Kehamilan merupakan suatu pengalaman yang mengujakan bagi mana-mana wanita pun. Namun, perubahan yang mungkin terjadi kepada kulit semasa hamil membuatkan anda menjadi kurang selesa.
Perubahan yang terjadi termasuk juga pada bahagian lain selain daripada perut. Ianya biasa akan berlaku sejak awal usia kehamilan hingga berlanjutan selepas anda selamat melahirkan.
Antaranya anda mungkin mengalami regangan kulit (stretch marks), melasma iaitu tona kulit tidak sekata, jerawat dan juga kulit gatal atau sensitif akibat kekeringan.
Contents
Tips Kulit Sihat Dan Cantik Semasa Hamil
Jadi jom kita tengok beberapa tips kulit sihat dan cantik semasa hamil khusus untuk ibu-ibu mengandung.
1) Ambil Lebih Banyak Sayur-Sayuran, Buah-Buahan dan Kekacang
Ini bukan sahaja baik kepada badan anda dan juga bayi. Bukan itu sahaja, ianya juga amat penting untuk menjamin kulit yang sihat dan cantik.
Sayur-sayuran yang kaya dengan protein dapat menguatkan dan juga mengekalkan keanjalan kulit. Buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C seperti oren, jambu dan lemon, mempunyai kelebihannya tersendiri. Ia mampu membentuk kolagen yang amat penting untuk memastikan kulit sentiasa sihat.
Ini semua dapat mengurangkan pembentukan stretch marks bila kulit terutamanya perut mula berkembang. Folat dan zink yang boleh didapati dalam kacang pula boleh membantu mengurangkan pembentukan pigmentasi di muka akibat malasma.
2) Makan Asid Lemak Penting – Omega 3
Selain daripada membantu merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan, omega 3 turut membantu mengurangkan masalah garis halus dan meningkatkan keanjalan kulit.
Tambahkan makanan yang kaya dengan omega 3. Antaranya ialah ikan berminyak seperti salmon dan tuna, telur, roti dan jus ke dalam diet anda.

Ini boleh membantu mengelakkan kulit menjadi kering atau gatal dan juga mengurangkan kemungkinan kesan stretch marks dan juga jerawat.
3) Minum Banyak Air
Minum air yang banyak bukan sahaja bagus untuk kesihatan keseluruhan, sistem perkumuhan tetapi juga bagus untuk memastikan kulit sihat dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Dengan memastikan kulit hidrat dan sihat, ia akan meregang dengan baik.
Pastikan anda minum 12-13 gelas air sehari. Bagi anda yang mengalami masalah untuk minum air kosong, disarankan untuk mencampurkan perahan lemon ke dalam air bakal diminum. Dengan itu, anda dapat mengelakkan kekeringan kulit dan juga mengekalkan keanjalannya.
4) Minyak Untuk Kulit
Ia amat penting untuk memastikan kulit anda lembap. Bio-Oil Minyak Penjagaan Kulit merupakan satu produk yang terbukti secara klinikal. Ia dapat membantu kulit anda mengekalkan kelembapan dan mengurangkan pembentukan kesan regangan bukan sahaja dekat perut, tetapi juga bahagian lain seperti pinggul, paha dan juga payudara.
Produk ini juga dapat membantu memperbaiki kesan regangan yang sudah muncul, tona kulit tidak sekata dan juga parut jerawat.

Bio-Oil Minyak Penjagaan Kulit diformulasi ramuan unggul PurCellin Oil yang menjadikan formulasinya ringan dan mudah diserap, tanpa membiarkan kulit anda berasa berminyak.
Ia juga mengandungi minyak tumbuhan lanvender, calendula, chamomile, rosemary dan juga vitamin A dan E yang dapat membantu kulit menjadi lebih sihat dan lembut.
Sewaktu hamil, Bio-Oil Minyak Penjagaan Kulit harus disapukan pada kawasan yang berkemungkinan mengalami regangan kulit. Antara tempat berpotensi seperti perut, payudara, pinggang, pinggul, punggung dan paha dari permulaan trimester kedua dan disapu dengan pergerakan membulat, 2 kali sehari.
Bagi kesan regangan yang sudah muncul, tona kulit tidak sekata atau parut jerawat, Bio-Oil Minyak Penjagaan Kulit harus disapu dengan pergerakan membulat, 2 kali sehari bagi tempoh minimum 3 bulan.









