Senarai UiTM Di Malaysia Beserta Kampus

By Aiman San

Published On:

Follow Us
senarai uitm di malaysia

Bagi lepasan sekolah yang bercadang untuk melanjutkan pengajian di UiTM, sudah tentu ramai yang ingin mengetahui lokasi dan senarai UiTM dan kampus yang ada di seluruh Malaysia

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan antara institusi pengajian tinggi awam terbesar di negara ini yang menjadi pilihan utama pelajar Bumiputera untuk meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

UiTM menyediakan pelbagai laluan akademik merangkumi program asasi, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan juga doktor falsafah (PhD).

Selain mempunyai rangkaian kampus yang luas di seluruh negara, UiTM turut dikenali kerana menawarkan kadar yuran pengajian yang lebih berpatutan berbanding sebahagian universiti awam lain.

Keadaan ini memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mendapatkan pendidikan tinggi tanpa menanggung beban kewangan yang terlalu besar.

BACA JUGA : Cara Mohon Internship dan Praktikal Dengan Betul Bagi Pelajar Universiti

Kos pengajian yang mampu milik menjadikan UiTM sebagai salah satu pilihan terbaik khususnya bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, termasuk golongan B40, untuk mengejar cita-cita serta meningkatkan tahap pendidikan mereka.

Senarai UiTM Dan Kampus

Di bawah merupakan senarai kampus UiTM yang terdapat di setiap negeri di Malaysia, lengkap dengan lokasi kampus yang beroperasi di negeri-negeri berkenaan.

UiTM Cawangan Johor

  • UiTM Kampus Segamat
  • UiTM Kampus Pasir Gudang

UiTM Cawangan Kedah

  • UiTM Kampus Sungai Petani

UiTM Cawangan Kelantan

  • UiTM Kampus Machang
  • UiTM Kampus Kota Bharu

UiTM Cawangan Melaka

  • UiTM Kampus Alor Gajah
  • UiTM Kampus Bandaraya Melaka
  • UiTM Kampus Jasin

UiTM Cawangan Negeri Sembilan

  • UiTM Kampus Kuala Pilah Beting
  • UiTM Kampus Seremban 3
  • UiTM Kampus Rembau

UiTM Cawangan Pahang

  • UiTM Kampus Jengka
  • UiTM Kampus Raub

UiTM Cawangan Penang

  • UiTM Kampus Permatang Pauh
  • UiTM Kampus Bertam

UiTM Cawangan Perak

  • UiTM Kampus Seri Iskandar
  • UiTM Kampus Tapah

UiTM Cawangan Perlis

  • UiTM Kampus Arau

UiTM Cawangan Sabah

  • UiTM Kampus Kota Kinabalu
  • UiTM Kampus Tawau

UiTM Cawangan Sarawak

  • UiTM Kampus Samarahan
  • UiTM Kampus Samarahan 2
  • UiTM Kampus Mukah

UiTM Cawangan Selangor

  • UiTM Shah Alam
  • UiTM Kampus Puncak Alam
  • UiTM Kampus Puncak Perdana
  • UiTM Kampus Hospital Sg Buloh
  • UiTM Kampus Dengkil

UiTM Terengganu UiTM

  • UiTM Kampus Dungun
  • UiTM Kampus Kuala Terengganu Cendering
  • UiTM Kampus Bukit Besi

Setakat ini, terdapat 31 cawangan UiTM di seluruh negeri di Malaysia. Tidak termasuk affiliated colleges yang kebanyakkannya berada di Selangor.

Sumber : uitm.edu.my

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now