Petua Dan Cara Hilangkan Kelemumur Dengan Mudah

By Aiman San

Published On:

Follow Us
hilangkan kelemumur

Dikongsikan petua dan cara tradisional untuk hilangkan kelemumur dengan mudah.

Mungkin anda ada masalah kelemumur yang sehingga kini masih belum pulih. Anda rasa tidak selesa sepanjang hari disebabkan masalah ini.

Jika ya, anda boleh ikuti petua yang dikongsikan ini untuk hilangkah kelemumur secara semula jadi dengan menggunakan bahan-bahan organik. Boleh lakukan di rumah sahaja.

Cara Hilangkan Kelemumur Di Kepala Dengan Mudah

Berikut merupakan antara petua dan cara hilangkan kelemumur yang anda boleh amalkan

1) Santan Kelapa

Sapukan beberapa sudu santan kelapa pada seluruh bahagian rambut sehingga rata, termasuk pada kulit kepala. Urut perlahan-lahan selama beberapa minit agar santan meresap dengan baik. Seterusnya, balut rambut menggunakan tuala atau pakai shower cap sebelum dibiarkan selama kira-kira dua jam.

Selepas tempoh tersebut, bilas rambut sehingga bersih dan syampu seperti biasa bagi memastikan tiada sisa santan yang masih tertinggal pada kulit kepala.

2) Daun Inai

Selain terkenal sebagai bahan semula jadi untuk mewarnakan rambut beruban, daun inai juga sering dijadikan petua tradisional untuk membantu mengurangkan masalah kelemumur.

Cara penggunaannya juga tidak rumit. Tumbuk beberapa helai daun inai sehingga hancur dan lumat, kemudian sapukan pada bahagian kulit kepala. Balut rambut dan biarkan selama lebih kurang 30 minit sebelum membilasnya hingga benar-benar bersih.

3) Limau Nipis

Limau nipis juga boleh dijadikan salah satu petua untuk membantu mengurangkan masalah kelemumur pada kulit kepala.

Cara penyediaannya cukup mudah. Potong tiga biji limau nipis dan perahkan jusnya ke dalam satu gayung air. Gaulkan sehingga sebati supaya air tersebut mengandungi pati limau nipis.

Selepas selesai mandi, siram atau basahkan rambut menggunakan campuran air limau nipis tadi sehingga mengenai kulit kepala. Biarkan tanpa perlu membilasnya semula.

4) Lemon

Lemon juga boleh dijadikan sebagai salah satu petua untuk membantu mengatasi masalah kelemumur. Kaedah penggunaannya sama seperti limau nipis, iaitu menggunakan jus lemon yang dicampurkan dengan air untuk disapukan pada rambut dan kulit kepala.

Sekiranya anda tidak mempunyai limau nipis di rumah, lemon boleh dijadikan pilihan alternatif yang mudah digunakan.

5) Aloe Vera

Ambil sedikit gel aloe vera dan sapukan secara rata pada seluruh bahagian kulit kepala. Urut perlahan-lahan selama beberapa minit supaya gel tersebut dapat meresap dengan baik.

Biarkan selama kira-kira 30 minit sebelum membilas dan mencuci rambut sehingga bersih.

6) Daun Durian Belanda

Daun durian belanda juga sering digunakan sebagai petua tradisional untuk membantu mengurangkan masalah kelemumur pada kulit kepala.

Ambil lima helai daun durian belanda dan ramas sehingga hancur. Tambahkan sedikit air sehingga menghasilkan tekstur seperti pes. Selepas itu, sapukan campuran tersebut pada seluruh rambut termasuk bahagian kulit kepala. Biarkan selama kira-kira satu jam sebelum mencuci rambut sehingga bersih.

7) Minyak Argan

Minyak argan turut menjadi antara pilihan yang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan masalah kelemumur yang teruk pada kulit kepala.

Cara penggunaannya sangat mudah. Sapukan minyak argan secara rata pada seluruh kulit kepala setiap kali selepas mandi sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan rambut harian.

8) Minyak Zaitun

Minyak zaitun juga boleh dijadikan salah satu petua untuk membantu mengatasi masalah kelemumur pada kulit kepala.

Cara menggunakannya cukup mudah. Sapukan minyak zaitun pada bahagian kulit kepala sebelum tidur setiap malam sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan rambut.

Amalkan Secara Konsisten Untuk Keberkesanan

Masalah kelemumur boleh diatasi dengan pelbagai petua tradisional menggunakan bahan semula jadi yang mudah diperoleh.

Walaupun keberkesanannya mungkin berbeza bagi setiap individu, amalan yang konsisten serta penjagaan kebersihan rambut dan kulit kepala yang baik dapat membantu mengurangkan kelemumur dan meningkatkan kesihatan rambut.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now