Apa Perlu Buat Bila Suami Meninggal Dunia? Panduan Untuk Si Isteri

By Aiman San

Published On:

Follow Us
apa perlu buat bila suami meninggal dunia

Kehilangan suami adalah antara ujian paling berat yang boleh dilalui oleh seorang isteri. Dalam keadaan emosi yang masih terkejut dan bersedih, banyak urusan penting perlu diselesaikan satu demi satu.

Bagi umat Islam, perkara ini tidak boleh dielakkan. Ini kerana Allah berfirman ‘Setiap yang bernyawa akan merasai kematian‘ – Surah Ali ‘Imran, ayat 185

Bukan suami sahaja akan mati. Isteri, anak, ibu, ayah, pemimpin, raja dan semuanya akan melalui perkara ini. Tapi khusus untuk si isteri, apa perlu buat jika pasangan anda, atau suami meninggal dunia?

Sebab itu, anda perlu tahu apa yang perlu dibuat bagi membantu keluarga menguruskan segala urusan dengan lebih teratur serta mengelakkan sebarang perkara penting daripada terlepas pandang.

Berikut ialah panduan ringkas yang boleh dijadikan rujukan.

Sebenarnya panduan ini hampir sama dan boleh digunakan bagi setiap individu sekiranya mereka meninggal dunia; isteri, anak, ibu, ayah dan lain-lain.

1) Dapatkan Pengesahan Kematian

Langkah pertama yang perlu dilakukan apabila suami meninggal dunia ialah mendapatkan pengesahan kematian.

Jika suami meninggal dunia di hospital, pihak hospital akan mengeluarkan dokumen pengesahan kematian. Namun, jika kematian berlaku di rumah, keluarga perlu menghubungi klinik, hospital atau polis bergantung kepada keadaan kematian tersebut untuk mendapatkan pengesahan rasmi.

Dokumen ini sangat penting kerana ia diperlukan untuk urusan seterusnya seperti pendaftaran kematian dan pengurusan harta pusaka.

2. Daftarkan Kematian di JPN

Selepas mendapat pengesahan kematian, langkah berikutnya ialah mendaftarkan kematian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh yang ditetapkan. Antara dokumen yang biasanya perlu disediakan ialah:

  • Kad pengenalan si mati
  • Kad pengenalan pelapor
  • Dokumen pengesahan kematian daripada hospital atau doktor

Anda boleh dapatkan info penuh tentang cara daftar dan borang yang perlu disediakan, anda boleh klik pautan di JPN DISINI. Selepas proses pendaftaran selesai, JPN akan mengeluarkan sijil kematian rasmi yang diperlukan untuk pelbagai urusan lain pada masa akan datang.

3. Uruskan Pengebumian

Urusan pengebumian perlu dilakukan secepat mungkin mengikut kepercayaan dan adat masing-masing.

Bagi orang Islam, urusan mandi jenazah, kafan, solat jenazah dan pengebumian biasanya diselaraskan oleh keluarga, masjid atau pihak berkuasa agama tempatan.

Bagi bukan Islam pula, urusan pengebumian akan dijalankan mengikut kepercayaan dan adat masyarakat masing-masing.

Pada peringkat ini, ahli keluarga dan saudara-mara biasanya akan membantu menguruskan segala keperluan berkaitan pengebumian.

4. Kumpulkan Semua Dokumen Penting

Salah satu perkara yang sering terlepas pandang ialah mengumpulkan dokumen penting dalam satu fail khas. Antara dokumen yang perlu disimpan bersama ialah:

  • Sijil kematian
  • Sijil nikah
  • Kad pengenalan suami dan isteri
  • Penyata bank
  • Geran rumah atau tanah
  • Polisi insurans
  • Dokumen KWSP
  • Dokumen PERKESO

BACA JUGA :

Menyimpan semua dokumen ini di satu tempat akan memudahkan urusan tuntutan dan pengurusan harta pusaka pada masa akan datang.

5. Semak Tuntutan Kewangan Yang Boleh Dibuat

Ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat beberapa tuntutan kewangan yang mungkin boleh dibuat selepas kematian suami. Antaranya ialah:

a. KWSP

Jika suami mempunyai simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), waris boleh membuat tuntutan mengikut prosedur yang ditetapkan. Boleh dapatkan Bantuan Kematian KWSP DISINI.

b. PERKESO

Sekiranya si mati mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), waris boleh menyemak sama ada terdapat manfaat atau bantuan yang layak diterima. Untuk permohonan Faedah, anda boleh rujuk disini.

c. Pencen Terbitan

Bagi penjawat awam, waris yang layak boleh membuat semakan berkaitan pencen terbitan.

d. Insurans Hayat atau Takaful

Jika suami mempunyai polisi insurans hayat atau pelan takaful, tuntutan boleh dibuat mengikut syarat yang ditetapkan oleh penyedia perlindungan tersebut.

e. Wang Dalam Akaun Bank

Segala urusan berkaitan wang simpanan dalam akaun bank perlu dilakukan mengikut prosedur pengurusan pusaka yang berkuat kuasa.

6. Uruskan Harta Pusaka

Selepas urusan pengebumian dan dokumentasi selesai, keluarga perlu mula menguruskan harta pusaka si mati.

Jika nilai harta adalah kecil, permohonan boleh dibuat melalui Amanah Raya Berhad atau Unit Pembahagian Pusaka Kecil.

Namun, jika harta yang ditinggalkan lebih besar atau melibatkan urusan yang lebih rumit, proses tersebut mungkin perlu melalui Mahkamah Tinggi.

Oleh itu, semua maklumat berkaitan aset dan dokumen pemilikan perlu disediakan dengan lengkap bagi memudahkan proses tuntutan dan pembahagian pusaka.

7. Menjalani Tempoh Idah Bagi Isteri Islam

Bagi isteri beragama Islam, tempoh idah selepas suami meninggal dunia perlu dipatuhi selepas kematian suami. Tempoh idah ialah selama 4 bulan 10 hari bermula dari tarikh kematian suami.

Dalam tempoh tersebut, isteri tidak boleh berkahwin semula dan keluar rumah tanpa sebab munasabah. Walau bagaimanapun, isteri masih boleh keluar rumah bagi keperluan penting seperti:

  • Bekerja
  • Mendapatkan rawatan
  • Menguruskan urusan berkaitan kematian
  • Menguruskan keperluan keluarga

8. Kemas Kini Dokumen Peribadi

Selepas urusan awal selesai, langkah terakhir ialah mengemas kini dokumen dan rekod berkaitan. Antara perkara yang boleh disemak termasuk:

  • Penukaran penama akaun jika perlu
  • Kemas kini bantuan kerajaan
  • Kemas kini rekod bank
  • Kemas kini insurans
  • Kemas kini akaun utiliti

Langkah ini penting bagi memastikan segala rekod dan urusan rasmi berada dalam keadaan yang teratur selepas pemergian suami.

Penutup

Mengetahui apa perlu buat bila suami meninggal dunia dapat membantu isteri dan keluarga menguruskan pelbagai urusan penting dengan lebih sistematik.

Walaupun kehilangan insan tersayang merupakan satu detik yang amat sukar, tindakan yang teratur seperti mendapatkan pengesahan kematian, mendaftarkan kematian, menguruskan pengebumian, membuat tuntutan kewangan dan menyelesaikan urusan harta pusaka dapat mengelakkan pelbagai masalah pada masa hadapan.

Simpan panduan ini sebagai rujukan agar setiap langkah penting dapat dilaksanakan dengan lebih mudah ketika berdepan situasi yang tidak dijangka.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now