Bermula pada 1 Februari 2020, anda boleh membuat Permohonan Baru dan kemaskini BSH. Kita sedia maklum, pembayaran bagi Fasa 1 Bantuan Sara Hidup (BSH) telah dibuat pada 20 Januari 2020 yang lepas.
Sehubungan dengan itu, jika anda tidak lagi mempunyai akaun BSH atau ingin membuat kemaskini, anda boleh berbuat demikian selepas tarikh dibuka iaitu pada Februari ini. Ikuti langkah dan panduan lengkap Permohonan Baru dan Kemaskini BSH 2020 seperti dibawah
Contents
Permohonan Baru Dan Kemaskini BSH 2020

Anda boleh membuat permohonan baru dan kemaskini BSH anda bermula 1 Februari hingga 15 Mac 2020.
- Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
- Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
- Elaun Pekerja Cacat
- Bantuan Penjagaan OKU
- Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
- Bantuan Orang Tua
- Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
- Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
- Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
Cara Membuat Permohonan Baru Dan Kemaskini BSH 2020
- Status perkahwinan terkini
- Alamat surat menyurat
- Emel yang aktif digunakan
- Nombot telefon bimbit dan rumah
- Maklumat nombor akaun bank
- Maklumat pasangan dan tanggungan
- Maklumat waris