Apa Beza Masjid Dengan Surau?

By Aiman San

Published On:

Follow Us
apa beza masjid dan surau

Pasti ramai yang tertanya apa beza masjid dan surau? Atau sebenarnya ada beza ke antara dua tempat ibadah orang Islam ni sebenarnya?

Sebagai contoh, apabila masuk ke dalam masjid kita sunat melakukan solat tahiyatul masjid. Amalan ini sangat dituntut sebagai menghormati status masjid tempat ibadat.

Tetapi bagaimana pula dengan surau, adakah juga dituntut untuk solat sunat menghormatinya? Apa beza masjid dan surau?

Iklan Disini

Apa Itu Masjid

Masjid dalam erti umum adaah sebuah tempat yang digunakan untuk sujud kepada Allah. Dalam hadis Nabi s.a.w menyebut, “Allah menjadikan muka bumi ini sebagai tempat untuk bersujud kepada Nya”.

Iklan Disini

Manakala daripada istilah, masjid adalah tempat atau sebuah bangunan yang dibina khas untuk menunaikan ibadat, terutamanya solat secara berjemaah.

BACA JUGA : Senarai Masjid Yang Memenangi Anugerah Masjid Malaysia Tahun 2021

Dari sudut lain, masjid adalah satu tempat untuk solat dan beribadat yang bukan menjadi milik orang perseorangan, organisasi atau syarikat. Ia adalah tempat yang sudah pun diwakafkan dan diniatkan untuk dijadikan tempat ibadat kepada orang awam. Sifat masjid ini kekal sampai bila-bila. 

Apa Itu Surau

Manakala surau pula adalah diambil daripada perkataan bahasa Melayu. Ia merupakan masjid kecil dan sesuai dengan keperluan untuk solat 5 waktu.

Seperti mana masjid, surau juga diwakafkan untuk kegunaan solat kepada orang ramai. Namun begitu, kebanyakan surau masih lagi menjadi milik individu atau badan tertentu.

Iklan Disini

Kebiasaanya, surau dibina dalam kawasan perumahan dan perkampungan. Surau juga turut dibina dalam bangunan seperti kilang, pejabat, shopping mall, stesen minya, RnR dan sebagainya.

Sifat surau-surat ini pula ada yang kekal dan setengahnya pula bersifat sementara.

Beza lain lagi, di surau tidak didirikan solat Jumaat, kerana syarat hendak melaksanakan solat Jumaat dalam mazhab Syafi’e, setiap kariah mesti ada hanya satu sahaja masjid. Walaubagaimanapun, sekiranya masjid tidak dapat menampung jemaah yang ramai, surau dalam kawasan kariah boleh diangkat tarafnya menjadi Surau Jumaat supaya Solat Jumaat boleh dilaksanakan.

Namun, perlu dipecahkan kariahnya terlebih dahulu, fatwa dan kelulusan daripada pihak berkuasa agama serta pengisytiharan dari Raja atau Sultan. 

Jadi Adakah Ada Solat Tahiyatul Masjid Di Surau?

Bila sebut tahiyatul masjid tentunya solat itu, khusus dilakukan di masjid dan bukan disurau, madrasah dan lain-lain.

Iklan Disini

Jika ada anjuran solat khusus untuk menghormati surau sudah pastinya akan ada istilah tahiyatul musolla dan sebagainya.

Namun, tidak ada pula anjuran sedemikian. Persoalannya, bolehkan kita solat sunat tahiyat di surau?

Melalui perkongsian Imam Besar Masjid Tuanku Miza Zainal Abidin Putrajaya (Masjid Besi), Nor Azamir Alias, tidak ada soalt sunat tahiyatul masjid di surau, musolla, madrasah atau seumpamanya.

Walaupun fungsi masjid dan surau dilihat sama, namun terdapat beza di antaran kedua-duanya. Perbezaan tersebut meletakkan kedudukan masjid dan surau berebza.

Sumber : Al Islam

Iklan Disini

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment