50 Tempat Menarik Di Penang 2026 – TERKINI

By Aiman San

Published On:

Follow Us
TEMPAT MENARIK DI PENANG

Sedang mencari tempat menarik di Penang untuk diterokai pada tahun 2026? Anda memang berada di tempat yang tepat. Kami himpunkan pelbagai lokasi best di Penang yang wajib dimasukkan dalam senarai percutian anda.

Ramai mengenali Pulau Pinang sebagai syurga makanan, namun sebenarnya negeri ini turut mempunyai banyak destinasi menarik untuk dikunjungi.

Bermula daripada lokasi bersejarah, tempat santai bersama keluarga hinggalah spot bergambar yang cantik, semuanya ada di sini.

Contents

Tempat Menarik Di Penang Yang Penting Best

Berikut kami senaraikan 50 tempat menarik di Pulau Pinang yang sesuai dilawati ketika bercuti bersama insan tersayang.

1) Bukit Bendera (Penang Hill)

bukit bendera

Bukit Bendera merupakan salah satu destinasi pelancongan paling terkenal di Pulau Pinang. Kawasan ini sebenarnya terdiri daripada beberapa bukit dengan puncak tertinggi mencecah sekitar 833 meter dari aras laut. Pada zaman penjajahan British, lokasi ini dijadikan tempat persinggahan dan kawasan rehat kerana cuacanya yang lebih nyaman dan sejuk.

BACA JUGA : Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Seluruh Penang

Untuk sampai ke puncak, pengunjung boleh menaiki kereta api funikular yang menjadi tarikan utama di sini. Sepanjang berada di atas bukit, pelancong dapat menikmati keindahan flora dan fauna semula jadi, panorama bandar yang mempesonakan serta pelbagai nilai sejarah dan warisan yang masih terpelihara.

Di kawasan Bukit Bendera juga terdapat beberapa bangunan lama yang dibina sejak tahun 1789 dengan gabungan seni bina kolonial British, elemen Asia serta sentuhan moden.

Harga tiket biasa ialah RM10 untuk dewasa, RM5 bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun dan RM5 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Bagi pengunjung yang memilih laluan Fast Lane pula, harga tiket adalah RM40 untuk dewasa, RM20 bagi kanak-kanak dan RM5 untuk warga emas.

  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 6.30 pagi hingga 11 malam

2) Entopia by Penang Butterfly Farm

Entopia by Penang Butterfly Farm

Tempat ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu The Natureland dan juga The Cocoon. Di kawasan The Natureland, pengunjung dapat melihat lebih daripada 15,000 ekor rama-rama yang bebas berterbangan dalam persekitaran yang dipenuhi lebih 200 jenis tanaman tropika.

Suasananya cukup menenangkan seolah-olah berada di dalam habitat semula jadi dengan kehadiran air terjun, kolam, gua serta taman hijau yang direka menyerupai alam sebenar.

Sementara itu, The Cocoon menawarkan pengalaman lebih interaktif kepada pengunjung menerusi pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak pengurusan.

Harga tiket masuk adalah RM49 untuk dewasa dan RM29 bagi kanak-kanak. Untuk pelancong warga asing, tiket dewasa berharga RM65 manakala tiket kanak-kanak pula RM45.

  • Alamat : Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang

3) Penang Avatar Secret Garden

Penang Avatar Secret Garden

Sebaik sahaja tiba di lokasi ini, anda pasti terpukau melihat suasana hutan yang kelihatan begitu unik dan memukau.

Pemandangannya seakan-akan membawa pengunjung ke dunia fantasi, malah ramai yang mengatakan tempat ini mengingatkan mereka kepada latar dalam filem Avatar yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Menariknya, pengunjung boleh masuk secara percuma tanpa sebarang bayaran tiket.

  • Alamat : 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka sehingga jam 12 tengah malam setiap hari

4) Taman Rimba Teluk Bahang

Taman Rimba Teluk Bahang

Hutan lipur ini menjadi antara destinasi pilihan ramai untuk berehat sambil menikmati suasana alam semula jadi yang tenang. Selain sesuai untuk bersantai bersama keluarga, kawasan ini juga popular untuk aktiviti lasak serta perkhemahan.

Bagi kemudahan pengunjung, terdapat beberapa pondok rehat dan kolam mandi yang disediakan untuk kegunaan orang ramai.

  • Alamat : Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

5) Muzium Perang Pulau Pinang @ Penang War Museum

Muzium Perang Pulau Pinang

Tempat ini merupakan sebuah kubu lama yang dibina oleh pihak British sekitar tahun 1930-an sebagai benteng pertahanan. Suatu ketika dahulu, kubu ini pernah digunakan dalam usaha mempertahankan kawasan daripada serangan tentera Jepun.

Di sini, pengunjung berpeluang melihat pelbagai koleksi bersejarah seperti meriam lama, terowong rahsia dan kubu pertahanan bawah tanah yang mencapai kedalaman kira-kira 9 meter. Menariknya, terdapat beberapa laluan terowong yang agak sempit sehingga memerlukan pengunjung merangkak untuk melaluinya.

Harga tiket masuk adalah RM18 untuk dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak. Bagi pelawat warga asing pula, tiket dewasa berharga RM36 manakala tiket kanak-kanak RM16.

  • Alamat : Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, Pulau Pinang.
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.

6) Rumah P. Ramlee

Rumah P. Ramlee

Percutian ke Pulau Pinang terasa kurang lengkap jika tidak singgah ke rumah P. Ramlee, seorang seniman lagenda yang cukup terkenal dalam dunia seni tanah air. Kehebatan bakat beliau dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengarahan sememangnya sukar ditandingi hingga ke hari ini.

Rumah ini merupakan tempat beliau dilahirkan dan membesar sebelum menjadi figura terkenal negara. Pengunjung berpeluang melihat sendiri pelbagai koleksi peribadi milik Allahyarham termasuk barangan asal, warisan keluarga serta suasana kediaman yang masih mengekalkan dekorasi tradisionalnya.

Menariknya, kemasukan ke lokasi ini adalah percuma untuk semua pengunjung.

  • Alamat : Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang setiap hari kecuali hari Isnin dan cuti umum

7) Tropical Spice Garden

Tropical Spice Garden

Taman hijau ini menempatkan lebih 500 spesies tumbuhan tropika dan menjadi antara tarikan alam semula jadi yang cukup popular di Pulau Pinang. Dengan keluasan melebihi 8 ekar, ia juga dikenali sebagai satu-satunya taman seumpamanya di Asia Tenggara. Pelbagai aktiviti menarik disediakan di sini yang sesuai untuk pengunjung dewasa mahupun kanak-kanak.

