Threads kini menjadi antara platform media sosial tumpuan bagi pengguna rakyat Malaysia. Cuba tengok dalam phone, mesti ada apps ni kan.
Ada yang guna untuk berkongsi pendapat, ada juga yang jadikan Threads sebagai tempat bina personal branding, tarik trafik bisnes dan tambah follower.
Menariknya, platform ini masih lagi mempunyai peluang besar untuk content cepat naik kalau kena dengan cara.
Kalau anda pernah tertanya-tanya kenapa ada post Threads yang tiba-tiba dapat ribuan likes, repost dan komen walaupun akaun itu tak banyak followers pun atau bukan influencer pun.
Jawapannya sebenarnya terletak pada cara anda tulis post dan timing. Kadang-kadang ayat yang nampak santai itulah yang paling mudah viral.
Ramai orang ingat kena ada follower ramai dulu baru boleh “blow up”. Hakikatnya, Threads lebih mesra kepada content berbanding jumlah follower.
Sebab itu ramai pengguna baru pun boleh tiba-tiba terkenal hanya dengan satu post yang kena pada masanya. Kalau anda nak cuba naikkan engagement dan buat lebih ramai orang nampak posting anda, beberapa tips ini memang patut cuba.
Tips Nak Post Threads Anda Viral Dan Blow Up
Salah satu sebab utama ialah algoritma Threads masih memberi peluang kepada akaun kecil untuk muncul di feed pengguna lain.
Berbeza dengan sesetengah platform yang lebih fokus pada follower sedia ada, Threads banyak menolak content berdasarkan interaksi awal.
Nak tahu lebih lanjut, boleh ikuti 33 tips seperti dibawah :
1. Engage dulu sebelum post. 15 minit. Like, reply, quote. Baru publish. Algo dah kenal kau.
2. Lepas post, jangan terus tutup app. Stay 15 minit. Reply semua yang masuk.
3. Kalau ada orang komen, reply. Semua.
4. Scroll feed niche kau setiap hari. Like, engage. Nampak kecil, tapi algo track ni.
5. Nampak post bagus dalam niche kau? Repost. Diorg nampak, diorg ingat kau.
6. Quote post orang dengan pendapat kau sendiri. Reach berganda, idea tinggal expand je.
7. Komen kat post kreator besar, tapi komen yang ada isi. Followers diorg baca komen tu jugak.
8. “Nice post” tu buang masa. Tulis sesuatu yang buat orang nak reply komen kau balik.
9. Tag orang bila betul-betul relevan. Jangan random. Kalau sesuai, buat. diorg akan nampak.
10. Buat Thread panjang sminggu atleast 2x. Ni bina authority kau.
11. Hook aka First line post kau tu. kalau kau sendiri pun scroll laju, tulis semula.
12. Cakap pasal masalah audience kau sampai diorg rasa kau duduk dalam kepala diorg.
13. Share perjalanan kau. Bukan highlight. Perjalanan sebenar yang ada benda tak jadi atau gagal jugak.
14. Tunjuk bahagian yang kau rasa nak sorokkan aka vulnerability kau. Storytell bnda ni.
15. Cakap apa kau tengah bina sekarang.
16. Buat claim yang berani aka bold claim. Tapi kena boleh defend.
17. Hot take pasal niche kau sekali sekala. Asalkan kau ada alasan, orang akan baca.
18. Cakap benda yang ramai dalam niche kau takut nak cakap. Kau cakap. Orang perasan kau.
19. Bagi ilmu yang orang lain jual mahal. makin bagi, makin orang nak balik dkt kau. Law of Reciprocity.
20. Buat content bersiri. Orang follow sebab nak tahu apa jadi lepas ni.
21. Jangan habiskan semua dalam satu post. Biar orang tgk post next.
22. Post lama yang dah perform? Ubah hook sikit, post balik.
23. Timing ada beza. pagi, lunch, malam. Test mana yang audience kau paling active.
24. Tulis semua content hari tu dalam satu masa, schedule, pastu fokus engage je.
25. Pinned post tu first impression profil kau. Kalau dah basi, tukar.
26. Sebut siapa kau tengah tulis untuk dalam hook aka audience callout.
27. Observe apa yang ramai buat dalam niche kau. Pastu cakap pendapat kau pasal tu.
28. Tanya soalan dalam post. Orang suka jawab.
29. Kalau ada proof, tunjuk. Jangan cakap je. Tunjuk.
30. Analyse post niche sama yg perform. Tulis semula dgn kata2, pengalaman, viewpoint kau sendiri.
31. Masuk comment section orang lain dengan komen add value yg padu. Ni cara paling senang dapat follower baru yang ramai tak sedar.
32. Setiap minggu check balik, post mana yang jalan, angle mana yang kena. Buat lebih benda tu.
33. Bulan pertama memang rasa macam cakap sorang-sorang. Normal. Growth ni dia akan compound, mcm investment. Kalau kau konsisten 6 bulan, kau akan nampak growth kau laju gila.
Jadi dah tahu kan cara nak buat post Threads anda viral lepas ni? Boleh follow semua tips diatas.
Sumber : the.sayyid.amar









