Cara Daftar Aplikasi MyBSN Di Smartphone

By Aiman San

Published On:

Follow Us
cara daftar apliksi mybsn

Bank Simpanan Nasional menyediakan aplikasi mudah alih MyBSN bagi membantu pelanggan menjalankan pelbagai urusan perbankan secara online dengan lebih cepat dan mudah.

Sekiranya anda merupakan pengguna perkhidmatan bank BSN ini, teruskan bersama kami untuk mendapatkan informasi lanjut mengenainya.

Apa Itu Aplikasi MyBSN?

Sebelum aplikasi mudah alih diperkenalkan, MyBSN terlebih dahulu berfungsi sebagai platform perbankan internet yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional untuk memudahkan pelanggan menguruskan urusan kewangan mereka secara dalam talian.

Menerusi platform tersebut, pengguna boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan BSN termasuk informasi korporat, produk perbankan serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, BSN kemudiannya memperkenalkan versi baharu MyBSN dalam bentuk aplikasi mudah alih di telefon pintar.

Kehadiran aplikasi ini membolehkan pelanggan mengakses akaun perbankan mereka dengan lebih mudah tanpa perlu melayari laman web rasmi di https://www.mybsn.com.my/ terlebih dahulu.

Kini, pengguna hanya perlu membuka aplikasi MyBSN melalui telefon pintar untuk menikmati pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh BSN seperti dibawah

Ciri-ciri & Kemudahan Aplikasi MyBSN

Berikut ialah antara perkhidmatan yang boleh diakses dan digunakan oleh pengguna menerusi aplikasi MyBSN:

1) Semakan Akaun

Menerusi aplikasi mudah alih MyBSN, pengguna boleh menyemak maklumat akaun, baki semasa serta rekod transaksi bagi akaun simpanan, semasa dan kad kredit dengan mudah terus melalui telefon pintar.

BACA JUGA : Cara Link Akaun Bank Dengan Tabung Haji (TH) Di Mesin ATM

2) Pemindahan Wang

Aplikasi ini turut membolehkan pengguna membuat pemindahan dana sama ada ke akaun sendiri atau akaun pihak ketiga termasuk akaun simpanan, semasa, kad kredit, pinjaman dan pembiayaan.

3) Safe Switch

MyBSN juga menyediakan ciri keselamatan layan diri yang direka untuk membantu melindungi wang pengguna selain mengelakkan sebarang transaksi tidak sah daripada berlaku.

4) QR Pay

Pengguna boleh membuat pembayaran tanpa tunai dengan lebih pantas hanya melalui fungsi imbas dan bayar menggunakan aplikasi MyBSN.

5) DuitNow

Melalui kemudahan DuitNow, pengguna boleh menghantar, menerima serta membuat bayaran ke akaun pinjaman, pembiayaan atau kad kredit secara segera.

6) Pengesahan Biometrik / Face ID & Cap Jari

Aplikasi ini turut menyokong fungsi pengesahan biometrik seperti pengecaman wajah (Face ID) dan cap jari bagi memudahkan proses log masuk tanpa perlu memasukkan kata laluan setiap kali ingin mengakses akaun.

Cara Daftar Aplikasi MyBSN & Mengaktifkan Akaun

Bagi pengguna yang ingin mengaktifkan akaun menerusi aplikasi mudah alih MyBSN, anda perlu memastikan akaun BSN Online telah didaftarkan serta diaktifkan terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi tersebut.

1. Kunjungi laman web rasmi BSN di https://www.mybsn.com.my/ kemudian klik pada butang “Register”

daftar mybsn online

2. Pada bahagian First Time Registration, klik pada “Accept” dan tekan butang Next untuk meneruskan proses pendaftaran

daftar mybsn

3. Isi semua maklumat yang diperlukan berkaitan Kad Debit atau Kad Kredit anda dengan lengkap dan tepat

daftar mybsn secara online

4. Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan pada ruangan yang disediakan

5. Masukkan ID pengguna serta kata laluan yang anda pilih, kemudian tekan butang “Request OTP” untuk mendapatkan kod pengesahan.

6. Selepas menerima kod OTP, masukkan enam digit nombor tersebut pada ruangan yang disediakan. Kemudian, pilih satu gambar daripada pilihan yang dipaparkan untuk digunakan sebagai pengesahan pada masa akan datang.

7. Proses pendaftaran selesai sepenuhnya. Sekiranya berjaya, paparan skrin akan menunjukkan pengesahan pendaftaran bersama maklumat berkaitan had transaksi perbankan anda.

Anda juga boleh menonton video di bawah untuk mendapatkan panduan pendaftaran yang lebih lengkap dan mudah difahami:

@bsnmalaysia

Ikuti panduan dan langkah-langkah untuk mendaftar perbankan internet myBSN dan Aplikasi myBSN Mobile! Perkhidmatan perbankan dihujung jari anda yang memudahkan urusan semua pelanggan BSN. Daftar segera! #BSNMalaysia #BSN50Tahun #myBSNMobile

♬ Vibes – ZHRMusic

Daftar Dan Aktifkan Aplikasi MyBSN

Selepas berjaya mendaftar BSN Online, anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih MyBSN di bawah dan membuat pendaftaran dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Selepas download aplikasi mengikut jenis peranti yang digunakan, ikuti langkah-langkah berikut untuk mengaktifkan akaun anda:

  1. Tekan ikon “Get Started” terlebih dahulu, kemudian pilih butang “Login” untuk meneruskan proses
  2. Masukkan Nama Pengguna anda dan pastikan Gambar Keselamatan yang dipaparkan adalah betul. Seterusnya, masukkan password yang telah ditetapkan berdasarkan maklumat Perbankan Internet myBSN anda
  3. Paparan skrin welcome akan muncul dan anda perlu meneruskan proses tetapan BSNSecure bagi tujuan pengaktifan akaun
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan masukkan kod pengaktifan SMS OTP enam digit yang dihantar ke nombor telefon berdaftar anda untuk tujuan pengesahan
  5. Pendaftaran anda kini berjaya diselesaikan. Namun, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 12 jam sebelum akaun diaktifkan sepenuhnya dan boleh digunakan
cara aktfikan aplikasi mybsn

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan aplikasi MyBSN, anda boleh melayari laman rasmi Bank Simpanan Nasional atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan mereka di 03-2613 1900

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now