Bagi si kecil, terdapat lawatan khas seperti 5 Senses Tour serta permainan Giant 3D Slides and Ladders yang pastinya menyeronokkan. Untuk orang dewasa pula, lokasi ini turut menawarkan kelas memasak yang memperkenalkan pelbagai hidangan berasaskan rempah tropika.

Suasana di taman ini cukup nyaman dengan kehijauan pokok-pokok tropika yang mengelilingi kawasan sekitar. Lebih menarik, pengunjung juga dapat menikmati pemandangan indah kawasan pesisir Teluk Bahang ketika berada di sini. Disebabkan suasananya yang cantik dan tenang, lokasi ini turut menjadi pilihan untuk majlis perkahwinan berkonsepkan taman.

Harga tiket pula bermula sekitar RM29 hingga RM49 untuk dewasa, RM17 hingga RM25 bagi kanak-kanak, manakala warga emas dan pelajar dikenakan bayaran antara RM23 hingga RM39.

  • Lokasi : Lot 595, Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang

8) Jambtan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

jambatan pulau pinang 2

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge mungkin kurang dikenali melalui nama rasminya, namun ramai lebih mengenalinya sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Jambatan ini merupakan antara mercu tanda terkenal di negeri Pulau Pinang dan sering menjadi perhatian pengunjung kerana saiz serta reka bentuknya yang mengagumkan. Dengan panjang sekitar 24 kilometer atau kira-kira 15 batu, ia diiktiraf sebagai jambatan terpanjang di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Selain menjadi laluan utama yang menghubungkan tanah besar dengan pulau, jambatan ini turut menawarkan pemandangan laut yang cantik terutama ketika waktu matahari terbit dan terbenam.

9) Camera Museum

Camera Museum

Pada masa kini, hampir setiap orang memiliki kamera sama ada kamera profesional ataupun sekadar menggunakan telefon pintar untuk merakam kenangan harian. Disebabkan itu, muzium ini menjadi antara lokasi menarik yang dekat dengan minat ramai pengunjung.

Di sini, terdapat pelbagai koleksi kamera lama yang dipamerkan bermula dari era tahun 1800-an sehingga sekitar 1990-an. Pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana teknologi kamera berkembang mengikut peredaran zaman dan perubahan dunia fotografi.

Salah satu tarikan utama di muzium ini ialah ruang khas yang dikenali sebagai Spy Room, iaitu kawasan pameran yang menempatkan antara kamera paling kecil di dunia. Menariknya, terdapat juga beberapa koleksi kamera yang dibenarkan untuk disentuh oleh pengunjung.

Harga tiket masuk ialah RM20 untuk dewasa manakala pelajar dikenakan bayaran RM10.

  • Alamat : 49, Lebuh Muntri, 10200 Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 9.30 pagi hingga 8 malam

10) Audi Dream Farm

Audi Dream Farm

Jika bercuti ke Pulau Pinang bersama anak-anak, jangan lepaskan peluang singgah ke Audi Dream Farm yang menawarkan pengalaman menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Tempat ini merupakan sebuah zoo mini yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi secara dekat dengan haiwan. Mereka bukan sahaja boleh melihat, malah turut dibenarkan menyentuh dan memberi makanan kepada beberapa haiwan yang terdapat di sini. Pengalaman seperti ini pastinya cukup menarik buat kanak-kanak yang sedang belajar mengenali dunia haiwan.

Antara haiwan yang boleh ditemui termasuk arnab, ikan, kambing, itik, ayam, kuda dan juga burung nuri yang berkeliaran di kawasan sekitar. Selain itu, pengunjung cilik turut berpeluang melihat kawasan kebun sayur yang terdapat di farm ini.

Harga tiket masuk pula ialah RM7 untuk dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak.

  • Lokasi : 145, MK B, Sungai Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 6 petang

11) PG Gold Museum

Muzium Public Gold

Emas sememangnya sering dikaitkan dengan nilai kekayaan dan pelaburan jangka panjang. Tidak hairanlah ramai yang memilih logam berharga ini sebagai simpanan untuk masa depan. Perkara inilah yang menjadi inspirasi kepada kewujudan muzium emas ini.

Pengunjung yang datang bukan sahaja dapat mengetahui pelbagai info menarik berkaitan sejarah dan perkembangan emas, malah mereka juga berpeluang membeli emas kerana lokasi ini turut menempatkan premis Public Gold.

Menariknya, muzium ini direka dengan konsep laluan seperti terowong batu yang membawa pengunjung menyelami dunia emas dengan lebih dekat sepanjang lawatan.

Harga tiket masuk adalah RM28 untuk dewasa, manakala kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun serta warga emas berumur 60 tahun ke atas dikenakan bayaran RM15. Kanak-kanak berusia bawah 7 tahun pula boleh masuk secara percuma.

  • Alamat : No. 95, Lebuh Bishop, George Town, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang

12) Pantai Batu Ferringhi

Pantai Batu Ferringhi

Pantai Batu Ferringhi merupakan antara pantai paling popular dan cantik di Pulau Pinang. Suasana pantainya yang tenang bersama pemandangan laut yang luas menjadikan lokasi ini sesuai untuk mereka yang ingin berehat sambil menikmati angin pantai.

Selain bersantai di tepi pantai, pengunjung juga boleh mandi-manda dan melakukan pelbagai aktiviti santai bersama keluarga atau rakan-rakan.

Jika berkunjung ke sini pada waktu petang hingga malam, jangan lepaskan peluang singgah ke Pasar Malam Batu Ferringhi yang terkenal dengan suasananya yang meriah serta pelbagai jualan menarik untuk pelancong.

13) Adventure Zone

Adventure Zone penang

Bagi kanak-kanak yang gemar bermain dan aktif bergerak, Adventure Zone merupakan antara lokasi yang wajib dikunjungi ketika bercuti di Pulau Pinang.

Taman permainan indoor ini mempunyai keluasan sekitar 10,300 kaki persegi dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan. Pengunjung boleh mencuba pelbagai cabaran seperti memanjat, merangkak serta meluncur di gelungsur gergasi yang menjadi tarikan utama di sini. Lebih menarik, lokasi ini berada di dalam kawasan Golden Sands Resort by Shangri-La dan pengunjung yang menginap di resort tersebut turut menikmati diskaun khas.

Bagi memastikan keselamatan dan keselesaan semua pengunjung, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah memakai stokin ketika bermain, menggunakan pakaian berlengan panjang semasa menggunakan gelungsur, tidak memakai pakaian renang di kawasan permainan serta kanak-kanak berusia bawah 6 tahun mesti ditemani orang dewasa.

