Penantian peminat muzik tempatan akhirnya terjawab apabila senarai lagu 10 finalis Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) telah diumumkan secara rasmi. Seperti biasa, pemilihan lagu yang berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 40 menjadi topik hangat dalam kalangan peminat dan pemerhati industri hiburan tanah air.
Setiap tahun, AJL bukan sekadar pertandingan nyanyian biasa. Acara berprestij ini menjadi medan untuk menghargai karya terbaik daripada komposer, penulis lirik dan penyanyi yang berjaya menghasilkan lagu berkualiti sepanjang tahun.
Bagi edisi AJL40 kali ini, persaingan dilihat cukup sengit, daripada 20 buah lagu yang dipertandingkan di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik hanya 10 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 40.
Banyak lagu popular berjaya mencuri perhatian pendengar sepanjang tahun. Namun, hanya 10 lagu terbaik berjaya menempah tempat ke pentas akhir yang bakal diadakan pada Ogos 2026.
Contents
- 1 Senarai Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-40 Tahun 2026 (AJL40)
- 1.1 1) Cak Cak Cekuk – Wani Kayrie
- 1.2 2) Tiwikarma – K.O.I
- 1.3 3) Lumangad Oku Dika – Ryenald Guntabid
- 1.4 4) Kamu – Aina Abdul
- 1.5 5) Tak Adil – Aisha Retno
- 1.6 6) Ke Mana Ni – Luca Sickta, Kmy Kmo, Salammusik
- 1.7 7) Nurcinta – Amir Masdi
- 1.8 8) Lemah – Dayang Nurfaizah
- 1.9 9) Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan
- 1.10 10) Semacam Pandora – Hazama
Senarai Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-40 Tahun 2026 (AJL40)
Berikut merupakan senarai lagu bersama penyanyi yang akan bersaing dan merebut gelaran juara di pentas akhir AJL40:
- Cak Cak Cekuk – Wani Kayrie
- Tiwikarma – K.O.I
- Lumangad Oku Dika – Ryenald Guntabid
- Kamu – Aina Abdul
- Tak Adil – Aisha Retno
- Ke Mana Ni – Luca Sickta, Kmy Kmo, Salammusik
- Nurcinta – Amir Masdi
- Lemah – Dayang Nurfaizah
- Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan
- Semacam Pandora – Hazama
1) Cak Cak Cekuk – Wani Kayrie
Komposer: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
Penulis lirik: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh

2) Tiwikarma – K.O.I
Komposer: Zai Hamzah, Hemo Globin
Penulis lirik: Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam

3) Lumangad Oku Dika – Ryenald Guntabid
Komposer: Ryenald Guntabid
Penulis lirik: Ryenald Guntabid

4) Kamu – Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul

5) Tak Adil – Aisha Retno
Komposer: Aisha Retno, Radi
Penulis lirik: Aisha Retno

6) Ke Mana Ni – Luca Sickta, Kmy Kmo, Salammusik
Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta
Penulis lirik: Kmy Kmo, Luca Sickta, Salam

7) Nurcinta – Amir Masdi
Komposer: Amir Masdi, Edry Abd. Halim
Penulis lirik: Amir Masdi, Edry Abd. Halim

8) Lemah – Dayang Nurfaizah
Komposer: Hael Husaini
Penulis lirik: Hael Husaini

9) Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan
Komposer: Marsha Milan
Penulis lirik: Hazama

10) Semacam Pandora – Hazama
Komposer: Hazama, Zimi, Genervie Kam, Ritz Metalasia
Penulis lirik: Zel Hadauan

Lagu manakah yang akan bergelar juara Anugerah Juara Lagu 40? Nantikan Ogos ini…
Sumber : TV3 Malaysia









