Ternyata sekarang ini, nak buat bahulu, boleh buat dirumah sahaja. Tak ada perkakas yang cukup pun masih boleh buat bahulu yang gebu walaupun menggunakan sandwich maker je.
Sekarang disebabkan terpaksa duduk dirumah dengan tempoh yang lama, mungkin kita terasa nak makan itu, nak makan ini kan. Macam-macam resepi nak cuba, tambahan pula masa yang ada sekarang nampaknya lebih banyak jika dibandingkan sebelum ini.
Mungkin ada lagi yang masih bekerja tetapi Work At Home. Katanya disebabkan WAH ini lah mudah lapar. Sambil buat kerja bila dirumah, lebih mudah untuk mencari makanan. Ya, makanan ringan sahaja dan bukanlah seperti nasi tu semua.
Dalam banyak-banyak makanan tersebut, tiba-tiba terasa nak makan bahulu. Mana nak dapatkan bahulu dalam tempoh pergerakan yang had ini? Kalau ada pun, mungkin mahal. Jadi apa kata kita buat sendiri je? Tapi orang cakap rumit nak buat bahulu ni? Betul ke?
Contents
Resepi Bahulu Ekspres Dengan Menggunakan Sandwich Maker Je
Bahan-Bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula (boleh kurangkan klu xnak manis
- 3 bijik telur