Harga tiket masuk pula ialah RM35 untuk tempoh permainan selama 2 jam.

  • Lokasi : Golden Sands Resort, Jalan Batu Feringghi, Kampung Tanjung Huma, 11100 Batu Feringgi, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 malam

14) Taman Negara Pulau Pinang (Penang National Park)

Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang yang berkeluasan sekitar 2,562 hektar menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pencinta alam semula jadi dan pengunjung yang sukakan aktiviti outdoor.

Salah satu aktiviti popular di sini ialah trekking meredah hutan. Sepanjang perjalanan, pengunjung dapat menikmati keindahan lebih 414 spesies tumbuhan serta 143 spesies haiwan yang terdapat di kawasan taman negara ini. Antara lokasi menarik yang boleh ditemui di penghujung laluan ialah Teluk Duyung dan pusat perlindungan penyu.

Selain itu, pengunjung juga boleh memilih untuk menaiki bot menuju ke beberapa lokasi menarik seperti Teluk Duyung, kawasan perlindungan penyu atau Pantai Kerachut. Harga perjalanan bot kebiasaannya sekitar RM50 hingga RM100 bergantung kepada destinasi dan jenis perkhidmatan.

Bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan hutan dari sudut lebih tinggi, terdapat Titian Kanopi sepanjang 250 meter yang berada kira-kira 15 meter dari permukaan tanah. Dari atas titian ini, pengunjung boleh melihat panorama hutan yang cukup indah dan menenangkan. Harga tiket untuk aktiviti ini bermula sekitar RM3 hingga RM5.

Taman negara ini turut menyediakan beberapa tapak perkhemahan untuk pengunjung yang ingin bermalam sambil menikmati suasana alam semula jadi. Menariknya, kawasan perkhemahan tersebut boleh digunakan secara percuma, namun pengunjung digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad.

15) Padang Kota Lama

Padang Kota Lama

Padang Kota Lama merupakan salah satu lokasi bersejarah terkenal di Pulau Pinang yang suatu ketika dahulu digunakan oleh penjajah British sebagai kawasan perbarisan dan aktiviti rekreasi. Tempat ini juga mempunyai kaitan rapat dengan Francis Light yang menemui kawasan tersebut ketika awal pembukaan Pulau Pinang.

Pada ketika itu, kawasan ini masih dipenuhi hutan dan hanya didiami sebahagian kecil penduduk Melayu serta Aceh yang tinggal berhampiran sungai. Francis Light kemudian mengarahkan kawasan tanah lapang tersebut dibersihkan untuk dijadikan pusat aktiviti pentadbiran dan sosial.

Selain dikenali sebagai Padang Kota Lama, kawasan ini juga sering disebut sebagai The Esplanade yang merangkumi kawasan sekitar Jalan Tun Syed Sheikh Barakbah. Lokasinya juga terletak berhampiran Fort Cornwallis yang menjadi salah satu tarikan sejarah utama di negeri ini.

Kini, kawasan ini menjadi tempat pilihan orang ramai untuk bersantai dan menikmati suasana tepi laut. Di sekelilingnya turut terdapat pelbagai gerai makanan dan minuman yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

  • Alamat : 1, Light Street, 10450 George Town, Pulau Pinang

16) Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling merupakan antara masjid bersejarah yang cukup terkenal dalam kalangan pencinta sejarah dan seni bina. Masjid ini juga diiktiraf sebagai salah satu masjid tertua di Malaysia.

Pembinaannya bermula sekitar abad ke-19 hasil usaha komuniti pedagang India Muslim yang menetap di Pulau Pinang pada ketika itu. Nama “Kapitan Keling” pula diambil sempena ketua masyarakat mereka yang telah mewakafkan tanah untuk mendirikan masjid ini.

Masjid ini menjadi institusi Islam terawal yang dibina di kawasan tersebut dan mempunyai reka bentuk yang dipengaruhi seni bina Moghul serta Moor.

Sepanjang kewujudannya, masjid ini telah melalui beberapa proses pengubahsuaian dan pembinaan semula bagi menambah baik struktur serta kemudahannya tanpa menghilangkan nilai warisan asal.

17) Suffolk House

Suffolk House

Suffolk House merupakan satu-satunya rumah agam berkonsep seni bina era Georgian yang masih kekal di Malaysia hingga hari ini. Kediaman bersejarah ini dibina sekitar awal tahun 1800-an dan pernah dijadikan tempat tinggal rasmi gabenor British suatu ketika dahulu.

Selain menghayati nilai sejarah serta keunikan reka bentuk bangunannya, pengunjung juga boleh menikmati hidangan makan tengah hari dan makan malam dalam suasana eksklusif yang pernah dinikmati golongan pentadbir British pada zaman tersebut.

Disebabkan keindahan seni bina dan suasananya yang elegan, lokasi ini turut menjadi pilihan ramai untuk mengadakan majlis persendirian seperti perkahwinan dan acara khas.

Harga tiket masuk adalah RM20 manakala kanak-kanak berusia bawah 12 tahun boleh masuk secara percuma. Bayaran tiket hanya dikenakan sehingga jam 6 petang sahaja.

  • Alamat : 250, Jalan Air Hitam, 10460 George Town, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam

18) Pinang Peranakan Mansion

Pinang Peranakan Mansion

Pinang Peranakan Mansion membuktikan bahawa budaya Peranakan atau Baba Nyonya bukan hanya terkenal di Melaka, malah turut berkembang di Pulau Pinang. Komuniti ini dikenali dengan gabungan unik budaya Melayu dan Cina yang dapat dilihat melalui cara hidup, pakaian, makanan serta seni bina mereka.

Bangunan ini sebenarnya merupakan rumah agam milik seorang Baba kaya pada abad ke-19 dan pernah menjadi kediaman kepada Chung Keng Kwee yang terkenal pada ketika itu.

Kini, rumah agam tersebut dipelihara dan dihias semula bagi memperlihatkan kemewahan budaya serta adat masyarakat Peranakan kepada generasi masa kini. Pengunjung boleh melihat lebih daripada 1,000 koleksi barangan antik yang dipamerkan termasuk perabot, pakaian, aksesori dan pelbagai artifak bersejarah lain.

Harga tiket masuk ialah RM20 untuk dewasa manakala kanak-kanak berusia bawah 6 tahun boleh masuk secara percuma.

  • Lokasi : 29, Church Street, 10200 Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula jam 9.30 pagi hingga 5 petang

19) Clan Jetties Floating Village

Clan Jetties Floating Village

Jika ingin melarikan diri seketika daripada suasana sibuk bandar, kampung atas air ini boleh menjadi destinasi yang menarik untuk dikunjungi. Perkampungan ini didiami oleh masyarakat Cina yang merupakan keturunan pendatang dari China yang berhijrah ke Tanah Melayu sekitar abad ke-19.

