Pihak Kementerian Kewangan telah mengumumkan dimana bayarang fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi kategori isi rumah bermula pada 20 Januari 2020. Ianya telah diumumkan di facebook rasmi Kementerian Kewangan dan juga di pautan MOF di treasury.gov.my
Seperti yang telah diumumkan di dalam Belanjawan 2020, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi kategori isi rumah dan bujang bagi membantu meringankan bebanan kos sara dan ekonomi rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40). Jadi bermula 20 Januari 2020 ini, anda sudah boleh semak jika anda layak menerima BSH sebelum ini.
Jika dilihat bagi kategori isi rumah ini ianya terbahagi kepada 3 iaitu pendapatan bawah RM2,000, RM2,001 hingga RM3,000 dan RM3,001 hingga RM4,000. Jadi untuk Fasa Pertama, kesemua kategori pendapatan ini akan menerima RM300 bermula 20 Januari 2020 ini. Anda akan menerima sama nilainya berbeza pada Fasa Dua dan Fasa Ketiga.
Pendapatan Isi Rumah | Bawah RM2000 | RM2001 – RM3000 | RM3001 – RM4000 |
---|---|---|---|
Fasa Pertama | 300 | 300 | 300 |
Fasa Kedua | – | – | – |
Fasa Ketiga | – | – | – |
Buat Permohonan Dan Kemaskini BSH 2020
- Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan;
- Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH (Kategori Baharu);
- Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; dan
- Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020.