Haji (TH) Secara Online
Sebenarnya terdapat 2 cara untuk anda semak duit dividen yang anda peroleh iaitu secara online atau secara manual.
BACA JUGA : Cara Daftar Akaun THiJARI
1) Secara Manual
Pertama, jika anda berkelapangan, anda boleh sahaja datang ke kaunter di mana-mana cawangan Tabung Haji berdekatan anda dan buat kemaskini buku tabung haji anda. Ianya akan memaparkan nilai agihan selepas anda buat kemaskini
Selain itu, cara kedua, anda boleh juga semak mengguankan mesin ATM dan pastikan anda telah sambungkan TH bersama bank anda tersebut. Antara bank terlibat adalah Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB sahaja.
BACA JUGA : Cara Link Kad ATM Bank Anda Dengan Akaun Tabung Haji (TH)
2) Secara Online
Cara ini lebih mudah kerana anda tidak perlu keluar rumah atau bersusah-susah untuk beratur di kaunter TH yang pastinya memerlukan masa yang banyak.
Anda boleh semak menerusi portal Internet Banking sama ada menerusi Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB dan AmBank. Pastikan anda telah sambung internet banking anda dengan akaun Tabung Haji
Selain itu, boleh sahaja menggunakan website THiJARI (www.thijari.com.my) atau menggunakan aplikasi mobile THiJARI yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store. Caranya:
- Login seperti biasa menggunakan id pengguna dan kata laluan yang telah anda tetapkan
- Pada tab Menu, pilih Ringkasan Akaun
- Klik pada Nama Anda (Akaun Persendirian)
- Pilih ‘Semua Transaksi’ pada Jenis Transaksi dan tempoh ’30 Hari Terakhir’ dan klik Cari Transaksi
- Kemudian akan dipaparkan semua transaksi yang berlaku dalam tempoh 30 hari termasuk duit dividen yang telah dikreditkan atas nama ‘Agihan Keutungan’. Jadi itulah dividen yang anda dapat untuk tahun sebelumnya.

Harap bermanfaat…
Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke laman web Tabung Haji di www.tabunghaji.gov.my
1 thought on “Cara Semak Dividen Tabung Haji Secara Online”