Pada awalnya, kebanyakan penduduk di sini memperoleh sumber pendapatan melalui hasil laut sebelum sebahagian daripada mereka mula bekerja dan berniaga di kawasan bandar sekitar George Town.

Pengunjung juga boleh merasai pengalaman unik menuju ke kawasan ini dengan menaiki beca dari pusat bandar George Town.

  • Lokasi : Perkampungan ini terletak di Pengkalan Weld, 10300 George Town, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 9 malam

20) Escape Penang

Escape Penang

ESCAPE Penang diwujudkan hasil idea pemiliknya yang ingin menghidupkan semula keseronokan bermain di luar rumah dalam suasana alam semula jadi, terutama untuk generasi kanak-kanak masa kini yang semakin kurang terdedah dengan aktiviti sebegitu.

Taman tema ini menawarkan pelbagai permainan dan aktiviti mencabar yang sesuai untuk semua peringkat umur. Antaranya termasuk Aerobat untuk aktiviti bergayut, Airbag bagi pengalaman melompat, AK Academy untuk permainan air, AK Discovery untuk aktiviti menyelam, A-Maze untuk cabaran mencari laluan, Atan’s Jump untuk terjun ke dalam air serta Atan’s Leap yang menguji keberanian di udara.

Selain itu, terdapat juga Balance Beam dan banyak lagi permainan menarik yang pasti membuatkan pengunjung tidak bosan sepanjang berada di sini.

Bagi mereka yang membesar dengan permainan luar ketika kecil, tempat ini mampu mengimbau kembali memori zaman kanak-kanak yang penuh keseronokan.

  • Alamat : 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka dari hari Selasa hingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga 6 petang manakala hari Isnin ditutup.

Harga tiket pula berbeza mengikut kategori seperti keluarga, korporat dan sekolah serta bergantung kepada waktu tempahan dibuat. Maklumat lanjut mengenai harga boleh dirujuk di laman rasmi ESCAPE Penang.

21) Rumah Api Pulau Pinang (Muka Head Lighthouse)

Muka Head Lighthouse

Rumah Api Pulau Pinang merupakan salah satu tarikan bersejarah yang terletak di dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang. Rumah api ini mempunyai ketinggian sekitar 14 meter dan dibina di atas bukit setinggi kira-kira 227 meter dari aras laut.

Bangunan ini mempunyai nilai sejarah tersendiri kerana ia dibina oleh pihak British pada tahun 1883. Lokasinya berada di kawasan Teluk Duyung dan pengunjung perlu menaiki bot atau meredah laluan hutan untuk sampai ke sana. Setelah tiba di pantai, perjalanan perlu diteruskan dengan pendakian sekitar 30 hingga 60 minit sebelum sampai ke rumah api tersebut.

Pengunjung juga boleh mencuba pengalaman memanjat tangga di dalam rumah api sehingga ke bahagian puncak. Walaupun perjalanan agak memenatkan, segala penat lelah pasti berbaloi apabila disajikan dengan pemandangan alam semula jadi yang cukup indah dari atas rumah api ini.

22) Penang Street Art

Penang Street Art tempat menarik di penang

Bersiar-siar di sekitar lorong dan jalan kecil di George Town sememangnya memberikan pengalaman yang cukup unik kepada pengunjung. Pada tahun 2012, seorang pelukis terkenal dari Lithuania iaitu Ernest Zacharevic telah dijemput untuk menghasilkan karya seni pada dinding bangunan rumah kedai di sekitar bandar ini.

Beliau berjaya mengubah dinding-dinding kosong yang sebelum ini kelihatan biasa menjadi lebih hidup dan berwarna-warni menerusi mural kreatif yang menggambarkan budaya serta kehidupan masyarakat tempatan.

Kini, beberapa lokasi seperti Jalan Muntri, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street dan Jalan Ah Quee menjadi antara spot popular dalam kalangan pelancong untuk bergambar bersama karya seni jalanan hasil sentuhan Ernest Zacharevic.

23) Taman Burung Pulau Pinang (Penang Bird Park)

Taman Burung Pulau Pinang

Penang Bird Park yang mula beroperasi sejak tahun 1988 merupakan taman burung pertama dan terbesar seumpamanya di Malaysia. Lokasi ini menjadi tarikan popular bagi pencinta haiwan dan pengunjung yang ingin melihat pelbagai spesies burung dari seluruh dunia.

Di sini terdapat lebih 3,000 ekor burung daripada lebih 300 spesies berbeza. Menariknya, hampir separuh daripada jumlah tersebut terdiri daripada spesies burung tempatan Malaysia. Sebanyak 150 sangkar khas disediakan untuk menempatkan burung-burung ini dalam suasana yang selesa dan terjaga.

Selain koleksi burung yang pelbagai, taman ini juga dihiasi dengan landskap yang cantik lengkap dengan pondok berinspirasikan seni bina Melayu serta jambatan bercirikan reka bentuk Cina yang menambahkan lagi keunikan suasana di sini.

Harga tiket masuk adalah RM38 untuk dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. Kanak-kanak yang memakai uniform sekolah pula dikenakan bayaran RM10. Terdapat juga caj tambahan RM1 untuk kamera dan RM5 bagi penggunaan video kamera.

  • Alamat : Jalan Todak, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula jam 9 pagi hingga 7 malam

24) The Habitat, Bukit Bendera

The Habitat, Bukit Bendera

The Habitat Penang Hill merupakan destinasi alam semula jadi yang cukup menenangkan dan sesuai untuk pengunjung yang ingin menikmati keindahan flora serta fauna dalam suasana hutan tropika.

Selain menjadi lokasi rekreasi, tempat ini juga sangat sesuai untuk mendidik generasi muda mengenai kepentingan alam sekitar dan ekosistem semula jadi.

Pengunjung boleh berjalan santai di laluan Natural Trail sepanjang kira-kira 1.6 kilometer sambil menikmati kehijauan hutan. Terdapat juga Canopy Walk dan Tree Top Walk yang membolehkan pengunjung melihat panorama alam dari aras tinggi.

Selain itu, beberapa taman bertema turut disediakan seperti Fern Garden, Butterfly Bank, Yellow Garden, Purple Garden dan Fragrant Garden yang masing-masing mempunyai keunikan tersendiri.

Harga tiket masuk ialah RM50 untuk dewasa berusia 13 hingga 59 tahun. Kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun, pelajar dan warga emas berusia 60 tahun ke atas dikenakan bayaran RM30. Untuk pakej Sunset Walk pula, harga tiket dewasa ialah RM70 manakala kanak-kanak, pelajar dan warga emas dikenakan bayaran RM40.

