Tarikh Hari Arafah 2026 Di Malaysia & Waktu Mustajab Doa

By Aiman San

Published On:

Follow Us
tarikh hari arafah di malaysia

Hari Arafah merupakan hari yang sangat penting dalam pelaksanaan ibadah Haji dan disambut pada setiap 9 Zulhijjah mengikut kalendar Islam.

Pada hari tersebut, seluruh jemaah haji akan berkumpul di Padang Arafah untuk melaksanakan wukuf, iaitu salah satu rukun utama dalam ibadah Haji.

Perkara ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

Maksudnya: ‘Haji adalah Arafah’ (Riwayat al-Tirmizi (814)

Bagi memahami dengan lebih mendalam tentang tarikh Hari Arafah, peristiwa serta kelebihan, termasuk amalan-amalan yang dianjurkan pada hari tersebut, ikuti perkongsian dalam artikel ini hingga akhir.

Peristiwa Hari Arafah

Hari Arafah merupakan antara hari paling penting dalam ibadah haji kerana pada waktu ini para jemaah akan berkumpul di Padang Arafah untuk menunaikan wukuf, iaitu kemuncak kepada ibadah tersebut.

Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji pula, mereka digalakkan untuk berpuasa sunat pada hari berkenaan kerana ganjarannya yang besar di sisi Allah SWT.

Seperti yang disebut oleh Imam ibnu Hajar al-Haitami:

وإنما يسن صوم يوم عرفة “لغير الحاج والمسافر” والمريض بأن يكون قويًّا مقيمًا ‌أما ‌الحاج فلا يسن له صومه بل يسن له فطره وإن كان قويًّا للاتباع وليقوى على الدعاء، ومن ثم يسن صومه لحاج لم يصل عرفة إلا ليلا، وأما المسافر والمريض فيسن لهما فطره مطلقًا

Bermaksud: Puasa hari Arafah hanya disunatkan untuk selain orang yang menunaikan haji dan orang yang bermusafir dan orang yang sakit iaitu orang yang kuat dan bermukim; adapun orang yang sedang menunaikan haji tidak disunatkan berpuasa bahkan disunatkan untuk berbuka meskipun dia kuat (mampu) mengikut amalan Nabi SAW semata-mata dan dia mampu untuk berdoa; maka sunat berpuasa bagi mereka yang tidak sampai ke Arafah melainkan setelah masuk waktu malam; adapun orang yang bermusafir dan sakit maka disunatkan untuk berbuka.

(Rujuk: Al-Minhaj al-Qowim, 262)

wukuf di arafah

Wukuf Di Arafah

Wukuf merujuk kepada keberadaan seseorang di Arafah walaupun hanya seketika dan dalam apa jua keadaan. Ia termasuk dalam salah satu rukun haji yang wajib dilaksanakan oleh setiap jemaah.

Perhimpunan di Padang Arafah juga dikaitkan dengan kisah Nabi Adam AS dan Hawa yang diturunkan ke bumi setelah terpedaya dengan hasutan iblis sehingga melanggar perintah Allah SWT.

Selepas dipisahkan ketika berada di bumi, mereka akhirnya ditemukan semula setelah puluhan tahun di sebuah tempat yang dikenali sebagai Padang Arafah, khususnya di Jabal ar-Rahmah.

Di lokasi tersebut, Nabi Adam AS dan Hawa memohon keampunan serta bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahan yang telah dilakukan.

Taubat mereka kemudian diterima oleh Allah SWT dan peristiwa itu menjadi simbolik kepada ibadah wukuf, iaitu sebagai waktu untuk bermuhasabah, menyesali dosa serta memohon keampunan daripada-Nya.

Justeru, umat Islam yang berwukuf di Arafah mengambil peluang tersebut untuk memperbanyakkan doa, taubat dan memohon rahmat serta pengampunan daripada Allah SWT.

Tarikh Hari Arafah 2026 Di Malaysia

Seperti yang diumumkan tarikh hari Raya Aidiladha di Malaysia bagi tahun 2026 adalah pada 27 Mei 2026 iaitu pada hari Rabu yang juga bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1447.

BACA JUGA : Kalendar Tahun 2026 & Tarikh Penting Umat Islam

Dengan itu, tarikh 9 Zulhijjah di Malaysia adalah bersamaan pada 26 Mei 2026 iaitu jatuh pada hari Selasa.

Pada waktu inilah, mereka yang tidak melakukan ibadah Haji disunatkan untuk memperbanyakkan amal ibadah seperti berdoa, puasa sunat Hari Arafah, membaca al-Quran, bersedekah, perbanyakkan istighfar dan sebagainya.

Tiada waktu khusus yang ditetapkan untuk berdoa untuk rakyat Malaysia. Seluruh waktu pada hari tersebut adalah waktu mustajab doa.

Imam Abu ‘Isa al-Tirmizi meriwayatkan di dalam al-Jami’ menerusi sanadnya daripada ‘Amr b. Syu’aib daripada bapanya, daripada datuknya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعاءِ دعاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ ما قُلْتُ أنا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي:
لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وحده لا شَريكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ على كُلّ شئ قَدِيرٌ

“Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik (zikir) yang dilafazkan oleh aku dan para Nabi sebelumku ialah (Kalimah Tauhid):

“Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya Dia sahaja tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala Kerajaan, dan hanya milik-Nya jua segala puja, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

doa hari arafah

Kelebihan Hari Arafah

Antara kelebihan Hari Arafah adalah seperti berikut :

  • Hari Arafah adalah hari dimana agama telah sempurna
  • Hari Arafah adalah hari penyaksian
  • Mendapat kebesaran berdoa di Hari Arafah
  • Puasa pada hari tersebut menghapuskan doa setahun sebelum dan selepas
  • Merupakan hari keampunan dan pelepasan daripada api neraka

Semoga Allah terima amalan kita terutamanya dilakukan pada Hari Arafah.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now