Tarikh Cuti Hari Wesak 2026 & Cuti Gantian

By Aiman San

Published On:

Follow Us
cuti hari wesak

Hari Wesak merupakan salah satu sambutan keagamaan penting bagi penganut agama Buddha yang diraikan setiap tahun sekitar bulan Mei.

Di Malaysia, perayaan ini turut diiktiraf sebagai hari kelepasan am persekutuan atau cuti umum bagi seluruh negeri.

Berikut adalah maklumat berkaitan tarikh cuti Hari Wesak 2026 serta senarai Cuti Kelepasan Am Persekutuan yang telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia sempena sambutan tersebut.

Apakah Itu Hari Wesak?

Hari Wesak ialah perayaan utama bagi penganut agama Buddha untuk memperingati tiga peristiwa penting dalam kehidupan Siddhartha Gautama Buddha, iaitu hari kelahiran, hari mencapai pencerahan (nirwana), dan hari kematiaanya.

Di Malaysia, Hari Wesak disambut setiap tahun oleh masyarakat Buddha dan merupakan cuti umum persekutuan. Sambutan ini biasanya jatuh pada hari bulan penuh dalam bulan Mei mengikut kalendar lunar Buddha.

Pada hari tersebut, penganut Buddha akan:

  • Mengunjungi tokong atau kuil Buddha
  • Berdoa dan bermeditasi
  • Memberi sedekah serta melakukan amal kebajikan
  • Menyalakan lilin dan colok
  • Menyertai perarakan lilin pada waktu malam

Semua amalan ini membawa simbolik tentang kedamaian, kesederhanaan dan ajaran kebaikan dalam agama Buddha.

Di Malaysia, sambutan Hari Wesak juga menggambarkan kepelbagaian budaya dan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama.

Tarikh Cuti Hari Wesak 2026 Di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, Hari Wesak bagi tahun 2026 disambut pada 31 Mei 2026 yang jatuh pada hari Ahad.

Tarikh tersebut telah ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am Persekutuan, sekali gus menjadikan semua negeri di Malaysia menikmati cuti umum sempena perayaan berkenaan.

hari kelepasan am persekutuan 2026

Anda boleh merujuk kalendar kuda di bawah bagi memudahkan semakan tarikh cuti di Malaysia.

BACA JUGA : Kalendar Kuda Bagi Tahun 2026

Mei 2026

Cuti Gantian Hari Wesak

Untuk tahun 2026, Hari Wesak yang juga merupakan hari kelepasan AM Persekutuan jatuh pada hari Ahad iaitu hari minggu.

Lazimnya, sekiranya hari cuti kelepasan AM jatuh pada hari minggu (Ahad), cuti gantian adalah pada hari esoknya iaitu hari Isnin.

Tetapi disebabkan hari Isnin iaitu 1 Jun 2026 merupakan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, cuti gantian Hari Wesak dibawa pada hari Selasa iaitu 2 Jun 2026.

cuti gantian hari wesak 2026

sumber : mkn.gov.my

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now