  • Alamat : Bukit Bendera, 11300 Pulau Pinang, Malaysia
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 8 malam

25) Saanen Dairy Goat Farm

Saanen Dairy Goat Farm

Saanen Dairy Goat Farm merupakan antara lokasi menarik untuk membawa kanak-kanak mengenali alam dan haiwan dengan lebih dekat. Pengalaman seperti ini pastinya menyeronokkan buat si kecil yang gemar meneroka perkara baharu.

Untuk sampai ke ladang ini, pengunjung perlu melalui kawasan kampung yang tenang dan nyaman di Balik Pulau. Sebaik sahaja tiba, kanak-kanak pasti teruja melihat sendiri kehidupan kambing serta mempelajari pelbagai perkara berkaitan penternakan haiwan tersebut.

Pengunjung juga berpeluang memberi makanan kepada kambing-kambing di sini selain mencuba pelbagai produk berasaskan susu kambing seperti yogurt, susu kambing segar dan jeli susu kambing.

Menariknya, kemasukan ke lokasi ini adalah percuma.

  • Alamat : 298 MK1, Sungai Pinang, Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 5 petang

26) Penang 3D Art Trick Museum

Penang 3D Art Trick Museum

Muzium ini menjadi antara lokasi popular dalam kalangan pengunjung yang gemar bergambar dengan gaya kreatif dan unik. Setiap ruang di dalam muzium ini direka dengan pelbagai karya seni interaktif yang membuatkan seolah-olah pengunjung benar-benar berada dalam situasi tersebut.

Antara pengalaman menarik yang boleh dicuba termasuk bergaya seperti sedang terjun dari udara, bergambar bersama panda, menaiki bas mini kuning, berada di dalam sampan di Clan Jetty, menaiki kereta lembu, menjadi watak kecil seperti dalam dunia Wonderland, berbasikal bersama E.T., melakukan aksi magik, diserang jerung, menyelam di dasar laut dan pelbagai lagi pose kreatif yang menyeronokkan.

Dengan begitu banyak pilihan latar dan tema menarik, ramai pengunjung akhirnya mahu mencuba semuanya. Harga tiket masuk ialah RM15 untuk dewasa dan RM25 bagi kanak-kanak.

  • Alamat : 10, Lebuh Penang, George Town, 10200 Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang

27) Magic World Penang

Magic World Penang tempat menarik di pulau pinang

Magic World Penang menjanjikan pengalaman penuh ilusi dan keseronokan yang sukar ditemui di tempat lain. Seperti namanya, setiap tarikan di sini direka untuk memberikan suasana magis dan menghiburkan kepada para pengunjung.

Tempat ini juga dikenali sebagai Phantamania dan antara tarikan utama yang menjadi perhatian ialah mirror maze, pelbagai ilusi optik menarik serta kawasan salji buatan yang kelihatan begitu realistik. Setiap ruang di sini memberikan pengalaman berbeza yang pasti membuatkan pengunjung teruja sepanjang lawatan.

Harga tiket masuk ialah RM18 untuk dewasa berumur 18 hingga 59 tahun manakala kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah dikenakan bayaran RM12.

  • Lokasi : 193, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 7 malam

28) TeddyVille Museum

TeddyVille Museum

TeddyVille Museum merupakan muzium teddy bear pertama dan terbesar yang menampilkan pelbagai koleksi teddy bear dari pelbagai negara serta era berbeza, termasuk koleksi yang berasal seawal tahun 1900-an.

Di sini, pengunjung dapat melihat patung teddy bear dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada yang bersaiz kecil comel dan ada juga yang dihasilkan sebesar manusia sebenar. Dengan koleksi yang begitu banyak dan unik, pasti ada teddy bear yang mampu mencuri perhatian setiap pengunjung.

Muzium ini terletak di tingkat bawah DoubleTree Resort by Hilton Penang, beralamat di 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Harga tiket masuk ialah RM36 untuk dewasa, RM29 bagi pelajar berumur 13 tahun hingga peringkat universiti dan RM25 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang

29) BookXcess Gurney Paragon

BookXcess Gurney Paragon

Bagi pencinta buku, BookXcess Gurney Paragon sememangnya syurga yang wajib dikunjungi ketika berada di Pulau Pinang.

Kedai buku ini menawarkan pelbagai pilihan buku daripada pelbagai genre termasuk novel, motivasi, bisnes, kanak-kanak, fiksyen dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, harga buku yang ditawarkan juga jauh lebih murah berbanding kebanyakan kedai buku lain.

Ramai pengunjung datang ke sini kerana tawaran diskaun yang boleh mencecah sekitar 50 hingga 80 peratus. Tidak hairanlah ramai yang mudah rambang mata sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai ini.

  • Alamat :163D-7.06-7.16 & L8.02-8.05, Gurney Paragon, Persiaran Gurney, 10250 George Town, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam

30) Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut

Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut

Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut membuktikan bahawa pengalaman melihat penyu bukan hanya boleh dinikmati di Terengganu, malah turut boleh ditemui di Pulau Pinang. Jika anda berada di kawasan Pantai Kerachut, jangan lepaskan peluang singgah ke pusat konservasi ini.

Di sini, pengunjung berpeluang melihat penyu dengan lebih dekat termasuk proses penyu bertelur pada musim tertentu. Selain itu, pelbagai informasi berkaitan kehidupan penyu serta usaha pemuliharaan telur penyu turut dikongsikan kepada pengunjung.

Lawatan ke pusat konservasi ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberikan pengalaman pembelajaran yang cukup menarik terutama untuk kanak-kanak dan pencinta alam semula jadi.

31) Pulau Jerejak

Pulau Jerejak

Pulau Jerejak menjadi pilihan menarik bagi mereka yang ingin menikmati suasana pulau yang tenang dan cantik ketika bercuti di Pulau Pinang. Jika sudah puas menjelajah kafe dan muzium di bandar, pulau kecil ini menawarkan pengalaman berbeza dengan pemandangan alam yang memukau dan suasana yang lebih santai.

Selain keindahan alam semula jadinya, Pulau Jerejak juga mempunyai sejarah tersendiri. Suatu ketika dahulu, ia pernah dikenali dengan gelaran “Alcatraz Malaysia” kerana menempatkan penjara yang digunakan untuk tahanan selepas tragedi 13 May Incident serta tahanan di bawah ISA.

Kini, pulau ini lebih dikenali sebagai lokasi percutian dan antara tempat terbaik untuk menikmati panorama matahari terbenam yang sangat indah. Tidak hairanlah ramai pengunjung datang ke sini untuk bergambar dan menikmati suasana romantik di tepi laut.

32) The Gravityz

tempat menarik di penang The Gravityz

Bagi anda yang sukakan aktiviti ekstrem dan cabaran pada ketinggian, The Gravityz di KOMTAR merupakan destinasi yang wajib dicuba ketika berada di Pulau Pinang.

Tarikan ini bukan sahaja menawarkan pengalaman yang mencabar adrenalin, malah pengunjung turut dapat menikmati panorama indah bandar George Town dari aras tinggi. Pemandangan dari atas pastinya menjadi pengalaman yang sukar dilupakan terutama bagi mereka yang gemarkan aktiviti outdoor dan fotografi.

Walaupun aktivitinya agak mendebarkan, aspek keselamatan tetap diberikan perhatian utama oleh pihak pengurusan bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pengalaman dengan lebih yakin dan selesa.

  • Lokasi : The Gravityz terletak di The TOP @ KOMTAR, tingkat 65, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang

33) Rainbow Skywalk

Rainbow Skywalk

The TOP Penang menawarkan pelbagai tarikan menarik untuk pengunjung yang ingin merasai pengalaman berbeza ketika berada di Pulau Pinang. Antara tarikan paling popular di sini ialah Rainbow Skywalk yang membolehkan pengunjung berjalan di atas jambatan kaca pada ketinggian yang cukup mendebarkan.

Bagi mereka yang takut pada ketinggian atau mudah gayat, aktiviti ini mungkin agak mencabar. Namun bagi pencinta adrenalin, pengalaman berjalan sambil melihat pemandangan bandar dari bawah pastinya sangat menyeronokkan dan sukar dilupakan.

Ramai juga pengunjung datang bersama rakan-rakan untuk mencabar keberanian masing-masing mencuba jambatan kaca ini.

Harga tiket masuk bermula sekitar RM48.

  • Lokasi : The TOP Penang terletak di 1, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 9 malam

34) Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum

Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum

Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum menampilkan konsep muzium moden yang menggabungkan elemen seni kreatif bersama teknologi dan sains dalam satu pengalaman yang cukup unik.

Di sini, pengunjung boleh melihat pelbagai karya seni 3D bercahaya yang dihasilkan dengan warna-warna menarik dan efek visual yang mengagumkan. Setiap sudut di muzium ini direka untuk memberikan ilusi seolah-olah lukisan tersebut benar-benar hidup.

Tempat ini sememangnya sesuai untuk mereka yang gemar bergambar kerana hampir setiap ruang menawarkan latar yang cantik dan kreatif untuk dijadikan kenangan.

Harga tiket masuk ialah RM25 untuk pemegang MyKad manakala bukan warganegara Malaysia dikenakan bayaran RM35.

  • Alamat : 145, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 6.30 petang

35) Kek Lok Si Temple

Kek Lok Si Temple

Kek Lok Si Temple yang dibina sejak tahun 1891 merupakan antara kompleks kuil Buddha terbesar dan paling terkenal di Asia Tenggara.

Terletak di kawasan Air Itam, kuil ini bukan sahaja menjadi pusat ibadah masyarakat Buddha, malah turut memainkan peranan penting sebagai pusat budaya Cina dan warisan sejarah yang unik di Pulau Pinang.

Keindahan seni bina, ukiran tradisional serta suasana yang tenang menjadikan lokasi ini cukup popular dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Bagi pencinta sejarah dan budaya, tempat ini sememangnya wajib dimasukkan dalam senarai lokasi untuk dikunjungi.

  • Alamat : Kek Lok Si Temple, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

36) Hutan Lipur Bukit Mertajam

Hutan Lipur Bukit Mertajam

Hutan Lipur Bukit Mertajam sesuai dijadikan destinasi untuk anda yang ingin menikmati udara segar sambil mencari ketenangan dalam suasana alam semula jadi.

Kawasan hutan lipur ini menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik seperti tempat berkelah, laluan hutan untuk mendaki serta kawasan air terjun yang menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu.

Selain itu, terdapat juga jambatan gantung yang boleh dilalui pengunjung serta kiosk teh yang menawarkan pelbagai jenis teh Cina dan telur herba untuk dinikmati selepas penat berjalan.

  • Alamat : Kampung Teluk Bukit, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

37) Muzium & Galeri Tengku Fauziah

Muzium & Galeri Tengku Fauziah

Bagi pencinta seni, melihat hasil karya kreatif sememangnya mampu memberikan rasa tenang dan kepuasan tersendiri. Jika anda meminati dunia seni dan galeri, Muzium & Galeri Tengku Fauziah boleh dijadikan antara lokasi untuk disinggahi ketika berada di Pulau Pinang.

Galeri ini menempatkan pelbagai karya seni dan bahan pameran menarik yang sesuai untuk pengunjung yang ingin menghargai nilai seni serta budaya tempatan.

Lokasinya berada di dalam kawasan Universiti Sains Malaysia, jadi anda boleh singgah melawat jika berada sekitar Gelugor atau USM.

  • Alamat : 808, Jalan Pemimpin, 11800 Gelugor, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula jam 9 pagi hingga 6 petang

38) Penang Fun Filled Wax Museum

Penang Fun Filled Wax Museum

Tidak perlu terbang jauh ke London untuk melihat koleksi patung lilin terkenal kerana di Pulau Pinang juga terdapat muzium patung lilin yang menarik iaitu Penang Fun-Filled Wax Museum.

Muzium ini menempatkan lebih daripada 50 model patung lilin yang dihasilkan menyerupai tokoh terkenal dunia. Antara figura yang dipamerkan termasuk Mr. Bean, Queen Elizabeth II, Jackie Chan, Barack Obama, Pablo Picasso dan Steve Jobs.

Pengunjung boleh bergambar bersama patung-patung ini sambil menikmati suasana muzium yang menyeronokkan dan unik.

Harga tiket masuk ialah RM10 untuk kanak-kanak, RM25 bagi dewasa dan RM15 untuk warga emas. Golongan OKU pula boleh masuk secara percuma.

  • Alamat : Jalan Dato Keramat, 10150 George Town, Pulau Pinang

39) Taman Negeri Bukit Panchor, Pulau Pinang

Taman Negeri Bukit Panchor, Pulau Pinang

Taman Negeri Bukit Panchor merupakan lokasi yang sesuai untuk anda yang ingin merehatkan minda sambil menikmati suasana alam semula jadi bersama keluarga atau rakan-rakan.

Terletak di kawasan Nibong Tebal, taman negeri ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pencinta alam dan aktiviti outdoor. Antaranya termasuk aktiviti meredah hutan, perkhemahan serta pelbagai aktiviti riadah yang sesuai dilakukan bersama keluarga.

Suasana yang tenang dan kehijauan hutan di sini menjadikannya tempat pilihan ramai untuk berehat daripada kesibukan bandar.

  • Alamat : Jalan Taman Bukit Negeri, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 7 malam

40) Ghost Museum

ghost Museum penang

Muzium Hantu Penang menawarkan pengalaman seram yang berbeza daripada rumah hantu biasa. Menariknya, pengunjung tidak akan dikejutkan oleh pelakon atau hantu yang mengejar kerana semua karakter di sini hanyalah patung yang direka menyerupai pelbagai jenis hantu dari budaya berbeza.

Setiap patung turut disertakan dengan maklumat latar belakang dan kisah berkaitan watak tersebut, menjadikan lawatan ke muzium ini lebih menarik dan penuh informasi. Suasana dalaman muzium juga dihias dengan konsep menyeramkan yang membuatkan pengalaman terasa lebih realistik.

Selain melihat pameran, pengunjung juga boleh mencuba pelbagai kostum hantu yang disediakan untuk bergambar dan merakam kenangan unik bersama rakan atau keluarga.

Harga tiket masuk ialah RM18 untuk dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak. Untuk pelawat warga asing, tiket dewasa berharga RM36 manakala tiket kanak-kanak RM16.

  • Alamat : 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 7 malam

41) Tropical Fruit Farm

Tropical Fruit Farm penang

Tropical Fruit Farm merupakan ladang buah-buahan seluas sekitar 25 ekar yang menempatkan lebih daripada 250 jenis buah tempatan dan antarabangsa. Koleksi buah di sini merangkumi spesies dari pelbagai negara termasuk Amerika Selatan, Afrika Tengah, India dan Timur Tengah.

Selain melihat sendiri pelbagai jenis pokok buah-buahan, pengunjung juga berpeluang menikmati buah segar, snek, BBQ serta jus buah-buahan yang dihasilkan terus dari ladang ini.

Pihak ladang turut menitikberatkan penjagaan alam sekitar dan kualiti hasil tanaman dengan penggunaan baja organik pada kebanyakan pokok. Bahan bukan organik hanya digunakan apabila benar-benar diperlukan.

Terdapat beberapa pakej menarik yang disediakan kepada pengunjung seperti Guided Farm Tour, Lunch Buffet atau Dinner Buffet, Guided Farm Tour bersama hidangan makanan serta pakej khas untuk pelajar.

Harga tiket pula bermula sekitar RM5 hingga RM75 bergantung kepada pakej yang dipilih.

  • Alamat : Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang

42) Masjid Terapung Tanjung Bungah

Masjid Terapung Tanjung Bungah

Masjid ini merupakan salah satu mercu tanda terkenal di kawasan Tanjung Bungah dan sering menjadi tumpuan pengunjung kerana keunikan reka bentuknya.

Masjid ini dibina dengan keluasan sekitar 1,295 kaki persegi melibatkan kos kira-kira RM15 juta serta mampu menampung sehingga 1,500 jemaah dalam satu masa. Ia dikenali sebagai “Masjid Terapung” kerana kedudukannya yang dibina di atas kawasan air sekitar 300 meter dari pantai.

Antara tarikan utama masjid ini ialah menaranya yang setinggi bangunan tujuh tingkat selain dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat yang cantik. Seni bina masjid ini turut menggabungkan elemen reka bentuk tempatan dan Timur Tengah yang menjadikannya kelihatan begitu unik dan elegan.

Selain menjadi tempat ibadah, pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan turut diadakan di sini untuk penduduk setempat.

  • Alamat : Jalan Batu Feringghi, 11000 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

43) Toy Museum Heritage Garden

Toy Museum Heritage Garden

Toy Museum Heritage Garden menjadi antara tarikan menarik di Pulau Pinang untuk pengunjung dari semua peringkat umur kerana siapa sahaja pasti sukakan permainan dan koleksi figura unik.

Muzium ini mendakwa dirinya sebagai muzium permainan terbesar di dunia dengan koleksi melebihi 120,000 jenis permainan yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM60 juta.

Antara tarikan utama di sini ialah patung lilin dan figura watak popular daripada filem, kartun serta hero dan heroin terkenal yang dihasilkan dalam saiz menyerupai manusia sebenar. Pengunjung pastinya teruja melihat koleksi yang begitu banyak dan unik di setiap sudut muzium.

Harga tiket masuk ialah RM26 untuk dewasa manakala kanak-kanak dikenakan bayaran RM19.

  • Alamat : 1370, MK2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang

44) Rumah Agam Cheong Fatt Tze (Cheong Fatt Tze Mansion)

Rumah Agam Cheong Fatt Tze

Cheong Fatt Tze Mansion merupakan sebuah rumah agam bersejarah yang cukup terkenal dengan keindahan seni bina dan dekorasi dalaman yang unik. Kediaman ini dibina pada abad ke-19 oleh Cheong Fatt Tze dan menampilkan reka bentuk rumah tradisional China yang berbeza daripada pengaruh seni bina Inggeris-India yang popular pada zaman tersebut.

Menariknya, tukang binaan rumah ini dibawa khas dari Selatan China manakala sebahagian bahan binaannya pula diimport dari luar negara. Dengan konsep seni bina eklektik, rumah agam ini mempunyai lima laman dalam yang menambahkan lagi nilai estetika dan keunikannya.

Pada asalnya, rumah ini dibina sebagai kediaman keluarga dan warisan untuk keturunan Cheong Fatt Tze. Kini, bangunan bersejarah ini dijadikan tarikan pelancongan serta hotel butik yang terkenal di Pulau Pinang.

  • Alamat : 14 Leith Street, 10200 Pulau Pinang

45) Taman Botani Penang (Penang Botanic Garden)

Taman Botani Penang

Penang Botanic Gardens atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Taman Air Terjun Pulau Pinang merupakan salah satu lokasi rekreasi terkenal di negeri ini. Taman ini terletak di dalam lembah berhampiran kaki bukit hutan hujan tropika dengan kawasan air terjun berketinggian sekitar 366 kaki.

Menurut laman rasmi Penang Botanic Gardens, kawasan taman ini berada di antara aliran sungai yang membentuk landskap luas dan berbukit dengan keluasan sekitar 29 hektar.

Taman bersejarah ini mula dibangunkan oleh pihak British pada tahun 1884. Pada asalnya, kawasan tersebut merupakan tapak kuari granit lama sebelum diubah menjadi taman botani yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan tropika dan landskap hijau yang indah.

Pelbagai kemudahan turut disediakan untuk pengunjung termasuk kedai jualan tumbuhan, surau dan perkhidmatan tram. Selain itu, terdapat beberapa tarikan khas seperti Taman Jepun, Taman Herba serta Eco-Stream Walk yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

Menariknya, kemasukan ke taman ini adalah percuma untuk semua pengunjung.

  • Alamat :Kompleks Pentadbiran, Bangunan Pavilion, Jalan Kebun Bunga, 10350 Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari dari jam 5 pagi hingga 8 malam.
  • Waktu operasi Rumah Pokok : Dibuka hari Selasa dan Khamis dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari serta 2 petang hingga 4.30 petang. Pada hari Sabtu dan Ahad, ia dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari serta 2 petang hingga 6 petang

46) Teluk Duyung (Monkey Beach)

Teluk Duyung penang

Teluk Duyung menjadi destinasi pilihan bagi mereka yang ingin menikmati suasana pantai yang tenang sambil ditemani hembusan angin laut yang nyaman. Lokasi ini sesuai dikunjungi sama ada pada hari biasa mahupun hujung minggu.

Pantai ini sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk tempatan sebagai tempat berkelah kerana mempunyai kawasan pantai yang panjang dengan pasir putih yang cantik. Selain itu, pengunjung yang gemar aktiviti outdoor juga boleh berkhemah di sini kerana tapak perkhemahan turut disediakan.

Pengalaman menuju ke Teluk Duyung juga cukup menarik kerana tiada laluan jalan raya untuk sampai ke lokasi ini. Kebanyakan pengunjung akan menaiki bot dari pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang untuk ke sini. Walaupun perlu menaiki bot, Teluk Duyung sebenarnya bukan sebuah pulau.

Bagi mereka yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak, anda juga boleh memilih untuk berjalan kaki merentasi laluan bukit dan hutan sebelum tiba di pantai ini.

Lokasi Teluk Duyung terletak di kawasan Taman Negara Pulau Pinang.

47) Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Madu Pak Ali

Bagi penggemar jeruk, Jeruk Madu Pak Ali sememangnya antara lokasi yang wajib dikunjungi ketika berada di Pulau Pinang.

Kedai ini cukup terkenal dalam kalangan pelancong kerana menawarkan pelbagai jenis jeruk buah-buahan dengan rasa yang sedap dan menyelerakan. Selain pilihan yang banyak, harga yang ditawarkan juga agak berpatutan sehingga ramai pengunjung membeli untuk dijadikan kudapan atau buah tangan.

Menikmati jeruk sambil berjalan santai di sekitar kawasan pantai atau bandar George Town pastinya menambahkan lagi pengalaman bercuti di Pulau Pinang.

  • Alamat : 423 & 425, Jalan Penang, George Town, 10000 Pulau Pinang

48) Little India

Little India penang - Copy

Little India Penang menawarkan suasana yang seakan-akan Little India di Kuala Lumpur dengan penuh warna-warni budaya masyarakat India.

Ketika berjalan di sekitar kawasan ini, pengunjung akan menemui pelbagai kedai yang menjual kain sari, fabrik sutera, kapas serta pakaian tradisional India yang cukup menarik perhatian.

Selain itu, kawasan ini juga dipenuhi restoran yang menyajikan hidangan autentik India seperti tandoori, tosai dan pelbagai makanan tradisional lain. Pengalaman berada di sini menjadi lebih meriah dengan alunan muzik India yang dimainkan di sekitar kawasan sepanjang hari.

Budaya masyarakat India turut dapat dilihat melalui fesyen pakaian berwarna terang serta tradisi menikmati makanan menggunakan daun pisang yang masih dikekalkan hingga kini.

Little India di Pulau Pinang merangkumi beberapa jalan utama iaitu Lebuh Chulia, Lebuh Queen dan Jalan Pasar di George Town.

49) Asia Comic Cultural Museum

Asia Comic Cultural Museum - Copy

Bagi pencinta komik, muzium ini pastinya mampu mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak yang penuh dengan koleksi komik dan watak kegemaran.

Muzium yang dibuka sejak tahun 2016 ini dikenali sebagai muzium komik pertama di Asia dan menampilkan pelbagai koleksi berkaitan dunia komik dari era lama hingga moden.

Pengunjung boleh melihat sejarah perkembangan komik, ilustrasi kartun 3D serta pelbagai karakter popular yang pernah menjadi kegilaan ramai seperti Ultraman dan Kamen Rider.

  • Alamat : Tingkat dua ICT Mall, KOMTAR, 10000 George Town, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari. Pada hari biasa, ia beroperasi dari jam 11 pagi hingga 7 malam manakala pada hujung minggu dari jam 11 pagi hingga 9 malam

50) Jurassic Research Centre / Dinosour Komtar Penang

Jurassic Research Centre penang

Disini anda akan dibawa merasai pengalaman seolah-olah berada dalam dunia dinosaur dengan lebih 200 replika dinosaur yang “dihidupkan” semula dalam suasana penuh realistik.

Kanak-kanak pastinya akan teruja melihat dinosaur bersaiz gergasi yang ditempatkan di dalam ruang khas berjeriji seperti di taman prasejarah sebenar. Tarikan ini menjadi antara lokasi menarik di The TOP Penang yang terkenal di KOMTAR.

Harga tiket masuk ialah RM58 untuk dewasa manakala kanak-kanak dikenakan bayaran RM48.

  • Alamat : The TOP @ KOMTAR, 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang
  • Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 12.15 tengah malam

Selamat Datang Ke Penang!

Secara keseluruhannya, Pulau Pinang sememangnya mempunyai pelbagai tarikan menarik yang sesuai untuk semua jenis pelancong. Sama ada anda gemarkan pantai, alam semula jadi, sejarah, seni budaya, aktiviti lasak mahupun lokasi santai bersama keluarga, semuanya boleh ditemui di negeri ini.

Bukan sekadar terkenal dengan makanan yang sedap, Pulau Pinang juga kaya dengan warisan sejarah, seni bina unik serta destinasi moden yang menyeronokkan untuk diterokai. Dari kawasan bersejarah di George Town hinggalah ke keindahan alam di Teluk Bahang dan Balik Pulau, setiap tempat mempunyai keistimewaan tersendiri yang mampu memberikan pengalaman bercuti yang berbeza.

Jadi, jika anda merancang percutian akan datang, jangan lupa masukkan Pulau Pinang dalam senarai destinasi pilihan. Semoga perkongsian tempat menarik di Penang ini dapat membantu anda merancang perjalanan yang lebih mudah, menyeronokkan dan penuh memori indah bersama insan tersayang.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now